43 | EMPAT PULUH TIGA

91 7 0
                                    

Selepas isterinya masuk ke dalam wad kecemasan. Rayyan terus menelefon keluarganya dan keluarga isterinya untuk memberitahu yang isterinya sedang dalam kritikal.

Perasaannya berkecamuk. Serba-salah dan menyesal jadi satu. Serba-salah kerana janjinya untuk pergi kerumah kedua ibu bapa isterinya tidak sampai. Malah menyesal menyelubung diri kerana mengikuti kehendak isterinya bermain hujan

Kesal dengan diri sendiri. Tidak sedar hampir 1 jam dia berjalan mundar mandir dihadapan wad kecemasan ini

“Ian. Jangan berpusing sangat sayang. Mari duduk dekat dengan ibu ni.”

Rayyan menoleh ketika ibunya memanggil. Seketika Rayyan jatuh terjelepuk di lantai.

Puan Zaiti yang baru sahaja tiba terus mendekati anaknya. Tubuh Rayyan dipeluk memberikan sedikit semangat.

“Apa yang jadi sebenarnya dekat menantu ibu, Ian?”

Rayyan tidak mahu menjawab. Hanya gelengan sebagai jawaban

“Adik. Ibu tanya ni menantu ibu kenapa?”

Rayyan enggan menjawab juga. Otaknya ligat dengan kata-kata isterinya sebelum insiden ini berlaku. Semuanya tiba-tiba

“Rayyan Qayyum!” Marah puan Zaiti. Wajah anak bungsunya dipegang kemas.

Rayyan tersentak. Suara isterinya terngiang-ngiang di kepala

“Apa ni pegang lagi tangan saya. Nak makan penampar agaknya dia ni. Hei! Rayyan Qayyum!”

“Terima kasih Rayyan Qayyum, suami aku.”

Terlintas suara isterinya dikepala. Merdu sahaja panggilan itu walaupun ketika itu isterinya sedang marah.

Tanpa dipinta air mata setitis-titis mula jatuh. Dia rindu isterinya. Baru sekarang dia terasa rindu yang berat. Semuanya berlaku tiba-tiba, dia tidak tahu bagaimana ia berlaku.

“Bukan ini yang abang mahu sayang…” Ujar Rayyan sendirian

Puan Zaiti turut merasakan kesedihan yang anak dia rasakan. Pelukan buat si anak diketatkan

“Baru tadi sayang janji kan tak nak sakit. Kalau sakit demam abang jaga. Tapi ini bukan sakit biasa sayang. Nak jaga sayang pun abang tak mampu sayang! Abang jadi takut. Abang suami yang tak guna kan, Sayang!” Marah Rayyan sendirian.

Puan Zaiti yang tidak betah melihat situasi anaknya begini terus melepaskan pelukan lalu wajah anaknya dipegang kuat. Mata Rayyan dan mata ibunya bersambung. Dari yang puan Zaiti lihat, mata Rayyan sangat kosong. Tiada sedikit gambaran dia. Matanya memang benar menunjukkan dia mati

“Sabar adik. Menantu ibu kuat dekat dalam tu.”

“Tak. Isteri Rayyan dekat dalam. Dia tengah bertarung nyawa. Ibu! Isteri Ian dekat dalam tu teruk. Kepala dia… kepala..”

“Shuh… tenang dulu. Mari duduk dengan ibu cerita semuanya.” Puan Zaiti bangun dan menarik Rayyan bersama berdiri. Di tarik tangan Rayyan agar berjalan mendekati kerusi menunggu di luar bilik wad kecemasan ini

Rayyan menggeleng laju. Rambutnua dia serabutkan. Tidak mungkin dia cerita. Dia tidak tahu apa yang terjadi.

“Tak boleh! Ian… Ian takut… Isteri Ian dekat dalam tu. Tak tak boleh jadi. Ian kena cari siapa yang buat! Mati dia sebab buat isteri Ian macam ni.” Marah Rayyan lalu melepaskan genggaman puan Zaiti. Dengan tidak sengaja dia tertolak ibunya

“Rayyan Qayyum!” Tiba-tiba tuan Zamir datang memarahi Rayyan

Rayyan lagi tidak keruan tingkahnya. Puan Zaiti dia dekati. Tubuh tua itu dipeluk melepaskan tangisan bersama pinta maaf

“Maafkan Ian, Ibu”

“Ayah tahu kamu risaukan isteri kamu. Tapi boleh fikir tak? Dengan perangai kami yang macam ni ibu kamu boleh sakit. Ayah tak ajar kamu macam ini Ian!” Marah tuan Zamir sambil berjalan mendekati isterinya. Di papah tubuh isterinya untuk duduk dikerusi

“Maafkan Ian, Ayah…”

“Maaf kamu sekarang ni memang nampak tak boleh pakai. Kamu banyak fikir sekarang ni. Duduk dengan kami dan cerita.”

