Bab 6 Penjara

42 4 21
                                    

Zafar berada di dalam sel penjara istana kota Lahar. Raja yang memerintah negeri ini berada di kota ini. Negeri Hainc belum ada maklumat yang pasti kerana mereka berdua baru sampai di negeri ini. Dan kota pertama mereka benar-benar dekat dengan pemerintah di raja. Dengan bahasa mudahnya, Kota Lahar adalah ibu negeri Hainc. Zafar di penjara dekat dengan istana yang besar itu. Mengikut informasi dari pengawal di sana, kata nya penjara yang dia duduki ini adalah peringkat pertama. Semakin berat kesalahan seseorang semakin ke bawah tempat penjara nya. Bermakna, penjara bawah tanah yang mempunyai tingkat. Zafar masih di atas dimana dia dapat menghirup udara segar dan melihat secebis cahaya dari matahari. Tidak terbayang gelapnya penjara bawah tanah. Sel penjara Zafar ada seseorang bertubuh sasa, tinggi tetapi kurus. Mungkin kerana tidak makan. Dia hanya duduk diam setempat.

Pengawal : Zafar! Kamu ada tetamu.
Zafar : haa akhirnya..

Zafar terharu. Dia tahu Badar dapat mengeluarkan nya dari penjara itu. Sesampai di tempat pertemuan antara tahanan dan tetamu itu, dia melihat badar sudah menantinya di meja tepi dinding. Ternyata ramai juga yang menziarahi tahanan di sini.

Zafar : huaargggg.. tolong aku badar. Apa ni? Ini bukan yang aku bayangkan bila aku setuju ikut kau. Baru pengembaraan pertama dah jadi banduan!!!
Badar : apa kau merepek ni? Kau baru tahanan, bukan banduan.
Zafar : oh macam tu ya..

Kata Zafar yang sudah faham tentang keadaan nya. Zafar melihat sekeliling. Memang ramai, terasa pasar malam.

Badar : kau buat kesalahan apa? Sampai masuk dalam penjara ni..
Zafar : kesalahan aku sebab bawa dua beg.
Badar : apa?!!

Badar menepuk meja. Semua orang tertumpu pada mereka.
Mereka membalas pandangan itu dengan senyuman.

Badar : berapa harga nak lepaskan kau ni?
Zafar : 1000 emas.
Badar : kau gila!

Badar menepuk meja lagi. Orang-orang juga tertumpu melihat mereka. Badar bersiul sambil melihat ke atas.

Zafar : kenapa? Bukan ke Wada bagi banyak emas?
Badar : memang banyak tapi tak sebanyak itu. Kalau aku bagi, kita dah tak ada apa-apa. Macamana nak makan?
Zafar : habis macam mana ni?
Badar : tak apa, kau masuk dulu penjara, buat macam rumah sendiri. Nanti aku bincang dengan Fin dan Soy.
Zafar : siapa mereka?
Badar : aku tak bagitahu dekat sini.

Badar pun pergi meninggalkan Zafar seorang di sana. Dia kembali ke kedai daging Soy.

Badar : daging satu!
Sera : amboi, masuk-masuk minta makan.
Badar : hahaha, mana Pak cik Soy dengan Fin?
Sera : ...........

Sera diam. Kemudian dia berbisik pada Badar.

Sera : Dia pergi ke pertemuan penting. Kalau kamu nak tau, nah kertas ni ada peta.

Sera menyerahkan kertas kecil yang terdapat peta didalamnya.

Badar : kena pergi ke ni?
Sera : kalau nak...
Badar : baiklah, tapi makan dulu. Daging satu!! Atau dua!!

...................................................................

Zafar kembali ke sel penjara. Dia melihat orang yang berkongsi penjara dengannya masih tak beranjak dari tempat tadi. Dia cuba untuk bersikap ramah...

Zafar : kau berapa lama kat sini?

Tahanan itu diam seribu bahasa.

Zafar : aku baru tadi pagi. Hahaha. Nama kau siapa?

Tetap diam. Hanya suara Zafar yang bergema di penjara itu.

Zafar : bisu ke dia ni? Ya la kot.
Tama : diam!

Terkejut Zafar di buatnya.

Zafar : lah boleh cakap.
Tama : aku tengah bermeditasi. Tolong diam.
Zafar : bermeditasi tak berikan kita kebebasan.

The New KingWhere stories live. Discover now