Sedang leka aku bersama televisyen dan makanan ringan. Aku terdengar seseorang memberi salam dari luar
“Assalamualaikum, Sayang…Oh Sayang…”
Tidak perlu berkata apa. Aku sudah duga siapa dia. Rayyan je suka buat hal gitu
Dengan malas aku berjalan mendekati pintu rumah. Aku buka. Terpampanglah muka suci Rayyan. Ni pasti ada ulah ni
“Oh my sayang gebu gebas kita… Kita rindu dia” dia berkata terus memelukku erat
Aku terpaku. Aku bingung dengan dia ni. Peluk orang macam ajak lepak underground !
Dengan perasaan geram terus aku memijak kakinya. Dia berdecih lalu melepaskan pelukan dia
“Sakitlah… Yang…”
Aku menjelingnya “Dah lah peluk aku sesuka hati. Lepas tu cakap manja minta penampar. And last kenapa bersayang bagai ni ?”
Sebal !
“Aku… Aku…” dia gagap
Aku rasa ada benda yang tak kena ni. Aku terus menolaknya ketepi. Ni pasti ada benda jadi. Laki aku ni susah tak betul macam ni
Aha ! Tak jumpa !
“Kau cari apa ?” soal Rayyan setelah melihat muka ku pasrah. Aku cari apa sebenarnya ?
Aku terus menampar mukanya. Selepas itu, terus memegang mukanya. Aku belek laju “Aku rasa kau Rayyan. Kenapa perangai kau pelik sangat ? Kau jumpa hantu ke tadi ?”
Rayyan bingung “Ni memang aku lah. Yang kau pula pelik dah kenapa ?”
“Kau lah mulakan. Gedik semacam. Naik bulu roma aku”
Rayyan hanya tersengih “Er… boleh tak kau ubatkan ni” dia berkata sambil menunjukkan lengannya. Sempat juga tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang manis itu
Laki aku ni comel tau sebenarnya !
Biarkan dahulu. Aku lihat lengannya. Ada kesan luka kecil di lengannya. Aku lihat seluruh tubuhnya. Di seluar bahagian lutut ada sedikit koyakan. Tidak besar mana. Kelihatan juga luka yang masih baru di situ
“Eh… Jangan tengok aku macam tu” Rayyan memeluk tubuh
Aku terus menariknya masuk ke rumah
“Eh weh… Janganlah tarik tangan aku lah. Kuat sangat ni. Kang tercabut macam mana ?” gelabah dia
Aku terus menariknya masuk ke bilik “Kau mandi dulu. Nanti baju kau aku letak atas katil. Lepas tu keluar dekat sofa sana. Aku sapu ubat” aku tolak dia masuk ke dalam bilik air. Aku tutup pintu billik air dan terus mencari pakaiannya di dalam almari. Aku ambil baju tshirt putih berlengan pendek dan seluar pendek paras lututnya. Aku letak di atas katil. Lalu aku capai tuala dan pergi ke hadapan pintu bilik air
Kedengaran dari dalam dia mandi “Aku letak tuala dekat pintu ya. Nanti siap duduk dekat sofa sana. Okaylah aku keluar sekejap tau” aku terus keluar dari bilik itu. Tidak lupa juga tutup pintu bilik
Naya kang laki aku !
Aku ambil tudung sarung yang tergantung di pintu. Selepas itu, terus ke tempat letak kunci. Kunci motorku diambil dan terus keluar. Enjin motor dipanaskan seketika sebelum membawa motor ke kedai berdekatan
Misi mencari panadol !
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...