Kini aku duduk dibucu bilik lantai beralaskan karpet kecil. Aku duduk memeluk lutut sambil mengenang nasib burukku. Jika diberi pilihan untuk hidup atau mati. Aku akan memilih tidur yang lama. Aku mahu mimpi indah. Bukan mimpi ngeri. Dunia ini terlalu ngeri buat aku yang kerdil. Aku mahu bilang aku penat dan tolonglah beri aku peluang untuk berehat selama mana aku mahu. Bisakah tuhan ?
Seharian aku berkurung di dalam bilik. Puan Zaiti dari tadi tidak henti mengetuk pintu bilik ini. Tidak ketinggalan juga tuan Zamir di sisi isterinya. Mereka dari tadi asyik bertanyakan sama ada aku baik-baik saja di dalam
Aku diam sahaja. Menyahut tidak. Apatah lagi membuka pintu itu
Aku tak tahu bagaimana nak hidup dengan rasa penyesalan yang memang bukan salahku sendiri. Aku dah cuba banyak hal untuk seseorang sayang dengan aku tapi kenapa Mufriez hilangkan kepercayaan aku ni ? Macam-macam cara aku buat agar dia tidak membenciku. Aku fikirkan dia berkawan dengan ku kerana dia sudah menerima takdir yang kembar aku sudah tiada. Jadi selama hari ni dia berpura-pura kerana mahu membalas dendam ? Apa salah aku ?
Tok… Tok… Tok…
Pintu itu diketuk lagi. Siapa lagi kalau bukan keluarga Rayyan "Ayka. Jom keluar makan. Ibu masakkan nasi tomato yang Ayka nak semalam. Ayka keluarlah. Ibu risau sangat tengok kamu tak keluar dari tadi" puan Zaiti dari luar tidak henti memujukku agar keluar dari bilik ini
Bisakah beri aku ruang untuk bertenang seketika ?
Sejak Rayyan menghantar aku kerumah ini. Langsung dia menghilang dari radar. Hampir tiga jam juga dia menghilang. Aku tidak peduli. Hilangnya dia tidak menguntungkan aku
Kenapa dunia ni kejam ? Tak penat ke hukum aku sahaja. Dari kecil sampai dewasa ini. Mengapa aku yang dipersalahkan ? Dipinggirkan ? Dibenci ? Semua yang buruk pada aku. Aku pun ada hati perasaan lah !
Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Aku tidak menoleh walaupun hati aku mengatakan yang Rayyan sudah pulang
Terasa seperti ada seseorang duduk disebelahku. Aku menoleh. Benar itu Rayyan
Kau nak apa sebenarnya ? Nak hukum aku apa pula ?
"Aku ada bawa nasi tomato yang kau nak semalam. Nganga mulut tu. Aku suap kau ni" Rayyan suakan sudu berisi nasi kepadaku. Aku menggeleng
Sudu itu diletakkan kembali dipinggan nasi tadi
Rayyan mengeluh "Kalau tak nak makan. Kau nak apa ? Pergi taman ? Pantai ? Shopping ? Insya-Allah aku cuba berikan yang terbaik" lembut sahaja Rayyan berkata
Boleh tak jangan kesiankan aku. Aku tak suka !
"Cuba kau cakap apa kau nak ? Nak balik rumah mommy daddy ? Kalau nak jom bersiap. Packing sekali pakaian. Kita tidur sana seminggu dua"
Sekarang ni kau nak bawa aku ke rumah itu ? Mengapa tidak dari minggu lalu ? Ingat aku boleh terima lagi ke lepas kejadian tadi ? Sekarang ni otak aku memainkan peranan bagi mengingatkan masa lalu aku yang teruk itu. Aku benci diri aku !
