35 | TIGA PULUH LIMA

101 4 0
                                    

“Hai awak” seseorang menegurku dari belakang. Aku menoleh lalu mengangkat kening. Apa yang dia nak?

“Awal awak datang? Awak memang suka datang awal ke?”

Aku terus menoleh memandang hadapan semula. Tangan sibuk mengeluarkan buku di bawah meja, lalu diletak di atas meja. Disusun sedikit kemas.

Aku mengeluh. Kepala letak di atas meja

Kelakuan ku dari tadi tidak membuatkan seseorang itu beranjak dari berdirinya tadi

“Lelaki yang semalam awak rehat tu siapa?” Soalan itu membuat aku angkat kepala. Aku memusing tubuh memandangnya tajam

“Kau tak perlu tahu.” Tekan aku lalu memusing tubuh kembali. Buku diatas meja diselak beberapa kali.

“Kalau dia bukan sesiapa bagi awak. Boleh saya kenal awak lebih dari itu? Saya suka perempuan manja”

“Tidak perlu. Saya ada banyak urusan dan awak bukan matlamat saya untuk tambah urusan lagi. Cukup.” Aku menjawab walaupun tangan masih membelek buku

Aku buang nafas kasar

“Dan satu lagi saya tidak semurah itu untuk mencari lelaki. Saya manja dengan lelaki yang patut saya cintai” Aku tegaskan kata-kata ku

“Saya rasa awak patut kenal saya. Saya boleh jadi lebih baik dari lelaki semalam.”

“Kalau kau rasa sempurna sangat, baik kau cari yang lain. Aku tak suka kesempurnaan. Orang sempurna macam kau senang riak, bongkak, sombong.”

“Jangan menilai da-”

“Jangan menilai dari luaran seseorang? Aku tidak memerlukan itu lagi. Hanya orang tulus aku cari. Biar tidak berharta. Biar pakaiannya biasa saja. Ketulusan hati seseorang itu hanya pada lelaki yang kau perli tadi. Sesungguhnya dia adalah lelaki yang tulus mencintai aku”

“Awak tak kenal siapa dia.”

“Aku lebih kenal dia. Jangan kau nak burukkan dia pada aku.” Aku memarahinya

“Kenapa awak percaya dia sangat? Nah bukti dari maksud saya.” Dia hulurkan beberapa helai gambar pada aku. Aku belek gambar dengan perasaan kosong

“Jadi?” Aku soal kembali. Gambar ditangan aku keronyok kan. Aku bangun terus berjalan mendekati tong sampah lalu membuangnya gambar yang sudah keronyok itu kedalamnya

“Saya cakap jangan percaya dia. Dia lelaki dan saya lelaki. Saya tahu niat dia dekati awak.”

“Kau ingat dengan gambar b*doh kau ni, akan buat aku benci dia? Tidak! Lelaki yang kau fitnah tu rumah aku. Aku kenal dia, lebih dari kau kenal dia. Jangan tabur fitnah. Dosa memfitnah lebih besar dari membunuh. Aku minta tolong… tolong jangan kacau aku. Aku ada banyak masalah ni. Jangan sampai tahap sabar aku hilang. Pergi tempat belajar kau, Naziq. Aku nak rehat dan tolong faham.” Tekan aku lalu buku yang sedia terbuka tadi aku tutup rapat. Aku letak buku ditepi. Kepala aku letak di atas meja kembali.

Naziq yang tidak mahu berdebat terus berjalan kemejanya. Hatinya dihurung rasa benci pada Rayyan.

“Awak tak kenal siapa saya, Ayka. Awak akan menyesal sebab tolak saya.” Ujar Naziq seorang diri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now