8 | LAPAN

120 11 1
                                    

Sekarang ini aku nak tengok tv ke apa ? Kenapa kembar ni menyibuk dekat sini

"Ummi. Ummi. Ummi rasa mana yang okay nanti nak pergi rumah Tok Daddy dengan Tok Mommy. Baju ni ke baju ni" Wafa berkata sambil menunjukkan dua pasang baju di hadapan aku

Aduh budak ni. Tak bagi feeling lah aku nak tengok tv

Tak sekarang ni bukan patut aku ke yang tanya benda ni. Tu mommy aku bukan nenek kau budak !

Aku buat tak peduli

Memang budak kecil suka mengacau orang ke apa ? Abangnya aku tengok biasa je. Tak kacau orang pun. Ni asal pula si perempuan ni membebel dekat aku

Ni lah sebab kenapa aku tak suka budak

"Ummi ni layan lah, Wafa. Tv tu best sangat ke sampai tak nak layan Wafa" Wafa merengek kecil. Mulutnya sudah memuncung. Ni mesti nak menangis depan aku

Aku tetap buat tidak tahu

Wafa yang geram kerana tiada siapa mahu melayan. Terus berlari masuk ke biliknya. Wafiq juga begitu mengikuti langkah adiknya

"Ayka" panggil Rayyan dibelakang aku

Aku menoleh. Kening kiri aku angkat menandakan 'apa ?'

"Kenapa Wafa tu ? Kau buat apa dengan anak aku ?" soal Rayyan

Ni anak aku ke kau ? Anak kau kan. Pergi lah pujuk sana ! Aku malas !

Dengan malas aku berjalan meninggalkan Rayyan yang berdiri meminta jawaban dari aku

Kau fikir aku kesah ke ?

Kau fikir aku kesah ke ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seperti yang dijanjikan. Hari ini aku pergi rumah mommy dan daddy. Sukanya !!!

Aku leka tengok awan dekat luar rumah sekarang ni. Awan tu cantik gila. Nak ambil gambar ni mesti lawa. Tapi aku mana cantik bila ambil gambar

Ni lah sebab aku benci ambil gambar. Nak acah aesthetic konon. Lastnya buruk. Mood hilang

Argh, bencilah hidup macam ni. Semua aku buat serba tak kena dengan tekak

Tiba-tiba terasa bahu kanan aku ditepuk lembut. Aku memusingkan badan memandang gerangan itu

"Larut sangat kau tengok langit biru" Dia berkata

Aku mengangguk dan terus memusingkan badan kembali memandang langit. Aku suka langit. Tapi langit sangat tinggi nak gapai. Mesti lembutkan awan tu

"Akan ada masanya langit biru ini akan berubah menjadi langit gelap disebabkan malam dan hujan badai sebagai tanda pemergian pagi yang menyinari hari gelap"

Aku dah pelik. Dia cakap apa raju ? Aku buat tidak tahu

"Macam kau. Kau baik. Tapi disebabkan kesombongan dan ego kau, itu membuatkan ramai salah faham tentang kau"

Okay ini dah tahap merepek "Kau nak cakap apa sebenarnya, Rayyan ?"

"Kau fikir aku tak tahu. Malam tadi kau pergi jumpa Wafa kan. Kau pilihkan baju dia" Butir perkataan dari mulut Rayyan membuatkan aku kaku

Aku memandang dia seketika. Mata kami bersatu. Argh ni aku benci bila pandang mata orang. Aku menjulingkan mata ke atas

"Merepek lah kau, Rayyan. Sejak masa ketika nya aku pergi pilihkan baju budak kecik tu. Buang masa" aku terus berjalan meninggalkan dia

Nak tengok langit pun susah. Sibuk je lah mamat ni

Rayyan hanya menggeleng perlahan dengan kelakuan aku "Budak tak pandai menipu, Ayka" ujar Rayyan perlahan setelah melihat bayangan aku menghilang di balik pintu

Rayyan hanya menggeleng perlahan dengan kelakuan aku "Budak tak pandai menipu, Ayka" ujar Rayyan perlahan setelah melihat bayangan aku menghilang di balik pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekarang ni kami dah bawak masuk barang dalam kereta. Aku lihat je kelakuan budak kecil perempuan ni. Dari tadi tersengih-sengih minta penampar

Wafa pandang aku dengan senyuman manis

Kau pahal budak ? Fikir comel ke huh ? Nak je aku flip tudung dekat dia. Tahu lah freehair

Baru mahu masuk ke dalam kereta. Aku ternampak sesuatu yang tak menyenangkan

"Wafa" aku panggil Wafa. Wafa mendekati aku tanpa banyak bunyi

"Boleh tolong tak ?" Wafa mengangguk dengan pertanyaan aku

"Pergi tukar seluar boleh tak ?"

Wafa yang pelik bertanya "Kenapa ummi ? Tak sesuai ke dekat Wafa ? Wafa rasa okay je dekat Wafa. Abi pun tak kata apa dekat Waf-" belum habis Wafa berkata. Aku memotong

"Aku ni pun mana baik mana. Pakai tudung pun ikut fesyen sekarang. Masih banyak kurangnya. Pakaian pun ikut syarat. Tak yang sekarang aku membebel macam mak nenek ni kenapa ? Kau tukar je seluar kau. Aku tak suka. Walaupun kau tak pakai tudung. Jangan jadi kan kebiasaan pakai pakaian macam ni. Seluar yang kau pakai besar tapi nampak betis. Terdedah sangat. Aku tak suka. Pergi tukar sekarang" Peringatan keras aku beri pada budak kecil ni

Wafa yang memahami tersenyum suka "Aipp... Aipp... Kapten. Wafa mengikut perintah. Ummi tunggu Wafa tukar seluar tau. Jangan tinggalkan Wafa pula" laju si kecil berlari masuk ke dalam rumah

Rayyan yang bertentangan dengan si kecil berpandangan pelik

Sejak bila budak kecil ni ngam dengan bini dia yang keras ni ?

"Kau buat apa dengan anak aku ? Kau dengan dia dah berbaik ke ? Ke ka-" belum habis Rayyan berkata. Aku meninggalkannya

"Weh, aku tak habis cakap woi" percakapannya aku buat tidak endah. Bisinglah mamat ni ! Tak boleh ke diam

BERSAMBUNG...

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now