32 | TIGA PULUH DUA

127 8 5
                                    

Sepanjang hari ini disekolah, aku perhati kelakuan Rayyan yang tak semengah dah tidak tahu malu

Nak tahu tak apa yang tak semengah ya? Dia tak henti setiap setengah jam pasti akan lalu luar kelasku. Selalu lalu dia melambaikan tangannya padaku seperti aku ini seorang artis. Tak masalahnya budak kelas yang beria cakap Rayyan lambai dia orang. Aku sepak baru tahu perempuan gatal !

"Ingat dia lalu sebab nak tengok kau orang ke? Dia tengok aku tahu tak?" Bebel aku sendirian

"Ingat dia lalu sebab nak tengok kau orang ke? Dia tengok aku tahu tak?" Bebel aku sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rehat menjelma dan seperti biasa aku makan sendirian. Aku tarik nafas dalam, hembus.

Kenapa aku terasa seperti sayu sahaja hati. Terdetik hati aku rindu. Aku rindu Riez. Mufriez Kamal bekas kawan lelaki aku yang sentiasa ada dengan walau dimana sahaja aku berada. Benci dirinya ke atas aku tetap tidak kelihatan ketika bersama aku selama ini. Mudah dia sorokkan kebenciannya padaku.

Sungguh pun yang berlaku sebelum ini tidak sedikit pun menyakitkan hati aku. Dia sentiasa berada disisiku dan meletakkan aku di tingkat paling atas. Jahatnya pada aku cuma sedikit, tidak sebanding jahat aku padanya. Aku sebab kembar ku mati. Aku punca segalanya. Aku benci diri aku!

"Sayang…"

Aku berpusing tubuh ketika mendengar suara Rayyan di belakang. Walaupun perlahan tetap aku dengar

Seketika sebelum Rayyan mengambil tempat disebelahku. "Dari tadi abang panggil. Sayang kenapa?" Soal Rayyan risau

Aku geleng sebagai jawaban. Mulut aku terkunci rapat. Tanpa sedar aku menangis

"Sayang… kenapa menangis ni? Abang ada buat salah ke?" Rayyan terus mengusap air mata ku menggunakan kedua tanganya

Nasib waktu ini hanya aku dan dia dibelakang sekolah. Ya, semenjak Mufriez tinggal kan aku. Tempat rehat aku adalah di belakang sekolah. Aku selesa menyendiri kan diri disini tanpa siapa ketahui. Rayyan dan kawannya juga tidak tahu. Kini dia sudah tahu mungkin kerana perasan aku berjalan meninggalkannya di kantin sebentar tadi

Aku tidak mahu lagi di kelas. Cukup selama ini aku sakit. Satu sekolah bahkan guru juga memandangku jijik. Apa dosa aku?

"Sayang… kalau nak share, cerita pada abang. Share je. Maafkan sebab ganggu sayang nak bersendirian di belakang sekolah ini. Abang dah lama tahu sayang suka rehat disini. Abang perhati sahaja selama ini di balik dinding. Tapi kali ni abang rasa tak sedap hati, itu yang tegur sayang. Maafkan abang"

Aku hanya berikan senyuman palsu padanya. Aku menggeleng. Aku tunduk memandang sekeping roti di tangan yang masih tidak terusik sedikitpun olehku. Roti yang aku beli tadi di koperasi sebelum ke belakang sekolah ini

"Kau tak sal-"

Rayyan terus menutup mulutku. Dia angkat dagu aku ke atas memandangnya. "Jangan sorokkan sesuatu yang patut abang tahu. Jangan bahasa kan 'aku kau' jika kita berdua atau diluar sekolah. Abang tak izinkan itu. Cerita pada abang apa yang tak kena di hati sayang. Abang sudi dengar semuanya" Ujar Rayyan bersungguh padaku. Mataku dipandang tunak olehnya

TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now