Mahu tidak mahu Rayyan menurut. Duduk disebelah puan Zaiti. Tangan tua itu dipegang. Pohon maaf dipinta

“Maafkan adik, Ibu. Adik terlalu risaukan Milayka sampai lupa yang ada depan adik ni ibu sendiri…”

“Bukan kamu seorang yang rasa risau. Ibu, ayah dengan mommy daddy Ayka sekali risau tahu. Mommy dengan daddy Ayka itu lagi risau sebab itu anak dia. Kamu suami dia, Rayyan. Jangan fikir kamu seorang saja…”

Rayyan sekadar mengangguk. Kepala tertunduk setelah tertampar apa yang tuan Zamir katakan.

Dia kena sedar dalam situasi ini bukan dia seorang sahaja yang rasa. Semuanya ikut juga rasa sama.

Tiba-tiba mertuanya mendekatinya

“Ian. Macam mana dengan anak mommy?” Soal risau puan Syabila ketika mendekati Rayyan. Tubuh Rayyan digoncang kuat

“Sayang… sabar… tadi dalam kereta abang kata abang. Jangan terus gegabah macam ni. Tahu risau…” tuan Ahmad berpesan. Menarik isterinya

“Tapi itu anak kita dekat dalam, Bang. Mak mana yang tak risau…”

“Sayang…”

“Maafkan Ian mommy daddy. Ian lalai. Ian salah dalam semua ini.” Rayu Rayyan buat puan Syabila bengang. Wajah Rayyan ditampar

Tanpa sedar pipi Rayyan perih

“Kau buat apa dekat anak aku? Kau kata nak hantar dia dekat rumah aku. Ni apa? Rumah dekat syurga ke? Kau dah lama tak bawa dia balik dan ini yang bermaksud rumah ke, Ian?!” Jerit puan Syabila tidak puas hati. Hatinya sakit ketika mendengar pengakuan Rayyan

“Sayang! Sepatutnya abang tak perlu bawa sayang ke sini. Sayang kalau marah memang suka bertindak melulu.” Marah tuan Ahmad disebelah.

Rayyan makin tertunduk mendengar kemarahan mertuanya

“Maafkan Ian, mommy…” Setitis demi setitis air mata Rayyan mengalir. Dadanya ditumbuk sendirian. Kuat!

“Maafkan Ian, daddy… Ian tak tahu nak mula dari mana…” Puan Zaiti menggosok belakang badan Rayyan untuk memberi sedikit kekuatan

Melihat kerapuhan anaknya. Dia jadi terkesan juga

Tuan Ahmad menahan isterinya dari terus menyerang. “Sabar. Bagi Ian cerita.”

Nak tak nak juga puan Syabila mendengar

“Ian tak tahu apa yang jadi. Masa kami main hujan semuanya jadi tiba-tiba. Milayka tolak Ian dan dia jatuh pengsan. Apa yang Ian nampak ada orang pukul dia pakai…” Kata Rayyan terhenti. Baru dia terfikir.

Pasti isterinya terpaksa menggantikan dirinya sebagai galang ganti nyawanya. Maksudnya isteri nya sudah tahu dari awal yang seseorang ingin menyerangnya dari belakang!

Patutlah dari awal perangai isterinya lain! Kenapa baru terfikir sekarang Rayyan Qayyum!

Rambutnya dikusutkan. Serabut !

“Ian tak tahu siapa yang buat…”

“Pukul pakai apa Ian?”

“Kayu besbol.”

Semua yang berada disitu terkejut.  Kata-kata tidak terkeluar dari mulut.

Puan Syabila terus memeluk tubuh suaminya. Puan Zaiti jua begitu. Menangis.

“Abang… anak kita abang!”

Tuan Ahmad yang ikut terkejut dengan itu hanya mampu tersenyum memberikan semangat isterinya.

“Allah uji kita. Ada hikmah semuanya jadi, sayang… kita tunggu dia bangun ya. Kita tunggu doktor kata apa… Ian… jangan rasa serba-salah sangat. Semua jadi pun bukan dari kamu juga kan. Benda dah jadi pun. Kita doakan Ayka dekat dalam ya. Daddy tahu anak daddy kuat orangnya.” Tuan Ahmad menenangkan keadaan.

“Ya, isteri Ian kuat orangnya.” Semangat Rayyan katakan. Sendu jiwanya terasa.

BERSAMBUNG…

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now