Nurin merasa bahagia apabila dapat bertemu kembali Abangnya yang telah lama menghilang. Kehilangan Tama di anggap telah mati kerana hilang tanpa jejak. Ada sesuatu yang terjadi antara Tama dan keluarga Rin.
Pengikut Badar yang lain cuba mencari tahu dari orang-orang kota di sana. Sebahagian dari beberapa orang pula menunggu di rumah kalau-kalau Badar pulang.
Zafar : sementara tak ada Badar ni, biar aku yang menjadi ketua.
Heigo : eh kenapa pula?
Ozen : yang kau bantah kenapa pula? Kau pun tahu dia orang pertama yang ikut Badar.
Heigo : hish. Ya lah. Silakan tuan.
Zafar : hmm baiklah. Aku nak Crisa dan Werza ikut aku.
Man : amboi amboi amboiiiii.. bukan main ya nak perempuan ikut kau ya.
Crisa : eh kenapa pula? Biarlah...
Man : aku nak tahu sebab nya..
Zafar : Pertama, Crisa orang yang banyak pengetahuan dan itu sangat penting untuk aku bertanyakan sesuatu. Kalau tanya kau, apa kau boleh jawab?
Man : ok. Yang kedua apa? Werza? Kenapa dia?
Mereka semua menjeling mata ke arah Man. Man menjadi sedar .
Man : ohhh lupa. Dia orang benua Oasis. Hehehe..
Setelah sedikit bertelagah, Zafar dan dua orang perempuan tadi pun ikut keluar untuk mencari informasi tentang keluarga Rin.
Zafar : kita nak mula dari mana ni?
Crisa : mestilah dari pasar. Banyak gosip yang bocor di pasar.
Werza : boleh juga tu.
Zafar hanya mengikut kehendak mereka berdua. Dia tidak berpengalaman dalam hal mencari informasi dengan cara berinteraksi.
Crisa : mak cik, baju ni bagus tak?
Mak cik : aku muda lagilah. Oh baju ni tentulah bagus. Baju ini terbuat dari pokok kapas yang akan menghangatkan badan nenek.
Crisa : nenek?!!
Crisa seolah-olah terpancing dengan balasan mak cik penjual baju panas itu.
Crisa : saya ni muda lagi tahu! Kalau...
Zafar : sudah! Jangan cari fasal dalam kota orang..
Werza cuba untuk menenangkan Crisa. Zafar pula memikirkan cara untuk mendapatkan informasi. Dia melihat baju itu dan makcik yang jual baju panas itu.
Zafar : dah .... Lama jual baju ni?
Mak cik : eh dah lama, semenjak kau belum lahir lagi.
Hatinya di hiris. Namun Zafar cuba untuk bersabar. Kalaulah mak cik ini tahu bahawa Zafar lebih tua dari dia, tentunya akan pengsan.
Zafar : wah lama juga ya. Memang tinggal sini ke?
Mak cik : ya, tak kan tinggal atas bahu kau pula.
Zafar menarik nafas panjang. Ingin sekali dia menumbuk meja itu sehingga terbelah dua tetapi terlintas di fikiran nya wajah Badar yang akan memarahinya.
Zafar : tak apa lah mak cik. Tak jadi beli.
Baru sahaja mereka mahu berlalu pergi...
Mak cik : tak ada duit lah tu.
Crisa : haish, mak cik ni dah lebih. Sopan lah sikit dengan pelanggan. Pelanggan selalu betul.
Marahnya kepada Makcik itu. Werza cuba menarik Crisa untuk beranjak dari situ. Satu demi satu orang mereka bertanya di dalam kota namun tidak berhasil. Di satu tempat, ada sebuah bangku lingkar membentuk bulatan. Di tengah-tengah nya pula terdapat tanaman hiasan. Mereka bertiga duduk berehat di situ.
Zafar : nampaknya tiada orang yang nak bagitahu apa-apa tentang kerajaan Rin kepada kita.
Werza : jangan-jangan ingatan mereka di cuci ?
Zafar : tak kan lah.
Crisa : entah kau ni. Mengarut je.
Zafar : orang-orang kota di sini seolah-olah menutupi sesuatu.
Crisa : atau.. mereka tidak terbuka dengan orang luar.
Zafar : boleh jadi juga.
"Ehem!"
Suara itu memeranjatkan mereka bertiga. Ada suara di sebalik tanaman hiasan itu.
Faruin : jangan pandang sini! Terus pandang depan ..
ANDA SEDANG MEMBACA
The New King
Aventura#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...
