Keadaan bilik disiplin makin dingin. Seorang dengan alasan yang dia tidak bersalah dan seorang lagi menyelamatkan diri dari di fitnah
"Saya dah cakap kan saya tak salah cikgu Syaq ! Semua ni salah faham. Saya tak buat maksudnya saya tak buatlah arghhh" Habis semua amarah Rayyan diberi ke arah cikgu Syaq
"Kamu jangan nak kurang ajar ye Ian. Saya dah penat nak layan karenah kamu. Saya tak boleh nak menangkan kamu. Kamu dah melampau. Kamu ni pelajar masalah. Tak cukup ke selama ni kamu buat masalah. Tak penat ke buat masalah Ian !" Tegas suara cikgu Syaq memberi peringatan
"Saya tahu saya pelajar bermasalah. Saya tahu silap saya tapi dalam kes ni saya jadi mangsa keadaan cikgu !!!! Saya tak suka di persalahkan sedangkan saya tersepit dalam kes ni" suara Rayyan mula naik seoktaf lagi kuat dari tadi
"Dah terang lagi bersuluh siapa yang saya nak persalahkan Ian. Riez jadi mangsa dan kamu jangan nak libatkan dia. Cukuplah kamu buat dia macam tu. Sekarang kamu nak salah kan dia. Kamu manusia jenis apa Ian !!"
"Salah ke hah aku nak selamatkan seorang perempuan yang tidak tahu apa yang terjadi kepadanya. Dia hampir hilang segala masa depan dia. Salah sangat ke orang macam aku nak buat baik !!! Kotor sangat ke aku ni" hilang sudah cara beradap bercakap dengan cikgu dihadapannya
"Tapi kamu dah sal-" belum habis cikgu Syaq berkata. Rayyan mula memotong percakapannya
"Kau jujur sekarang sebelum aku bunuh kau depan semua orang" semua orang mula terkejut dengan pergerakan statik Rayyan seperti mahu mendekati Mufriez. Dengan pantas puan Zaiti menarik anak bongsunya ke belakang. Panas baran anak lelaki yang satu ini jangan buat main
"Adik.... Tak elok tau buat macam tu dekat orang. Cakap elok-elok boleh kan ?" tanya lembut puan Zaiti
"Tapi dalam kes ini adik tak salah ibu. Adik tak marah kalau itu memang kesalahan adik tapi ni dah melampau. Jahat sangat ke adik sampai semua orang pertikaikan apa yang cuba adik sampaikan dengan jujur. Yes memang adik nakal tapi adik tak jahat ibu. Adik tak jahat" selama ini dia hanya layankan sahaja apa orang kata. Dia tidak makan hati. Tapi kali ini kesabarnya sudah tidak boleh ditahan
Tangan lembut puan Zaiti ditepis sebelum meluru ke arah Mufriez yang dari tadi mendiamkan diri "Ibu tolong jangan dekat sebelum adik bunuh dia. Sekarang adik akan cuba bertenang dan tolong jangan sesiapa halang apa yang adik nak buat. Dan kau Riez !!! Aku nak kau jujur apa yang kau buat sebelum muka kau pecah aku kerjakan"
Mufriez telan liur sebelum berkata dengan yakin "Saya tak salah dan saya cuba nak selamatkan Ayka tapi muka saya yang ditumbuk sebab nak selamatkan Ayka. Saya tak sanggup tengok Ayka dengan keadaan begitu, cikgu. Ma, pa. Salah ke Riez nak selamatkan Ayka" maka mulalah drama air mata palsu di keluarkan oleh Mufriez
"Kau !!!!" Tangan digenggam kuat. Baru niat mahu menumbuk manusia dihadapannya. Tangan itu ditahan oleh tuan Zamir, ayah kepada Rayyan
"Biar ayah settle, adik" bisik tuan Zamir di telingan anak bongsunya. Rayyan yang faham terus diam
"Macam ni lah. Apa kata, saya bagi pelepasan untuk cikgu beri mereka hukuman dan selepas itu saya harap tuan Malik dan puan Amnah balik untuk menguruskan semua. Dalam hal ini biar saya yang handle. Tuan dan puan jangan risau. Anak tuan puan saya tak akan masuk dalam hal ini
What the hell ? Kenapa dalam hal ni dia tetap akan memang ? Ya Allah bantulah hambamu ini dalam terus kuat dari sifat kesabaran
Aku yang hampir setengah jam sedar dari hayalan duniaku terus terdiam dan tidak terkata. Dengan tudung ke mana ? Tapi kenapa dekat kepala aku ada baju seseorang ? Putih pulak tu ? Walau baju tu boleh menutup rambut tapi masih nampak beberapa helai rambut yang terkeluar dibahagian hujung baju tu. Ya Allah berdosanya aku
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...