Hilang sahaja bayangan Iman. Rayyan menutupi pintu lalu mendekati aku
Dahi aku dipegang
“Dah kebah sikit. Demam terkejut ke apa, sayang?” Soal Rayyan
Aku angkat bahu. Entah. Aku pun tak tahu
“Jadi… cerita pada abang. Berapa lama dah sedar ni? Kenapa abang tak sedar langsung?”
Aku tergelak kecil. Aku tepuk katil. Aku berganjak sedikit memberi ruang pada Rayyan duduki. Tanpa banyak soal Rayyan duduk disebelahku
“Nak tangan abang.” Aku hulurkan tangan padanya. Rayyan letakkan tangannya di telapak tanganku
“Janji jangan marah ya?” Aku pusing wajah memandang wajahnya. Dia di hadapanku saja
“Berbalik pada keterangan lah.”
“Apa ni… cakap ya tak marah.” Rajuk aku
Rayyan mengalah
“Ya, tak marah. Tangan tu dah pegang abang lepas tu nak lepas-lepas pula ke?” Sinis Rayyan bertanya
“Jangan garang lah bang”
“Abang rasa sayang patut kena hentak lagi lah. Perangai pelik sekarang ni. Suka menyampuk abang bercakap. Suka mengusik abang. Suka loyar buruk. Suka merajuk.”
“Tak, yang abang suka membebel ni kenapa? Abang kena sampuk apa? Sayang ni ada sebab, doktor kata sayang mungkin dalam masa terdekat ni perangainya pelik sikit atau memang kekal perangai macam ni. Gegar otak ni bukan perkara kecil. Tapi syukurlah yang sayang tak berubah banyak.”
“Gila.”
“Abang lah gila.”
“Abang pula?”
“Ya lah, jumpa sayang menyendeng dekat sayang. Bergaduh dengan bos lah apa lah.”
“Eh dia ni. Mana ada.”
“Alah yang tu lah... Sayang sayang… nak tahu tak bos marah abang sebab banyak termenung lepas tu bos kata abang ingat bini dekat rumah ke? Bos perli abang, cakap tak kahwin lagi, ada hati nak termenung macam mati bini.”
“Benda bos tu yang lupa. Abang lawan lah balik. Abang dah kahwin kut. Lepas tu abang menangis masa nak datang ni sebab rindu sayang.” Rayyan tutup mulutku
Aku tergelak besar
“Jadi sayang dah sedar 3 hari lepas?”
Aku menggeleng.
“4 hari kalau diikutkan sebab masa sayang sedar, sayang banyak lupa jadi tak nak keruhkan keadaan sayang pura-pura tidur je lah masa semua datang melawat. Dari mommy daddy, dari ibu ayah, dari si kembar apa eh nama dia, Waf…”
“Wafa Wafiq sayang…”
“Sorry…”
Rayyan tersenyum kecil. Tanganku digenggam
“Lagi? Apa yang sayang ingat lagi?”
“Kawan awak sekali Danial dengan Amir, kan?”
Rayyan mengangguk
“Saya ingat dia orang sebab tiga hari lepas juga dia orang ada datang, dengan ibu awak lah. Dia orang kata nak tanya awak tapi takut serabutkan awak. Banyak juga eh Amir bercerita kan awak. Mulut dia tu pot pet je kerjanya. Dari saya yang tak berapa nak ingat terus ingat. Hari yang sama juga si kembar ada. Macam-macam juga ya cerita yang saya tak tahu semenjak terlantar dekat hospital ni. Pasal awak pun dia orang cerita. Ada yang kelakar, ada yang sedih. Sekurang-kurangnya ingatan saya tak banyak hilang...”
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Teen FictionNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...