Bab 56 Hotel Misteri

20 2 17
                                    

Setelah di pujuk oleh pengikut-pengikut nya, Badar pun setuju untuk tinggal semalam di hotel itu untuk berhibur. Apa yang mereka tidak tahu itu semua adalah perangkap. Hotel Misteri itu berada di dalam hutan, Negeri Gerhana. Badar, Zafar dan Man tinggal di bilik yang sama. Tama, Ozen dan Heigo di bilik berlainan. Sedangkan para gadis itu memilih bilik mewah untuk mereka.

Badar : wah walaupun biasa tapi cantik juga. Single bed aku punya!

Badar terus melompat ke katil itu. Tinggal lah katil yang untuk dua orang tidur.

Zafar : cis.. kenapa lah dia orang tak pisahkan je katil ni..
Man : tu laa.. tapi cantik juga bilik biasa ni.. hmm..
Badar : hoi ada air panas lah.. siap ada bathtub lagi.
Man : haha kau mandi lah situ. Aku nak pergi kolam renang!!

Man terus ambil tualanya dan turun ke bawah.

Zafar : tak sabar-sabar... Aku pun nak berenang lah..

Mereka bertiga berada di bilik tingkat 3. Dan yang lain berada di tingkat 2. Sedangkan Crisa, Gelana, dan Delima berada di tingkat 5 iaitu tingkat yang paling mewah sekali. Sejurus mereka masuk, terdapat karpet bulu yang lembut sehinggakan selipar di kaki mereka tidak kelihatan. Ada banyak pasu bunga yang besar-besar menghiasi ruangan tersebut.

Delima : lembut karpet ni.. hehehe..
Gelana : nasib ada Crisa.. kan?
Crisa : tak kan lah nak bilik biasa. Dah berapa lama kita tidur guna alas je..
Gelana : betul tu.. tak banyak bilik kat tingkat lima.
Crisa : mungkin cuma ada 10 ke 15 bilik je . Hahaha..
Delima : bilik kita nombor berapa?
Crisa : aku mintak bilik yang ada pemandangan.

Mereka melihat nombor kunci itu.

Delima : 5-15 .. wah paling hujung...

Mereka pun pergi memasuki ke bilik itu. Apabila mereka membuka pintu itu, pandangan mereka terpegun! Bilik yang luas. Single bed nya juga luas. Tema nya berwarna merah dan putih. Di dinding juga terdapat pelbagai lukisan seperti batik yang di lukis dengan warna hitam.

Delima : akhirnya!!! Bilik idaman.. hahaha..
Gelana : katil pun ada 3..

Crisa pun baring di katil pilihan nya.

Gelana : hei aku nak pergi mandi kolam ..
Delima : nak ikut...
Gelana : haa jom lah. Crisa?
Crisa : haammm.. aku nak baring sini dulu lah..

Mereka pun pergi meninggalkan Crisa sendiri di dalam bilik itu. Sebenarnya, ada bathtub besar di dalam bilik mandi.

Crisa : boleh lah aku mandi puas-puas .. air panas.. hahaha..

Akhirnya, pada malam itu mereka buat kegiatan masing-masing.. ada yang mandi di kolam, ada yang dalam bilik dan ada juga yang makan. Tama yang baru turun di panggil oleh Man.

Man : Tama! Jom lah mandi.
Tama : tak nak lah. Aku baru mandi air panas tadi.. best berbuih buih..
Ozen : cehh... Macam perempuan..
Tama : apa kau cakap ?
Gelana : kenapa kau bawa pedang ni? Kita nak berhibur..
Heigo : betul tu..
Tama : aku sentiasa berjaga-jaga.. Badar mana ?
Delima : tu kat restoran. Tengah makan...

Tama pun pergi ke restoran...

Tama : tempat latihan tu kena bayar pula.. sejam 30 perak.
Badar : lah bayar je lah.
Tama : aku tak ada duit..
Badar : ohh.. lain kali kita cari duit pula ... Duit simpanan kita pun dah nak habis.. makan lah.
Tama : siapa bayar ni?
Badar : aku lah. Aku belanja..
Tama : ya ke?
Badar : percuma .
Tama : pelayan, steak dua ya. Air jus epal.
Badar : amboi..
Tama : berapa duit tinggal?
Badar : aku dapat uncang emas dari kota tempil.. aku dah guna 1 emas dekat kota lahar, 4 emas dekat desa bahtera... Kota malam pula dalam 2 emas je.
Tama : mak ai banyak tu ..
Badar : kau kena tahu dalam grup kita siapa paling kuat makan.. itu tak termasuk dengan beli pakaian kita yang koyak masa pertarungan.. apa lagi, kain untuk khemah. Makanan kuda lagi.. kena bayar tu.. hotel ni lagi
Tama : oh begitu. Tinggal berapa?
Badar : boleh la untuk 3-4 kali perjalanan. Dalam 5 emas baki nya kot.
Tama : fuh masih banyak.
Badar : ya.. makanan pun murah ..

The New KingWhere stories live. Discover now