14 | EMPAT BELAS

105 9 0
                                    

Setelah empat puluh lima minit bertapa di pasaraya pakaian bersama terchentah. Aku memutuskan untuk pemilihan selesai dan kami sedang keluar dari pasaraya pakaian itu

"Kau punya pilih kalah aku memilih. Patutlah perempuan ni complicated. Nak yang sempurna dan kemas" komen Rayyan. Helmet aku Rayyan pakaikan dikepalaku

"Jadi kau nak cakap bosan lah ni dengan aku ?"  Aku berkata sambil membetulkan helmet dikepalaku

Rayyan yang baru mahu memakai helmet terus terhenti. Dia terus memandangku "Tak lah. Kau ni jangan salah faham. Maksud aku ka-" belum sempat Rayyan berkata. Aku memotong

"Hm... Good idea. Jadi kalau kau bosan, kau tak nak aku kan?" beria aku berkata. Aku suka aku suka !

"Tidak. Aku tak akan bosan dengan kau" Rayyan juga tidak mengalah

"Aduh. Kau ni susah lah ajak bincang. Aku kan tak suka kau" aku melawannya

"Kalau tak suka. Cubalah sampai suka. Nanti kalau kau suka aku. Aku pastikan kita bahagia sampai jannah" Rayyan mengangkat beberapa kali keningnya

Aku menjelingnya "Merepek. Dah jom. Tadi kata nak bawa aku makan kan. Aku pun tengah lapar ni" aku menukar topik. Dia ni tak faham bahasa ke buat-buat tak faham ?? Aku dah cakap kan aku tak suka tu tak suka lah

Rayyan hanya mampu tersengih "Eleh, tukar topik ya. Tak apa. Mari makan" riang Rayyan berkata dan menaiki motor seperti tiada apa berlaku

Kau tak ada perasaan terasa ke Rayyan ?? Kau tak reti give up ke ??

"Aku ada satu tempat makan sedap tau. Kau tak kisah kan makan apa-apa kan ?" Rayyan bertanya kepadaku semasa aku baru mahu menaiki motor untuk duduk di bahagian belakang

Aku sesuaikan cara duduk di motor bahagian penumpang. Aku geleng sebagai jawaban "Aku tak kisah" jawab ringkas dari aku membuat Rayyan tersenyum

"Okayyy" dengan bismillahirrahmanirrahim, Rayyan menunggang motosikal membelah jalan

"Okayyy" dengan bismillahirrahmanirrahim, Rayyan menunggang motosikal membelah jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aku nak pegang sendiri lah" marah aku pada Rayyan yang tidak reti mengalah. Nasib je aku fikir sekarang ni dekat kawasan umum. Kalau tak memang aku jerit dekat telinga dia. Biar pekak terus. Dah cakap elok-elok pun masih buat tak faham

"Eleh. Biarlah bawa bakul bersama"

"Tak boleh !!" Tegas aku. Memang seorang Rayyan Qayyum ni susah nak faham bahasa ke ?

Nak aku bercakap bahasa india ke ? Sabar ! Kau tunggu nanti balik. Memang aku halau kau duduk luar !

"Nak dan nak. Aduh apa susah. Kau pegang sebelah. Aku pegang sebelah. Dia macam aww so sweet" beria Rayyan berkata. Sweet nenek kau ! Jijik !

"Aku cakap tak nak lah. Dasar tak faham bahasa lah Rayyan ni" menyampah aku berkata. Ini antara lelaki yang aku jumpa, seorang yang keras kepala

Degil !

"Kalau tak nak tak apa. Nanti balik sendiri. Wallet kau dan kunci semua dekat aku" ugut Rayyan

Aduh ! Ini lah yang aku tak suka. Rayyan suka mengugut ! Susah lah macam ni

Dengan tidak rela, aku ikutkan juga... Ada ubi ada batas, ada hati rambut kau aku tebas ! Mampus kau nanti aku botakkan kau. Biar kau rasa sakit hati ! Tunggulah !

