Ketika sedang aku leka dengan dunia aku. Bersandar di kepala katil. Aku perasan pintu bilik hospital buat aku terbuka sedikit. Aku toleh memandang pintu itu
Yang ditunggu akhirnya. Pintu terbuka luas dari luar
Muka pertama yang kelihatan adalah Rayyan
Argh menyampahnya aku. Aku juling mata ke atas
"Kau dah sedar. Mommy, ibu, Ayka dah sedar" ucap Rayyan separa kuat memanggil ibu dan mommy aku yang memang berada di luar
"Aku nak min-" Rayyan mendekati aku. Ucapan Rayyan terhenti apabila aku menjelingnya tajam
"Puas hati kau ? Kalau aku mati macam mana ? Ni semua salah anak kau" ujar aku dingin tanpa riak
"Er... Aku.."
"Sudah lah Rayyan. Balik lah. Bawa anak kau tu sekali jauh dari aku. Jangan tambah benci aku dekat budak degil tu"
Rayyan yang mendengar amaran aku terkecil hati
Pada masa yang sama Puan Zaiti, Puan Syabila, Tuan Ahmad, Tuan Zamir dan si kembar sepasang Wafa dan Wafiq masuk
Percakapan dingin aku didengar ditelinga semua orang di dalam wad aku
"Kenapa Ayka cakap macam tu" tegur Puan Syabila tegas
"Apa ? Betul apa Ayka cakap. Kalau bukan sebab budak degil ni. Ayka dah boleh berlari dalam rumah. Tapi apa dia buat dekat Ayka ? Kalau nak mati pun budak. Tolong jangan depan aku boleh tak !!! Aku benci !!!" Jerit aku kuat sambil menarik-narik rambut aku
Rayyan terus memelukku. Aku memberontak untuk dilepaskan
Sakit memang sakit. Tapi ada siapa peduli ? Semua nak letak salah dekat aku
Aku benci lah !
"Lepaslah ! Kau pun sama Rayyan. Kalau aku tahu benda macam ni jadi. Dah lama aku lari dari rumah dari ikut permintaan mengarut ni. Kau tak rasa sakit aku Rayyan. Kau tak tahu rasanya !"
"Shush..." Pujuk Rayyan sambil memelukku erat
"Semua keluar dulu ya. Ayka Rayyan ni tak sihat. Nanti dah okay kita pujuk dia lagi ya" perlahan sahaja suaranya. Rayyan masih menenangkan keadaan. Walaupun aku memberontak. Tidak kisahlah bahunya aku gigit. Dadanya aku tumbuk. Dia tetap begitu.
Saktinya dia tidak beriak. Muka Rayyan jelas tenang seperti tiada masalah
"Kau pandang aku Ayka" tegas Rayyan buat aku kecut perut
Aku buat tidak tahu
Rayyan tarik dagu aku ke atas. Mata kami bertembung
Kenapa mata tu tenang sangat ?
"Tolong lepaskan aku Rayyan. Aku tak sanggup hidup dengan kau. Tolong lepaskan aku. Aku tak nak hidup dengan masalah. Masalah dan masalah lagi Rayyan.Aku penat Rayyan. Aku penat" tersedu aku menangis sambil mata tak lepas dari renungan dia
"Bagi aku sebab dulu. Kalau sebab kau munasabah. Insyaallah aku akan ikut kehendak kau. Tapi kalau tak. Maaf tidak akan" tenang Rayyan menjawab
"Aku... Aku..."
"See... Kau pun tak ada sebab Ayka. Jangan bagi alasan bodoh untuk aku lepaskan kau. Kau tu isteri aku. Kau wanita aku dan kalau kau ada masalah aku kan ada. Aku boleh jadi pendengar setia kau. Aku suami kau dan aku berhak tahu apa yang berlaku dalam hidup kau" diseka air mata aku dengan ibu jarinya
"Kenapa kau masih baik dengan aku, Rayyan ? Kau patut dapat yang lebih baik dari aku. Aku bukan perempuan lemah lembut macam semua idaman lelaki di luar sana" aku sebak
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...