Waktu memang tidak berpihak pada aku kan? Benar semua ini hanya pinjaman didunia. Ya, Riez kawan baik aku sudah kembali ke tuhannya.
Mengapa kali ini lebih sakit? Mengapa?
Baru sebentar tadi aku lihat wajah manis Mufriez ketika ingin dikebumikan. Wajah itu suci sungguh. Nampaknya dia pergi dengan baik.
Aku tahan diri dari menangis. Kalau Riez tahu aku menangis mesti dia marah aku. Aku perlu kuat!
Aku mencari keberadaan surat yang Riez kata. Seingat aku surat itu berada di beg sandangku. Beg sandang ku yang tersimpan di dalam almari diambil lalu menyelongkar segala isi di dalamnya. Aku rasa surat ini tidak lah sekecil mana. Dengan geram aku terus menaburkan isi beg ke lantai
Aku selongkar mencari. Mengapa tiada!
Rayyan menerpa ke arahku. Sepucuk surat dia berikan padaku. Aku ambil surat itu dan aku buka
“Abang dah baca surat ni?” Soal aku ingin tahu. Mata terarah pada Rayyan
Rayyan mengangguk
“Abang tak sengaja baca. Malam tu beg sayang basah kena hujan. Nasib waktu tu ibu ayah ke hospital. Dia orang jumpa motor abang dan semua barang sayang dan abang dekat motor. Nak tak nak abang kena keringkan semua barang dalam beg sayang. Tapi…”
“Abang jumpa surat ni dan abang baca?” Soal aku sekali lagi
Rayyan mengangguk mengiyakan
“Tapi sumpah abang tak sengaja.”
Aku tersenyum tawar. Aku faham.
“Sayang marah ke?” Soal Rayyan risau
Aku geleng. Aku senyum kepadanya. Dia tidak salah kalau terbaca. Waktu itu memang aku tidak sempat baca. Semuanya sudah terjadi dengan pantas. Mengapa baru sekarang aku terfikir semua ini!
Patutlah aku rasa tidak sedap hati sahaja semalam
Tiba-tiba pintu rumah terasa diketuk. Suara Wafa bergema di luar rumah. Aku tahu pasti si kembar mahu melepak disini
“Sayang faham. Tak apa. Abang pergilah buka pintu tu… Kembar tu dah datang…”
“Abang suruh dia orang masuk bilik dia orang dulu. Lepas tu terus abang teman sayang lagi ya?”
“Kalau Wafa tanya macam mana?”
“Nanti abang tahu lah. Dia orang berdua tu budak pandai. Mesti faham punya.”
Aku sekadar mengangguk lalu dengan pantas Rayyan keluar dari bilik
Hilang sahaja bayangan Rayyan. Aku tarik nafas dalam. Aku buka surat itu dengan debaran. Aku baca segala isi di dalamnya
Teruntuk sahabat baikku, Nur Milayka.
Andainya surat ini sudah tiba di tanganmu, maka ia nya adalah yang terakhir daripadaku. Begitu dalam rasa ini kepadamu. Namun apa daya, kita tidak akan mampu bersama.
Benarlah jika takdir itu hanya mempertemukan kita, maka kita akan hanya dalam sebuah persinggahan.
Perkenalan antara kita ini merupakan memori terindah buatku. Mungkin juga buatmu Nur Milayka.Sepuluh jari aku susun kepadamu memohon keampunan yang aku tahu mungkin tak akan mampu engkau maafkan atas segala kesilapan dan kejahatan yang selama ini aku lakukan padamu.
Aku begitu mengikut kehendak dan kata hati yang cemburu. Tidak sedar bahawa segala kesakitan yang berlaku itu adalah kerana ulahku, Sendiri.
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...