Aku menjelingnya dan menarik bakul yang kami pegang bersama. Aku nak balas dendam. Aku nak beli jajan banyak-banyak. Aku nak kopakkan duit dia. Biar dia sengkek !!!

Kau tengok lah nanti Rayyan !

Disebalik itu, ada yang tersenyum suka dengan kelakuan aku

"Comel" ayat itu sahaja yang keluar dari mulut Rayyan. Aku tersentak

Aku pandang dia. Dia pandang aku "Kau cakap aku apa tadi ?" Aku memandang tajam ke arahnya. Aku nak dia takut !

Tidak aku sangka. Rayyan berani juga. Dia membalas pandangan aku dengan pandangan redup

Damn ! Jantung aku kenapa macam nak maraton ni !!!! Help me !

Argh bencilah macam ni !

Tangan kanan yang tidak memegang apa-apa terus menampar bahunya

"Auch ! Sakitlah Yang" Rayyan mengadu. Aku jengil kan mata

"Itu makan dia. Cakap lagi macam tu memang aku jahit mulut kau. Siapa sayang kau. Fikir mata kau cantik ke huh ?! Tak hingin aku ! Menyampah"

Tiba-tiba Rayyan terdiam. Senyuman manis tadi kelihatan agak kendur

Kau terasa ? Ini yang aku mahukan

Rayyan pandang aku redup. Rayyan tersenyum kembali "Elelele, cakap lah kau suka kan. Kalau tak kenapa kau stuck masa aku pandang kau tadi. Menyampah konon. Nanti jatuh cinta dengan aku. Jangan salahkan aku" Rayyan memberi kenyitan mata kepada ku dan mencubit hidungku

"Rayyan !" Aku yang geram degan dia terus mencubit bahunya "Merah nanti hidung aku. Jadi badut. Tak cantik. Aku memang kerat kau lapan belas" amaran keras dari aku membuatkan kelakuan Rayyan terhenti

"Hodoh sekali pun kau. Aku tetap suka. Aku suka kacau kau sampai muka merah. Hidung merah. Comel !" Yakin Rayyan berkata dan terus mengambil beberapa peket snek di rak itu dan memasukkan ke dalam bakul yang kami pegang bersama

"Ish benci lah aku" Aku terus mengambil beberapa jajan di rak itu dan memasukkan ke dalam bakul yang kami pegang bersama

Dengan kelakuan itu sudah membuat Rayyan tergelak suka dan kami berterusan bergaduh dengan hal yang remeh. Rayyan memang tiada kerja gamaknya

Mau boleh darah tinggi aku dengan dia ni. Suka betul mengusik. Aku tak suka !

Tekaan aku meleset setelah melihat motor yang ditunggang dia menukar arah yang sepatutnya kami pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tekaan aku meleset setelah melihat motor yang ditunggang dia menukar arah yang sepatutnya kami pulang

Rumah ibu kau dah lepas lah ! Kau nak bawa aku ke mana ?

Itu sahaja mampu aku kata di dalam hati. Butir bicara aku di simpan dahulu. Penat perang mulut dengan Rayyan semasa di pasaraya masih terasa

Dalam diam. Kenderaan dua roda ini sampai ke destinasi baru

Pantai !

"Kenapa kau bawa aku ke sini ?" Soal aku pelik. Tak nak balik ke ? Dah nak maghrib ni

"Kau nak tengok sunset tak ?"

Aku sekadar mengangguk. Bukan tidak tahu tapi ini kali pertama keluar sampai waktu hampir malam. Senja !

"Jom lah duduk sana. Kita duduk dekat batu tu" aku hanya mengangguk dan mengikuti bicara Rayyan

"Kau pergi lah duduk dulu. Aku nak bawa jajan ni. Dapat tengok sunset sambil kunyah ni sedap" Aku hanya mengikuti sahaja. Butir bicara aku masih memerlukan rehat

"Hati-hati naik batu tu"

Arghh kau ni Rayyan. Sudah sudah lah tu beri peringatan. Ingat aku kanak-kanak ke ?

Aku memandang dia sambil tersenyum paksa. No in mood !

Rayyan yang faham hanya membiarkan

BERSAMBUNG...

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now