20 | DUA PULUH

128 10 0
                                    

Tangga terakhir dipijak. Beberapa langkah sahaja sampai di hadapan kelas. Benarkah keputusan aku untuk masuk kelas ini ? Bisakah aku berteman kembali bersama Mufriez ?

Semenjak kes dua minggu lalu itu… Aku langsung tak dapat mesej atau panggilan dari Mufriez. Ia tidaklah sesakit mana tetapi yang memeritkan adalah dia sekat nombor dan semua media sosial aku. Benci benar kau pada aku. Apa salah aku, Mufriez ?

Bahu aku ditepuk Rayyan. Aku pusing memandangnya “Jangan risau. Tak ada sesiapa akan lukakan kau. Selepas ini banyakkan beristighfar dan sabar ya, Sayang”

Aku terus menumbuk bahunya “Sayang… Sayang… Tak malu ke cakap dekat tempat awam ni huh ?”

“Sakitlah weh” dia mengusap bahunya

“Sebab aku sayang kau lah. Kalau tak, dah lama aku cari madu” sambungnya lagi dan kali ini aku mencubit pula bahunya di tempat yang sama aku menumbuknya tadi “Berani lah kau cari madu. Aku cincang kau hidup-hidup”

“Sakitlah… Okay baiklah, Nur Milayka. Aku janji tak cari madu. Masuklah kau sana. Risau pula lepas ni aku kudung sebab kena penangan tangan kau ni” dia terus menolakku sehingga ditepi pintu kelas

“Kalau ada apa-apa masalah dalam kelas atau masa tiada aku. Cari saja kawan aku. Kau kenal dia orang kan ?”

Aku mengangguk sambil memandangnya musykil. Ni mesti ada niat lain ni. Pasti !

“Bagus. Hm... Okaylah. Bye... Sayang” dia terus berlari meninggalkan aku

Tak guna punya suami ! Kau tunggu balik nanti. Memang malam ni kau tidur luar !

Jejak sahaja kelas yang sedang bising akan ketiadaan guru sebentar tadi terus sunyi setelah melihat diri aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jejak sahaja kelas yang sedang bising akan ketiadaan guru sebentar tadi terus sunyi setelah melihat diri aku. Berbagai pandangan mereka lontarkan padaku. Benci ? Iri hati ? Cemburu ? Suka ? Aku tidak faham segalanya. Yang pasti aku benci pandangan mereka. Aku tidak suka !

Tanpa banyak bunyi aku terus melangkah ke tempat duduk aku. Aku terus duduk dikerusiku. Aku pandang hadapan. Dimanakah tempat duduk Mufriez ?  Aku pandang sekeliling. Lelaki yang aku cari sudah dijumpai. Jauh sungguh kau duduk Mufriez. Barisan paling banyak perempuan juga yang kau pilih untuk duduk

Aku memandangnya. Dia yang perasan terus memandang aku.Dia senyum padaku.

Dia tak benci aku kan ?

Seketika sahaja sebelum senyuman itu bertukar menjadi senyuman sinis dan terus menjelingku. Jadi dia benci aku ? Apa salah aku ?

Sebentar sahaja sebelum mata aku kembali memandang sekeliling. Pasti pandangan menjelekkan itu yang aku perhati. Aku mahu buat apa ? Aku tak tahu apa yang berlaku sekarang ini

Haruskah aku menangis memohon maaf akan yang telah berlaku selama ini ? Apa salah aku ? Selama ini aku hanya ada Mufriez sahaja. Kini dia pergi menjauhi aku tanpa sebab yang aku sendiri tidak tahu

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now