SPECIAL CHAPTER 02

110 5 0
                                    

Selepas makan dan bergaduh dengan Amir. Rayyan buat keputusan untuk bersiar-siar dia luar. Katanya nak dating… lantak lah.

Aku bersiar-siar di luar dewan bersama Rayyan. Kami memegang tangan bersama. Mengayun beberapa kali sebelum Rayyan memberhentikan langkahnya.

Aku juga terikut berhenti. Pegangan tangan kami, Rayyan lepaskan

Aku bingung dengan tindak balas Rayyan. Aku memandangnya

Tiba-tiba ada jejaka dihadapanku. Aku pandang seketika jejaka itu. Segak nya dia!

Jejaka itu memandang Rayyan. Rayyan mengangguk terus meninggalkan ku

“Boleh saya bercakap sekejap dengan awak?”

Aku sekadar mengangguk. Apa yang berlaku ni?

“Kita duduk disana ya?”

Aku angguk lagi lalu mengikuti jejaka itu. Kerusi berdekatan aku, aku duduki.

Suasana diam seketika. Jejaka itu berdehem

“Maaf ganggu awak dengan Ian.”

Aku geleng laju.

“Tak apa. Ada apa-apa ke nak bercakap ni?” Soal aku ingin tahu. Banyak persoalan di minda aku. Aku ingat ingat lupa jejaka ini.

“Awak rindu saya?”

Aku buat muka bingung

“Rindu awak? Tak, kita pernah kenal ke? Maaf, aku tak berapa nak ingatlah” Jujur aku

Jejaka itu tergelak. Sakan gelaknya sampai sakit dada dibuatnya. Diurut dadanya supaya dadanya tidak begitu kencang degupannya

“Maaf. Saya lupa yang awak masih dalam pemulihan ingatan. Saya Mufriez Kamal. Kawan baik awak.” Mufriez memperkenalkan diri

Aku kerut kening. Sekejap nama tu… Ya dia kawan baik aku

“Eh awak! Lamanya tak jumpa! Awak ke mana je pergi nya. Awak sengaja ke tak nak jumpa saya. Eh? Baru saya teringat! Sejak bila awak sedar ni!” Ujar aku teruja. Tak sangka kawan baik aku ni dah sedar

Mufriez tarik nafas dalam. Lama juga sebelum dia menghembuskan nafasnya lagi

“Saya jumpa awak ni pun tak boleh lama, Ayka. Waktu untuk saya berjumpa awak pun tak boleh selama macam dulu.” Mufriez tersenyum kecil

“Sekejap? Tak boleh lama?” Aku pandang Rayyan yang tidak jauh dari tempat kami duduki.

“Rayyan tak bagi lama ke?” Soal aku lagi

Mufriez sekadar mengangguk. Muka kelat dia pamerkan

“Awak bahagia kan dengan Ian?” Soal Mufriez lembut. Terbit senyuman kecil di bibirnya

“Kenapa awak tanya soalan macam tu?”

Mufriez menggeleng. Dia mengambil sesuatu pada poketnya lalu beri kepadaku. Keychain crochet dinasour aku ambil dengan senang hati

 Keychain crochet dinasour aku ambil dengan senang hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TAKDIR HATI KITA [C]Where stories live. Discover now