Aku bangun dari tidur yang nyenyak. Baru mahu bangun, terasa badan aku berat. Argh sudah ! Setan apa yang beratkan aku ni huh ?
Aku buka mata dan pandangan pertama aku adalah dinding. Okay la tu. Tapi asal berat juga badan aku ni ?
Aku kena cari alternatif ni !!!
Aku pandang sekeliling dan mata aku tertacap sesuatu di perut ku. Wah ini sangat mengejutkan
Syaitan siapa ni yang berani peluk aku yang cantik huh ??? Ahh aku nak tahu siapa dia
Dengan kudrat yang ada aku memusingkan badan dan syaitan yang aku sumpah itu adalah Rayyan
Asal mamat ni nak peluk aku ? Eh gatal ya kau Rayyan. Kau tunggu sekejap ya
Aku cubit pinggang dia. Apa ? Nak aku cubit dekat mana lagi kalau kena peluk dengan gorgon besar ni ?? Haa cuba bagi idea sikit
Rayyan menggeliat kecil. Rayyan ketatkan pelukan. Sudah ! Mampus aku. Ini tidak adil ni !!!
"Rayyan !"
"Sekejap ya, Milayka. Rayyan nak tidur sekejap je. Lima minit je. Nanti Rayyan bangun, Rayyan panaskan bubur Sayang tu. Rayyan tak larat ni. Boleh ya" dalam mamai dia berkata. Syahdu betul kau ni mat ! Aku pun rasa tak sampai hati nak ganggu tidur dia
Aku buat apa sampai dia letih ? Apa yang jadi ?
Tanpa sedar aku rasa kasihan dengan dia. Dia layan aku terlalu baik. Dia sempurna. Kalau diberi pilihan. Perpisahan itu aku dan kau. Aku nak kau bahagia dengab orang yang tepat
Argh ! Apa aku cakap ni ???
Rayyan tiba-tiba buka mata. Dia pandang aku dengan pandangan redup
Ya Allah
"Eh.. Kau dah bangun. Kenapa kau tak kejut aku ? Kau nak bubur lagi ke ? Sekejap aku turun panaskan" dengan pantas Rayyan turun dari katil dan berlari keluar dari bilik itu
Kenapa kau baik sangat Rayyan ? Kau buat aku rasa nak suka kau Rayyan !!!!
"Kenapa kau diam ?" soal Rayyan risau. Dari mula dia suap bubur ini sampai tinggal separuh mangkuk , isterinya masih diam membisu. Ada yang tak kena ke ?
Aku diam sahaja. Aku nak cakap apa ni ?
Suapan terus dihentikan. Dia meletakkan mangkuk berisi bubur di tepi katil tempat kami berada sekarang
Aku memandang dia. Ada masalah ke ?
Setelah dia meletakkan mangkuk bubur itu. Dia memandang tunak mataku seketika sebelum ni memegang muka aku dengan kedua tangannya. Dia mendekatkan mukanya dengan aku
Aaaa sudah !!! Kenapa dia ni ???
"Kenapa kau diam dari tadi ? Kau masih rasa sakit ke ?" Soal dia perlahan
Aku mahu menjawab tapi mulut aku tidak memberi kerjasama
"Kau marah dengan aku ke Milayka ?" Soal dia sedih
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...