"Jangan diam macam ni, Milayka. Kau buat aku makin risau. Kau nak apa ? Insya-Allah aku tunaikan"
"Ceraikan aku" sekali nafas aku menutur. Rayyan disebelah menggelang laju. Mukanya yang risau itu bertukar kepada sayu
"Tak akan. Aku tak akan lepaskan kau" aku rasa nafasnya tersekat dikerongkong
"Kenapa tak boleh ? Kau kata kau akan buat kalau itu yang aku nak ?" desakku sambil memandangnya tajam
Aku benci orang yang kesiankan aku !
"Dalam banyak permintaan. Kenapa harus berpisah ? Tak cukup baik ke aku jaga kau ? Kalau aku ada salah bagitahu aku, Milayka ?!" Rayyan sudah ketap rahangnya. Suaranya seakan tenang, tetapi aku tahu dia marah dengan permintaan merepek aku
"Kau terlalu baik untuk aku, Rayyan. Aku ni apa je ada. Aku suka susahkan orang. Tak cukup ke selama hari ni aku menyusahkan kau. Kau tak sedar lagi ke, Rayyan ?" Aku menafikan kenyataan
"Tak. Kau tak pernah menyusahkan aku. Kau isteri aku dan kau boleh susahkan aku, Milayka. Sakit macam mana pun aku. Aku tetap akan pilih kau. Jangan merepek yang aku akan lepaskan kau, Milayka. Aku tak boleh" Rayyan masih berkata tenang walaupn hatinya mahu menjerit tidak mahu
'Sakit sangat, Sayang. Bukan sakit biasa. Ini melebihi sakitnya' lirih batinnya
"Aku tak cinta kan kau, Rayyan" jujur mulut aku membuatkan Rayyan diam seketika
Apa yang lebihnya aku, Rayyan ? Aku manusia biasa
"Tapi kau boleh. Kalau aku boleh sayang dan cinta kau. Tak kan kau tak boleh ? Kau dah cuba ? Kau tak pernah cuba sekali pun. Tolonglah beri aku peluang. Aku akan pastikan yang kau akan jatuh cinta pada aku sama macam aku jatuh cinta pada kau" pengakuan Rayyan membuatkan aku kunci mulut seketika
"Kenapa kau yakin yang aku akan jatuh cinta pada kau ?" Soal aku
"Aku yakin. Allah dah susun takdir kita. Allah yang jaga hati kita selama ni. Setiap malam aku memohon pada Allah untuk kau buka hati untuk aku. Aku memang yakin yang kau akan jatuh cinta pada aku. Beri aku masa untuk aku ambil hati kau, Milayka. Aku tak akan tinggalkan atau lepaskan janji aku pada yang maha Esa dan kedua ibu bapa kau, Mikayka. Andailah jodoh kita tak berkekalan. Aku akan pulangkan kau dengan cara baik seperti aku kahwini kau dengan niat suci. Lafaznya sah dari saksi. Aku memang nak kau bahagia bersama aku sampai tua, Sayang"
Aku terus diam tak berkutik. Nak beri alasan apa lagi ?
Tiba-tiba tangan kananku digenggam. Aku memandangnya
"Izinkan aku, Milayka. Izinkan aku genggam tangan kau. Izinkan aku bahagiakan kau. Kau isteri solehah aku. Kau bidadari yang Allah janjikan pada aku untuk aku jaga. Izinkan aku jadi suami terbaik kau. Izinkan aku, Sayang. Izinkan segalanya Hayyin, Abang" dia membalas pandangan mataku tunak. Tanpa kata aku mengangguk dan tersenyum ikhlas
Benar kata dia. Allah dah susun takdir kita. Bismillahirahmanirrahim… aku akan belajar menerimanya. Mohon doanya kau berikan aku peluang untuk membuka hatiku untuknya
Aku membalas genggamannya. Beberapa saat kemudian dia melonggarkan genggaman
"Terima kasih, Sayang" dia terus memelukku erat. Aku membalas pelukan itu
Semoga kau permudahkan urusan kami. Izinkan kami bahagia ya, Ya Allah
BERSAMBUNG…
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...