Sejak pergaduhan kecil aku dan Rayyan. Rayyan langsung tidak menegurku. Aku tanya pun dia jawab sepatah dua. Makan tidak mahu. Solat bersama juga tidak mahu. Bila dipanggil ‘hm’ sahaja dijawabnya
Aku tak boleh macam ni. Kalau selama hari ni aku api dan dia air. Aku perlu ubah hari ni. Aku perlu jadi air buat api Rayyan. Rayyan mungkin terlalu makan hati dengan aku selama ini. Tetapi untuk 2 bulan ini lebih makan hati kerana saingan dia adalah kawan baik dia sendiri.
Tolonglah bagi aku idea. Tolonglah!
Ahah!
Rayyan yang sibuk di meja belajar, aku cuit. Aku tak tahu apa yang dia sibukkan dengan buku diatas meja tu.
“Tahu lah bulan depan nak spm. Sayang pun sama. Tapi jangan sampai lupa makan.”
Tak suka lah Rayyan ni. Dia nak main beku pula. Memanglah nampak comel tapi aku tak suka Rayyan sedingin ini. Aku rela lagi kena usik dengan dia!
“Aku tak lapar, Milayka.”
Ini yang buat aku nak menangis ni! Respon Rayyan tak memuaskan hati aku yang sedih ni
“Tapi aku lapar…” aku buat suara sedih. Tapi memang sedih pun!
“Makan lah. Nanti sakit…” pujuk aku lagi
Aduh! Macam ni ke lelaki merajuk? Susah ni ! Aku nak menangis!
“Tapi abang tak nak makan. Sayang nak makan dengan abang. Abang tahu kan yang sayang tak boleh makan kalau tak ada abang.”
“Masa berkawan dengan Iman tu boleh je makan. Siap terlupa lagi.” Nama Iman, Rayyan tekan
Nak bagi aku terasa lah tu! Alahai tolonglah jangan beku. Aku tak suka!
“Minta maaf lah. Sumpah tak sengaja.”
“Oh. Suruh lah Iman teman.”
Rayyan ni kenapa huh? Sumpah ini memang aku tak suka.
“Sayang… sayang minta maaf. Sayang dah lama tak ada kawan…”
“Habis tu aku ni apa? Musuh kau ke?” Senada Rayyan menyambung
Ini buat aku makin sedih ni. Apa lagi aku nak pujuk. Tanpa dipinta aku mulai menangis.
“Sayang masak hari ni tau sebenarnya…” Air mata mula mengalir. Aku lap agar tidak kelihatan Rayyan. Pasti Rayyan tidak perasan sebab aku disebelah dia dan dia memandang buku. Tekun sungguh!
“Jangan menangis, Milayka. Aku tak suka”
Makin kuat aku menangis setelah dia menegur.
Aku dah tak ada kekuatan nak pujuk. Aku terus duduk di lantai menangis teresak-esak
Biarlah nak kata apa pun. Tapi aku tak suka dia dingin macam ni
“Sayang masak tau hari ni.”
“Suruh Iman rasa.”
"Saya tak suka lah awak dingin macam ni, Rayyan." Esakan makin kuat
"Jadi?"
“Tolonglah jangan macam ni. Saya tak tahu macam mana nak pujuk awak, Rayyan. Saya masak awak tak nak makan. Saya ajak solat sama-sama awak mengelak. Saya tanya awak, awak jawab sepatah-sepatah je. Apa lagi saya nak buat, Rayyan Qayyum.”
“Cari Iman. Dia kan lebih memahami. Kawan kan..."
“Awak asyik Iman. Iman. Iman saja kerjanya. Kan saya cakap saya kawan dengan dia. Awak punya cemburu tu boleh bawa mati ke?”
“Habistu? Perasaan aku ada kau fikir? Selama dua bulan ni kau lupa aku setiap masa pergi rehat, ada kau fikir? Ada fikir tak aku nak berborak dengan kau dan kau lebih suka berborak dengan dia? Ada fikir tak? Tak Milayka. Kau lebihkan masa kau dengan Iman. Iman. Iman. Perasaan aku? Kau tak fikir. Aku percaya kau tapi aku takut kau yang tak percaya pada aku. Aku kenal Iman macam mana, Milayka. Dia boleh buat apa sahaja kalau dia nak. Walaupun sekarang tak nampak perasaan dia ada pada kau. Tapi kalau setiap masa dengan kau tu, ingat dia tak akan tak jatuh cinta ke? Milayka buka lah mata tu… Aku lelaki dan Iman pun lelaki. Dia memang kawan baik aku tapi ada sebab kenapa aku selalu mengelak dari jumpa dia.”
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...