49 | EMPAT PULUH SEMBILAN

104 3 0
                                    

Dalam diam aku dan Wafiq memandang tasik. Ada seseorang berdehem. Jangan pusing pun tahu siapa kah si gerangan itu

“Dah cukup ke masa pinjam isteri Abi ni, Wafiq?”

Wafiq mengangguk

“Apa yang diborak nya? Ada borak pasal Abi ke?”

“Tak ada masanya nak borak pasal awaknya. Ini hal mak dan anak.” Aku menjawab persoalan tidak masuk akal Rayyan

Rayyan tergelak.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu

“Ada banyak sebab kenapa adik kakak yang kuat mengusik ni cakap macam tu. Nanti Ayka tanya lah dia ya.”

“Boleh saya tahu tentang hari yang awak kata nak bawa kakak pergi hospital. Saya tanya kakak tau tadi. Dia kata tak sama langsung macam awak kata. Awak ada muslihat lain ke ? Ke awak saja buat alasan itu ini sebab tak nak bagi saya ikut awak dating dengan perempuan lain?” Soal aku musykil

Wafiq ditengah hanya mampu tersenyum.

“Wafiq pergi teman Wafa lah. Abi jangan tipu Ummi lagi ya…” pesan Wafiq sebelum bangun pergi ke arah adiknya berada

Aku memandang Rayyan musykil.

“Relax sayang… ada sebab sebenarnya. Tapi sebelum tu nak tanya sikit.”

Aku angkat kening

“Sayang suka tak suasana dekat sini?”

Aku mengangguk. Malas berfikir apa yang terlintas difikiran Rayyan

“Okay. Sekejap. Bangun teman abang jom.”

Aku pun mengikuti. Malas mahu berbalah.

“Weh Danial. Kunci rumah yang semalam aku suruh ambil tu, kau ambil tak? Kalau ada jom teman aku sekali masuk sana.”

Aku yang bingung mencabutnya

“Apa ni sayang cubit abang?”

“Ada benda tak baik ke nak tunjuk? Memang saya suruh ibu awak balik kuali dekat awak.”

Rayyan angkat kedua tangan

“Tak sayang… insya-Allah benda ni baik. Tapi tak tahu lah kalau sayang tak minat mungkin tak jadi baik lah…”

Aku memandang nya musykil. Dia cari aku madu ke?!

“Jangan berani ya cari madu untuk saya. Memang nahas awak. Tak dia yang kena, awak juga kena dengan saya…”

Rayyan garu kepala

“Bukan macam tu sayang… kalau nak cari madu kena ada persetujuan dari sayang… kalau tak, tak kahwin lah abang lagi satu.”

Aku laju menampar bau Rayyan. Rayyan berdecih sakit. Bekas tamparan dari aku, dia gosok buang kebas

“Abang tak nak jadi kudung lagi… Dah lah jom lah cepat pergi tengok. Mati abang hari ni asyik kena tampar tak berbayar ni.”

Rayyan tunjukkan aku rumah kosong dipagar oleh kunci mangga

“Awak bawa saya kesini nak buat paranormal ke?”

Rayyan geleng.

“Dan. Nak kunci. Bini aku ni makin lama makin overthinking kalau masih tak tahu”

Aku memandangnya tajam

Kunci diberikan pada Rayyan. Buka sahaja kunci mangga itu. Rayyan terus menarik aku masuk ke rumah

“Apa ingat saya tak tahu ke kita nak buat paranormal.” Tanpa dipinta dahi aku dijentik Rayyan

“Jangan overthinking sangat lah, Sayang… Ini kan rumah.”

Jadi? Nak aku jadi hantu ke? Ya tahu rumah ni masih terkemas. Rumput pun sudah dipotong tetapi rumah sebesar ini tak kan nak buat paranormal kan?

“Dari muka sayang memang masih tak faham.”

“Memang tak faham pun. Rumah ni memang masih nampak baru tapi tak kan nak buat paranormal kan?”

“Ini rumah kita.” Rayyan yang malas beri aku berfikir terus menjawab. Benak juga aku ni

Rumah kita?

“Sejak bila?” Terlintas itu sahaja di bibir aku

“Dah lama sebenarnya. Tapi masa yang tak sesuai nak bagitahu.”

“Apa kaitan dengan teman kakak pergi hospital?”

Rayyan tepuk dahi

“Abang memang teman kakak pergi hospital. Tapi sekejap je. Selebihnya habis masa dekat sini. Minta renovate sikit halaman ni bagi terkemas. Tambah pokok dengan buaian macam ni.”

Aku buat mulut ‘o’ Tidak tahu menjawab apa

“Sayang tak suka ke?” Suara sedih Rayyan berikan

Aku geleng. Sebenarnya aku tahu maksud dia. Cuma jadi benak buat tak tahu. Rumah bersih terkemas macam ni kata tak ada orang ? Pastilah ada orangnya.

“Suka.” Aku senyum manis

“Terima kasih.” Aku memeluknya. Kepala aku letak di bahunya

“Aduh… aku nak balik lah macam ni. Semua ada kekasih. Memang aku ditakdirkan single agaknya…”

“Haah pakcik memang single.” Wafa memerli Amir

“Eh kau budak kecik… aku tampar juga mulut tu…”

“Wafa…” suara Danial kedengaran tegas

“Ya papa Dan. Okay dah tak kacau pakcik Amir lagi.” Wafa angkat tangan seperti berikrar. Mata memandang Amir tajam

‘Semua salah pakcik!’ Isyarat mulut dari Wafa buat Amir bengang. Sempat diberikan Amir jelingan maut

“Dah. Dah. Bergaduh tak sudah lah kau orang ni. Ni jom teman aku masuk tengok dalam rumah.”

“Ni sewa ke beli? Mahal tak?” Aku bisik pada Rayyan

Rayyan mengangguk

“Boleh tahan lah. Alhamdulillah beli. Sebab rasanya sayang suka suasana macam ni sebab tu abang pilih dekat sini. Mana tau boleh rapat dengan si kembar tu?” Rayyan berbisik membalas pertanyaan ku

Aku mengangguk

“Mari papa hensem. Lets go kita terima rumah abi!” Wafa menarik Danial masuk ke dalam rumah sambil mengikuti langkah aku dan Rayyan

Wafiq dibelakang hanya mengikuti. Sambil itu juga menemani teman Amir dibelakang

“Kenapa lah perangai kau dengan adik aku tu lain.”

“Sebab Wafa perempuan. Titik.” Sekali nafas Wafiq membalas

Amir terdiam dengan jawaban si cilik kacak ini. Ayat dia macam orang dewasa weh!

BERSAMBUNG…

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now