44 | EMPAT PULUH EMPAT

94 4 0
                                    

Pintu bilik milik isterinya dibuka lalu masuk tersenyum melihat isterinya. Tidak boleh tunjukkan dirinya sedih melihat isterinya terlantar di katil hospital ini

Rayyan mendekati isterinya di katil. Direnung dalam wajah isterinya yang pucat. Hatinya dihurung sedih. Wajah isterinya dibelai lembut. Bibir isterinya dibelek seketika.

Beg ditubuh dibuka. Di ambil pelembap bibir lalu mengoleskan sedikit di bibir isterinya agar warna itu sedikit menutupi warna pucat bibir isterinya

“Isteri abang selalu cantik. Dari pertama kenal lagi. Isteri abang memang garang tapi manja. Isteri abang tetap kuat walaupun hakikatnya sakit.” Wajah pucat isterinya dibelai tanpa henti

“Sayang tahu tak tadi kan abang kena marah dengan mommy daddy. Abang tak diizinkan masuk jumpa sayang dulu sebab nak bagi mommy daddy nak jumpa sayang dulu sama dengan ibu ayah…”

“Maafkan abang tau tak sempat nak jumpa sayang dulu. Kalau ikutkan hati abang memang abang orang pertama yang masuk bilik ni lepas doktor benarkan pelawat jumpa sayang. Tapi mommy sayang garang sangat macam sayanglah.” Rayyan tergelak kecil. Tidak tahan menahan akhirnya air mata yang ditahan jatuh juga

“Sayang….”

Suara Rayyan tenggelam timbul ingin berkata. Makin ditahan makin kuat tangisan

“Abang rindu sayang…” Rambut hitam isterinya dibelai.

“Nampak sekarang kepala sayang berbalut. Abang nak gosok kepala sayang macam selalu tu macam mana ya?” Rayyan bergurau untuk hilangkan kesedihan

“Abang suka sangat bila sayang marah tau. Muka sayang kan merah gila bila marah. Hidung merah buat abang geram nak je cubit-cubit hidung tu. Mulut sayang yang muncung lagi. Haish… macam mana lah abang tak tahan sehari tak usik sayang ni”Tiba-tiba Rayyan tergelak kecil

“Sayang kenapa tak bagitahu abang? Tak bagitahu yang ada orang dibelakang abang? Kenapa sayang sanggup korbankan nyawa sayang untuk selamatkan abang?”

Rayyan yang tidak betah melihat wajah pucat isterinya terus duduk dikerusi berdekatan katil isterinya berada. Tangan isterinya digenggam. Kepala jatuh

Cincin di jari isterinya direnung dalam. Cantik terletak pada jari manis itu.

“Sayang nak tahu tak? Sekejap.” Rayyan membuka beg nya lalu mengeluarkan sekotak baldu merah. Dia hulurkan pada isterinya

“Abang fikir malam balik rumah mommy daddy tu nak bagi benda ni. Tapi…”

Kotak baldu merah itu dibuka. Sebentuk cincin diambil didalam kotak baldu merah itu lalu disarungkan di jari hantu isterinya

“Cantik!” Cincin yang sudah disarungkan ditangan itu dibelek

“Dulu abang tak terfikir pun yang abang akan jatuh cinta dengan sayang. Abang beli cincin ni pun untuk cukup syarat kahwin saja. Abang fikir hubungan kita setakat itu sahaja dan kita akan berpisah. Now i'm falling in love you, Sayang. Abang nak sangat sayang pakai masa abang nak beritahu yang abang tak akan ada niat sedikit pun untuk berpisah dengan sayang. Cincin yang abang baru beli ni tanda yang cinta abang pada sayang besar. Tapi dah terlambat… sayang dah…”

Dielus kekura tangan isterinya. Kekura itu diangkat mendekati bibir. Dicium lama

Tanpa dipinta air mata mengalir lagi.

“Ingat tak waktu sayang tanya kenapa abang ada sebut nama Hayyin?”

“Sayang tahu maksud Hayyin? Tak apa, abang bagitahu. 4 manusia orang yang haram disentuh api neraka ialah Hayyin yang tenang jiwa, Layyin yang lemah lembut dan santun tuturnya, Qarib yang ramah dan suka senyum, Sahl yang memudahkan setiap urusan orang lain”

Rayyan tarik nafas lalu menghembusnya

“Dan abang memilih Hayyin. Nak tahu kenapa abang pilih Hayyin? Kenapa tak pilih lain? Kenapa bukan Layyin? Abang tak nak sayang lemah lembut. Abang tak nak orang pijak dari lemah lembut sayang… Kenapa bukan Qarib? Abang tak nafikan abang suka perempuan yang ramah dan suka senyum, tapi abang takut orang akan salah anggap tentang sayang. Biarlah sayang garang sekali pun janji tak menganggu.orang. Dan kenapa tak Sahl? Sejak awal kita kenal, sayang memang suka menyusahkan. Jangan marah abang tau. Tapi biarlah abang sahaja tahu." Rayyan ambil nafas

"Ya, Hayyin yang abang mahu. Hayyin yang tenang jiwa. Sebab tenang jiwa boleh kawal Layyin, Qarib dan Sahl. Abang nak yang tenang jiwa. Sayang penenang jiwa abang…” sambung Rayyan lagi

Genggaman tangan isterinya ditenung lama.

“Semenjak aku terima takdir. Aku tidak sekali ragu dengan kau. Kau adalah takdir hati untuk aku. Takdir hati kita. Aku tak pernah ragu akan ketulusan kau. Aku terima semuanya. Disebabkan itu aku takut nak beritahu kau hal ini. Aku takut kau di apa-apa kan. Kau satu-satunya hati aku. Jiwa aku. Bahkan nyawa aku. Kau suami yang terbaik untuk aku. Kau bidadara kiriman tuhan pada aku.”

Rayyan menggenggam tangan isteri nya lalu diletakkan di dadanya

“Selamanya kau tetap dihati aku. Takdir hati aku dan kau tidak pernah salah. Kau tetap isteri syurga aku”

“Betul.”

“Takdir yang menemukan hati kita, Abang” Isterinya yakinkan itu padanya

Rayyan tersenyum manis

“Takdir yang temukan hati kita, Hayyin, Abang…” Rayyan terus memeluk

Hatinya berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Lunak suara isterinya terngiang-ngiang dikepala.

“Sayang nak tahu tak. Doktor cakap dengan abang yang sayang diberi ubat tidur sebab kiraan nadi sayang terlalu lemah. Doktor kata kalau sayang kuat sayang akan cepat sedar. Tapi kalau sayang tak kuat mungkin sayang akan tidur lebih lama. Cepat sedar tau, sayang!” Rayyan mendongak memandang wajah isterinya. Senyuman tipis diberikan buat isterinya yang masih dikatil

“Abang tahu sayang penat sebab tu sayang duduk sini kan. Rehat lah sayang sementara masih ada waktu. Abang teman sayang rehat ya. Abang jaga sayang tau. Selamat malam sayang…” Rayyan bangun dari duduk lalu tangan tangkas menarik selimut isterinya menutupi tubuh isterinya. Ciuman diberikan pada dahi si isteri

“Apa pun jadi abang tetap akan tunggu sayang sedar tau! Abang sayang dan cinta penenang jiwa abang !”

Rayyan kembali duduk dikerusi berdekatan katil isterinya. Tangan isterinya digenggam. Kepala jatuh di katil itu sambil memandang tangan isterinya. Seketika mata kuyu dan terlelap tanpa dipinta

BERSAMBUNG…

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now