“Rayyan…”
Rayyan menoleh dengan panggilan itu. Rayyan paling tubuh setelah mendengar suara itu.
Isterinya sudah sedar. Rayyan terus menerpa ke arah isterinya
“Sayang… Sayang dah sedar? Nak air tak?”
Milayka mengangguk. Tangkas tangan mengambil gelas dan air dituang kedalamnya. Gelas berisi air itu disuakan ke isterinya
“Sayang ada sakit mana-mana ke? Nak abang panggil doktor?”
Sekali lagi isterinya mengeleng.
“Nak makan apa-apa?” Milayka menggeleng lalu memegang tangan suaminya.
“Saya tak ada selera… Saya dengar awak marah. Awak marah dengan siapa?” dalam serak suara isterinya bertanya
Iman yang masih statik terbaring di lantai tidak bergerak, mendongak sedikit memandang sepasang suami isteri itu
Milayka memandang Rayyan lalu menoleh memandang Iman. Tekun dia memandang gerangan itu
Kepala berdenyut. Isterinya memegang kepalanya
“Awak okay ke, sayang… Nak abang panggil dok-” mulut Rayyan ditutup. Milayka menggeleng
“Awak siapa? Kita pernah jumpa ke?” Soal Milayka ingin tahu.
Iman yang terkejut dengan soalan Milayka sudah ternganga
“Aku Iman…” Iman tertunduk
“Oh…” itu sahaja yang Milayka jawab. Dia menoleh memandang Rayyan
“Awak kenal dia ke? Ke itu kawan awak? Seingat saya awak ada kawan nama Iman, itu ke dia?” Soal Milayka pada Rayyan semula
Rayyan mengangguk tidak mengeleng tidak
“Kenapa dia ada dekat sini?” Soal Milayka sekali lagi
Iman lagi tersentak.
“Aku… aku nak minta ma-”
“Awak ingat tak kita kena maafkan tanpa dendam malam tu?” Milayka memotong percakapan Iman dengan bertanya langsung pada Rayyan
“Sebuah kemaafan itu perlulah ikhlas dari hati. Selagi kita berdendam.. selagi itu hati kita tak akan tenang. Sebab tu kita perlu memaafkan walaupun hati kita dalam kesakitan. Sebab apa? Sebab kita pendam. Pendam jadi dendam dan dendam adalah sebuah jerat yang akan menjatuhkan diri kita sendiri. Dendam lah yang akan bunuh diri kita sendiri dalam diam”
Rayyan mengangguk.
Iman kembali diam. Terdetik hatinya terkilan dengan kelakuan Milayka. Lupa sudah dia?
Milayka ingin bangun tetapi Rayyan menahan
“Sayang demam ni…”
Milayka memandang tajam Rayyan.
“Okay baik, abang tak halang.” Rayyan membiarkan Milayka bangun sendiri. Milayka membetulkan kedudukan duduknya
“Saya rasa tak hormat pula baring je…” Milayka tersenyum tipis pada Iman
“Kenapa awak minta maaf pada saya, Iman?” Kali ini persoalan Milayka buat Iman tercengang
“Saya dah lama sedar. Soal permintaan maaf awak sepatutnya bukan pada saya. Pada Rayyan. Suami saya sendiri.”
Iman memandang Rayyan yang memandangnya tajam. Iman teguk liur. Aura kawannya ini makin lama makin menyeramkan
“Abang… ingat saya pandang Iman tu tak perasan ke abang pandang dia tajam? Jangan takutkan dia boleh?”
YOU ARE READING
TAKDIR HATI KITA [C]
Novela JuvenilNUR MILAYKA | RAYYAN QAYYUM NUR MILAYKA ~ Seorang gadis ayu penampilannya tapi kasar bahasanya. Tidak banyak kawan selain Mufriez Kamal. Ya, Mufriez Kamal lah satu-satunya sahabat yang dia berkawan. Walau hakikatnya dia tahu yang Mufriez telah menyu...