Bab 5 Perjalanan

37 3 13
                                    

Zafar berasa senang hati setelah di benarkan untuk mengembara bersama Badar. Dia seseorang yang hebat dan akan menjadi Raja Baru. Mungkin jika bersama Badar, dia mampu mengharungi dunia luar yang berbahaya.

Badar : apa? Kau tak pernah keluar dari kota ni?
Zafar : ya betul. Aku nak tanya kau.. macam mana kau boleh tebas jin tu? Maksud aku, macamana Jin tu boleh keluar dari tubuh Raja?
Badar : oh tu senang. Dia cakap, kalau bulan purnama lagi, raja akan hilang selamanya.. sebab tu aku yakin, Raja masih ada dalam tubuh nya dan aku boleh tebas.
Zafar : ohhh.. jadi dari mana kau dapat pedang tu..?
Badar : ahh banyak tanya la kau. Cepat bersiap. Kita nak berangkat.

Mereka pun bersiap-siap untuk pergi meninggalkan Kota Tempil. Wada datang dengan membawa beberapa uncang emas.

Badar : wah! Ini lebih banyak daripada aku dapat hari tu!
Wada : ya macam yang di janji kan.

Ada penjelasan logik kenapa mereka senang-senang bagi emas kepada orang. Itu kerana, Raja Tadaka memiliki Core Raja Hutan. Dimana dia boleh jinak kan haiwan buas mahupun haiwan mistik dan pelik yang berada di jangkauan nya. Bermakna, dia boleh menyuruh haiwan-haiwan itu mencarikan barang-barang bernilai yang terdapat di perut bumi. Haiwan itu semestinya boleh masuk ke dalam tanah.

Raja Tadaka mengiringi Badar dan Zafar ke pintu keluar kota itu. Mereka pun berjalan menuju ke jalan yang yang lain.

Wada : Selamat tinggal!! Jangan lupa datang lagi!!
Zafar : ya!! Terima kasih semua!!!

Orang-orang kota itu pun melambaikan tangan tanda perpisahan. Semakin lama berjalan, kota Tempil sudah tidak kelihatan dari pandangan Zafar.

Zafar : mana semua pengikut kau?
Badar : hah? Apa kau cakap ni?
Zafar : jangan cakap... Aku orang...
Badar : ya. Dah cakap.
Zafar : ahhh!! Aku ingatkan mereka bersembunyi di suatu tempat ke apa..
Badar : tak ada. Aku baru memulakan perjalanan.
Zafar : aaaahhhhhhhhh!!! Apa aku buat?! Aku ingatkan kau dah ada pengikut lain ..
Badar : errrr... Sabar lah nak.. nanti kau terbiasa..
Zafar : sekarang ni apa rancangan kau?
Badar : pertama sekali, kumpul beberapa pengikut dulu... Sebab perjalanan kita masih panjang..
Zafar : ok.. macam mana dengan negara? Tanah? Raja apa yang tak ada negara?
Badar : raja tu ada kerana rakyat, bukan negara. Negara tu cuma tempat.
Zafar : iya, tapi kena ada tempat juga kan?
Badar : jangan risau.. mak aku ada cerita dulu, di hujung selatan ada tanah yang subur, kaya dengan sumber. Situ lah negara kita nanti.
Zafar : kalau ada pun, mesti dah ada orang.. aduh..

Badar tersengih.

Badar : tak. Ini lain. Ini tanah yang bernama Rein Land.
Zafar : a..aapa? Ada ke? Aku pernah baca juga pasal Rein Land ni. Sebuah tanah yang hijau dengan hutan yang tebal. Rein bermaksud hujan rintik-rintik. Itu menyebabkan udara di sana murni kesegaran nya. Belum ada orang yang pernah ke sana.
Badar : huh, itu lah yang mereka nak orang percaya...
Zafar : Masalahnya wujud ke?
Badar : kau nak tahu wujud ke tidak?
Zafar : ya..
Badar : jadi, kita kena pergi ke sana untuk bukti kan nya.
Zafar : betul juga tu. Baiklah!!! Aku bersemangat!! Hahaha... Jadi sekrang kita nak ke mana?

Badar berhenti. Dia membelek peta.

Badar : kalau lah aku faham peta. Keliru cara membaca peta.
Zafar : alamak.. besar nya peta ni. Kertas kecil je. Tak apa.. kita jalan dulu. Untuk permulaan ni, kita cari pengikut baru.
Badar : hehe memang tak salah aku pilih kau. Aku nak cari pengikut yang kuat dulu. Untuk melindungi aku dari musuh-musuh yang tak ada tujuan jelas memusuhi aku.
Zafar : hmm ok. Macam mana pengikut yang kau nak?
Badar : mungkin pendekar pedang atau... Pemanah?
Zafar : bagus juga pilihan tu. Pemanah dan pendekar pedang mampu mengesan serangan curi dari musuh walau dari jauh.

Mereka teruskan berjalan.

............................................

Di suatu tempat..

The New KingWhere stories live. Discover now