Kerajaan Rin
Pagi itu, Badar mengumpulkan beberapa orang pengikutnya yang masih ada di dalam rumah besar itu. Tama mula ceritakan tentang dirinya di masa lalu. Kemudian, mereka berbincang akan sesuatu. Sedangkan Tama seperti orang yang kebingungan. Badar menerangkan kepada mereka untuk berunding agar peperangan antara kedua belah pihak berhenti secara kekal.
Tama : apa? Kau tak kenal ayah aku. Dia lain.
Heigo : bukan tak setujulah. Tapi kita tak ada maklumat kenapa mereka bergaduh.
Delima : betul tu. Pastu ada sebab yang kuat mereka berseteru.
Badar : Ozen ? Kau ada nak cakap apa-apa tak?
Ozen : aku akan ikut saja semua keputusan kau.
Badar : Tama? Heigo? Delima?
Heigo : apa yang boleh diharapkan dengan orang seperti aku...
Delima : kalau ada Zafar dia tentu bagi nasihat yang bernas.
Badar hanya mampu menghelakan nafas panjang melihat mereka semua.
Badar : kalau macam tu, kamu semua pergi cari maklumat.
Heigo : kau nak buat apa?
Badar : aku tahu lah nanti.
Kerajaan Daye
Walaupun sudah sampai di kerajaan Daye, mereka masih belum dapat bertemu dengan Raja di kota itu. Jadi mereka mengambil langkah yang lain untuk mencari tahu. Kerajaan Daye berada di dalam gua besar dimana terdapat kota di dalamnya. Benua Oasis adalah sebuah benua yang dingin namun di dalam gua itu tidak ada salji. Apa yang dingin hanyalah suhu udara yang sejuk dari luar gua.
*Gambar sekadar hiasan.
........
Tentera istana pula hidup dalam kedamaian menjaga kota itu. Ada juga perajurit sedang berlatih di hujung gua. Betul-betul berada di belakang istana. Zafar dan ketiga kawannya tidak dapat bertemu dengan Raja kerana sibuk untuk merancang strategi perang bersama laksamana di Raja.
Oleh itu, Zafar hanya duduk berehat di sebuah gerai makan bersama kawan-kawan nya itu.
Crisa : mana kita nak tidur malam ni?
Werza : kena tanya orang kota Daye dulu.
Zafar : tak payah, aku tahu kita nak duduk dekat mana.
Man : rumah pak cik Rioma lah tu.
YOU ARE READING
The New King
Adventure#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...