7 | TUJUH

129 12 0
                                    

Aku tersedar dari tidur

"Wush mimpi rupanya hahaha" bisik aku sendiri

Aku bangun dari tidur dan duduk di birai katil. Rest awhile sekejap. Eh pandai, apa yang rest awhile gilakk

Aku yang masih mamai menggosok mata seketika

"Eh dah pukul berapa eh ?" cakap aku seorang diri. Suka hati aku lah nak cakap dengan siapa. Ni bilik aku kan

Telefon aku cari dan buka. Oh baru pukul 6 setengah . Nak tidur balik lah macam ni. Eh pukul 6 ? Ya Allah aku terlepas solat subuh. Eh jap. Mana baju sekolah aku ? Bukan malam tadi aku gantung ke ? Em hari ni kan hari jumaat . Tak sabar nya aku nak cuti. Nak dating dengannnnn....... Ri-

"Kau baru bangun ke ?" Aku dengan suara ke tadi ? Eh bukan lah

"Weh aku cakap ni. Kau dah kenapa ?" Siapa ? cakap ? Suara siapa tu ?

Mommy, daddy tolong Ayka.... Ayka takut.... Eh hantu ke tu ?

"Kau ni kenapa, weh!!!" rungut dia sambil memegang bahu kanan aku. Eh jap kenapa dia dalam bilik aku. Apa yang jadi ? Bukan ke tadi mimpi ? Yela mimpi. Tapi sekejap ? Apa ???

"Arghhhhh !!!!" suara aku lah tu. Aku rasa mau habis satu rumah mommy ni bergegar. Gila kau tak takut. Nanti mommy tahu macam mana ? Mommy tolong Ayka, mommy. Ayka takut

"Shhutttt. Diamlah gila. Nanti ibu dengar macam mana ? nanti aku kena marah. Ya Allah dia ni. Kau dah kenapa wehh. Pelik lah aku dengan dia ni"

"Siapa ibu ?" soal aku ragu

"Ibu aku lah, pandai. Kau lupa ke semalam kau dah kahwin dengan aku" jawap dia ringkas dengan sedikit emosi

Isteri dia ini kenapa ?

"Aaa... aku kahwin ? Bukan ke tadi mimpi ? Kau main-main kan ?" Soal aku. Tah bila masa tah aku kahwin dengan dia. Eeee benci lah macam ni . Lupa pulak pasal mommy. Nantilah fikir

"Ya Allah.... Kau ni pelupa ke apa gila. Baru semalam kita kahwin, kau dah lupa. Kau nyanyok ke apa ? Harap je cantik tapi nyanyok. Ni kalau ada anak mau harini beranak, esok lupa. Teruk nyanyok kau ni" jawap dia selamba sambil geleng kepala seakan kesal

Nyanyok ? Dia cakap aku nyanyok ? Kau tunggu eh kau tunggu nasib kau Rayyan Qayyum

"Kalau betul kita dah kahwin. Kenapa kau nak kahwin dengan aku. Ni kalau betul terjadi mesti Riez marah kan ?" suara aku mula kenduri. Tolonglah cakap ini semua gurau

"Kalau kau tak percaya. Kau tengoklah sendiri sijil nikah kita. Tu dekat laci sebelah kanan. Kiri jangan buka. Tu privacy aku" tanpa membuang masa aku pergi ke laci yang di sebut. Buka sahaja. Jumpa benda yang dicari . Semua dibaca dengan teliti tanpa tertinggal satu pun ayat

Okay . Aku kena terima kenyataan yang aku memang dah sah jadi isteri dia . Maafkan saya Riez . Saya curang dengan awak

Sedihnya hidup aku. Huwaaaa sedihnya hidup

"Eh kau ni apa pasal ? Dah pergi mandi sana. Cepat, aku tunggu kau . Lepas solat kita turun. Kita sarapan . Ibu tunggu tu rasanya kat bawah"

"Em okay...... Sekejap"

"Apa ?"

"Kita tidur berasingan kan ?" Kenapa mulut aku cakap centu. Apa aku cakap siot

"Hah ? Kau gila ke apa ?? Kau yang minta kan kita tidur sekatil tapi tak sebantal. Ya Allah. Kenapa dengan isteri aku ni ?!"

'Aku rasa kalau macam ni lah hidup aku dengan dia. Mau jadi gila' desis hati Rayyan Qayyum

"Em . Sorrylah aku lupa. Okay lah, aku nak cau mandi. Bye"

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now