Aku duduk di kerusi luar rumah. Kasut sekolah di tangan terus di sarung ke kaki. Aku tidak tahu mengapa berat hati ingin bertanya atau meminta pendapat yang berada di kepala sejak subuh tadi selepas aku dan Rayyan menunaikan solat subuh bersama.
Sejenak bayangan dikepala menghilang ketika Rayyan sengaja duduk diebelahku.
“Sayang? Sayang okay ke? Dari tadi abang perasan perangai sayang berubah. Eh, bukan… Dari subuh lagi sebenarnya. Ada apa dekat kepala tu sampai dari tadi berangan je. Sayang ada benda nak tanya abang ke?” Rayyan tersenyum tipis padaku. Aduh! Macam mana ni?!
Aku sekadar menggeleng. Muka kosong aku pamerkan padanya.
“Abang rasa sayang ada masalah ni. Sini cerita dekat abang. Apa yang ada dekat kepala isteri abang sebenarnya dari tadi asyik termenung saja kerjanya.” Rayyan berkata sambil menggenggam tanganku
Aku tepis. Rayyan buat muka bingung.
“Janganlah pegang tangan saya, Abang! Dah lah tak cuci tangan. Ingat lipas yang abang main tadi tu tak ada kotoran ke? Ada bakteria tahu? Nanti sakit macam mana? Ish degil lah dia ni. Saya cakap jangan sentuh tangan saya lah. Abang jangan lah buat saya marah… Abang !”
Sengaja Rayyan mengusik. Dia tahu itu. Tetapi wajah marah isterinya membuatkan dia suka. Muka merah, mata mencerlung tajam bersama gigi digigit. Suka benar melihat wajah merah itu. Sama saja seperti isterinya menangis. Dia suka kerana waktu itu hidung bersama bibir mungil isterinya ikut serta merah membuatkan wajah putih itu kelihatan terang akan perubahan warna kulit. Tetapi dia pula tidak rela melihat isterinya menangis. Rapuh dan hancur juga dia benci akan itu. Jadi salah satu untuk melihat wajah kemerahan istrerinya adalah memberi sahaja dia marah.
“Itu lah geleng angguk je kerjanya masa abang tanya. Sekarang cakap apa dekat kepala sayang… Eh?! Sejak bila sayang gelarkan diri sayang ‘saya’?”
“Kenapa? Tak suka ke? Kalau tak suka aku okay je. Kau ka-” Mulut aku terus ditutup laju menggunakan tangannya.
“Tak. Abang suka… Comel! Auch! Sakitlah sayang!” Erang Rayyan pedih ketika pehanya aku cubit kuat
“Dah tahu tangan tu tak bersih, pergi tutup mulut saya buat apa?! Nak makan penampar ke huh?” Aku cerlung tajam padanya.
“Maaf lah sayang. Abang tak sengaja lah… Selama hari ni elok je. Kenapa marah sangat ni?” Ujar Rayyan bersahaja.
Aku terus bangun menjauhinya.
“Niat baru nak pergi sekolah sama-sama. Tapi dah perangai abang macam ni memang tak jadilah niat tu.” Aku terus membuka kasut kembali sebelum masuk ke rumah. Mahu mengambil kunci motor milik aku.
Baru sahaja mahu membuka. Tangan ku direntap mengikutinya ke tepi rumah.
“Apa ni pegang lagi tangan saya. Nak makan penampar agaknya dia ni. Hei! Rayyan Qayyum!” Marah aku
“Diam sekejap, Sayang. Abang nak cuci tangan lah ni. Sambil tu cuci tangan sayang ni. Jangan lah marah abang. Gurau pun dah tak boleh.” Tangan ku terus dicuci bersih oleh Rayyan. Aku perhati dengan hati berbunga. Tangan dia tangkas membersihkan kotoran yang tidak kelihatan itu dengan lembut.
Dia tarik kembali aku duduk di kerusi yang aku dan dia duduki.
“Jangan lap dekat mana-mana, Sayang” Rayyan berkata sebelum tangan membuka zip beg sekolah miliknya. Sepeket tisu di ambil lalu dibuka, diambil beberapa helai dan terus mengelap tanganku sehingga kering.
“Dah kering… Tadaa…” Dengan riang dia berkata.
“Semenjak bila kau suk-” Jari terlunjuk dia diletakkan dibibirku. Rayyan menggeleng.
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...