"Terasa mimpi yang telah lama menghilang"
Ana mengikat rambutnya di depan cermin. Ketika itu dia melihat Malek yang sedang baring di katil nya. Teringat dia akan kejadian itu, dimana Malek menghilang. Rupa-rupanya dia menyorok di loteng rumah itu dan tertidur di dalam nya. Seharian suntuk para pembantu mencari Malek yang hilang kerana takut di marahi oleh Puan Muna.
Malek kelihatan sedang menguap. Ana terus menuju ke katil Malek dan duduk manis di bahagian kosong. Katil Malek agak besar untuk usianya. Maklum lah, orang bangsawan.
Ana : apa kata kita baca buku?
Malek : buku? Hah malas lah..
Ana : awak pandai baca tak?
Malek : eeerrr ...Malek seolah-olah cuba mengelabui Ana.
Malek : nak tidurlah.
Ana : tak reti baca lah tu.
Malek : ya memang. Siapa nak ajar saya?
Ana : habis awak asyik tidur je.. bila nak belajar?
Malek : hehehe...
Ana : saya boleh ajar awak.
Malek : bagus. Ajar saya dalam mimpi.
Ana : tak nak lah..
Malek : jangan risau.. seronok lah dunia mimpi. Macam-macam kita boleh dapat... Lagi pun tempat kat sana lagi besar dari bilik ni.
Ana : hmmm ye lah. Tapi tak bahaya kan?
Malek : tak .. awak ikut je saya.Akhirnya Ana pun bersetuju..
Ana : macamana cara nya?
Malek : senang.. tidur.Malek tersenyum lebar kemudian terus tidur. Ana tidur di sudut hujung katil kerana Malek orang nya kecil dan kaki nya tak sampai hingga hujung. Mereka berdua pun tertidur...
Ana : eh saya kat mana ni? Hello!!
Suara bergema di ruangan kosong itu. Ana sudah berada di dunia mimpi. Tempat nya masih kelihatan kosong dan tak berpenghujung.. Suasana di sana berwarna merah jambu dengan warna pelangi di sebalik warna itu. Ibarat air yang memantulkan apa bila terkena cahaya.
Ana : Malek?
Malek : yoo!Ana terkejut. Tiba-tiba Malek berada di belakang nya.
Ana : awak pergi mana?
Malek : menyorok.
Ana : kenapa kosong je ni?
Malek : kalau macam tu, Awak hias lah.
Ana : Hias?
Malek : ya, awak boleh hias ikut suka awak.
Ana : hmm .. kalau saya nak suasana hutan.Ruang kosong tadi terus menjadi sebuah hutan dan ada tanah lapang di tengah-tengah nya, tempat mereka berdiri.
Malek : wah bagus imaginasi awak.
Malek menepuk tangan nya. Ana pula kagum melihat itu semua. Dia melihat sekeliling hutan.
Ana : cantik lah tempat ni...
Malek : ehem.. apa lagi awak nak?
Ana : apa ya? Haa kita kan nak belajar tadi.. jadi kita perlukan pondok belajar.Muncul sebuah pondok yang ada papan hitam nya dan meja belajar untuk Malek.
Malek : haish.. ingat lupa tadi..
Mereka pun terus belajar. Ana menulis setiap huruf di papan hitam itu.
Ana : ok .. mula-mula.. ni apa? Dia macam segi tiga tapi tak ada garis kat bawah.. garis nya pindah di tengah.. huruf apa ni?
Malek : ohh kalau macam tu ni segitiga kangkang..
Ana : bukan!!
Malek : eh salah eh?
Ana : ini A . Huruf A!
Malek : mak ai. Garang nya..
Ana : oh sorry. Huruf apa tadi murid-murid?
Malek : Huruf A, Cikgu.Ana berpindah pada huruf seterusnya.
Ana : ok ni huruf nampak macam kaca mata, tapi menegak.. huruf apa ni?
Malek : ni huruf kacamata jatuh ke tanah...
Ana : bukaaann.. ni B.. haish.. B betul lah awak ni..
Malek : ohh B, ku sangka kan jatuh..
Ana : ni pula. Dia macam cacing tapi dia terhenti bengkok macam ni..
Malek : oh cacing tu sesat kot. Sebab tu berhenti..
Ana : boleh gila saya ajar awak ni.. awak memang benar-benar tak kenal huruf langsung ya..
Malek : kan dah cakap tadi...
Ana : tak apa. Saya sebut awak ikut ya.
YOU ARE READING
The New King
Pertualangan#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...