26 | DUA PULUH ENAM

119 8 0
                                    

Kini aku berdiri di beranda halaman rumah orang tua Rayyan. Melihat pokok dengan perasaan kosong. Membosankan sungguh hidup aku ni kenapa ?

Bosannya hidup dengan drama. Drama suami sendiri maksudnya.Sekarang ni aku kahwin dengan manusia atau kucing parsi ni ? Menyesal pula terlepas kata suka padanya. Ini menyelit sahaja dia dengan ku. Ada sahaja karenah dia mahu menarik perhatiaan ku

Ya. Aku mengaku yang aku mulai menyukainya dari perangai unik dia. Terlalu diluar jangka yang aku menyukainya. Ajaib ! Benar cinta itu buta. Aku tak pernah yakin yang aku akan jatuh cinta yang sebenar-benarnya. Selama ini jika aku menyukai pasti tidak lama perasaan itu hadir

Tiba-tiba terdetik hatiku nama Mufriez Kamal. Jadi benarlah selama ini aku menyukainya kerana rasa sebersalah ? Ahh mengapa aku mengingati manusia seperti dia ?

Aku benci ! Berpura-pura cinta ! Dendam belaka ! Munafik !

"Hey, Milayka. Aku cakap dengan kau ni" kedua bahuku digoncangkan oleh Rayyan

Khayalan itu terus menghilang. Syukur !

"Hey, Sayang aku cakap dengan kau ni. Eh… kau menangis ke ? Weh janganlah menangis"

Aku ? Menangis ? Aku menangis ? Sejak bila ?

Terasa dibawah kelopak mataku di sapu dengan jari kasar Rayyan. Aku tersentak ! Dia lap air mata aku !

"Kenapa kau tenung aku, Milayka ? Kau ada benda nak share dengan aku ke ?"

Tanpa sedar aku mengangguk

Dah sampai masanya dia tahu. Aku tak nak berahsia lagi. Sakit !

Rayyan terus menarikku duduk di kerusi yang berdekatan dengan kami

"Aku rasa dah sampai masa aku cerita. Aku tak tenang selagi aku simpan seorang diri masa silam ni. Aku penat" Aku mulakan pembicaraan

Luahkan atau simpan kembali ? Ya perlu diluahkan !

"Aku tahu masa kita kahwin. Kau terpandang gambar aku sekeluarga dan aku tahu kau nak tanya itu pada aku"

Rayyan diam mendengar. Dia mengangguk tanda benar di pikirannya

"Selama kau kenal aku. Aku tahu kau nak tanya pasal keluarga aku. Kenapa aku tak rindu keluarga aku sedangkan aku satu-satunya anak dari keluarga"

Rayyan mengangguk lagi. Dia tunak memandangku yang bercerita

Suka pula tengok orang tenung kita masa kita bercerita ! Dengar pun tak menyampuk ! Jawab tu angguk geleng

"Dan kau nak tahu kenapa aku tak suka budak-budak ?"

Rayyan mengangguk lagi. Matanya tidak berkedip mendengar

"Ya. Dalam keluarga aku tu bukan aku sahaja anak mereka. Aku ada kembar bahkan ada adik perempuan.."

Aku berhenti dari pembicaraanku. Aku tarik nafas kasar

Aku tak nak ulangi kisah itu tapi ini demi kebaikan aku untuk tidak campur aduk kisah lama dan sekarang. Aku perlu bebas dari rasa sedih, kecewa, dikhianati dan dendam ! Tolong aku bebas dari ini semua

Aku terus bangun. Rayyan membiarkan. Aku terus berjalan memasuki rumah

Bilik kami dituju. Aku memasuki bilik dan terus mendekati meja belajar kami. Aku buka laci tersebut dan aku selongkar sedikit buku-buku di dalam. Setelah buku yang dicari dijumpai. Aku buka dan selak beberapa muka surat

Jumpa ! Sekeping gambar aku ambil dan aku lihat dengan perasaan sebak. Gambar ditangan kiri dan buku ditangan kanan. Tanpa sedar aku mengenggam buku itu sehingga keronyok

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now