Bab 16 Si Berlian

19 3 26
                                    

Kita kembali di bahagian selepas mereka berpisah dengan Gelana dan Delima.

Gelana : Bye bye. Nanti jumpa lagi dekat tengah kota ya.

Badar dan pengikutnya pun pergi. Tinggal lah mereka berdua untuk mencari bahan-bahan masakan.

Delima : sekarang apa yang kita kena cari?
Gelana : hmm Zafar bagi 3 emas dekat aku. Mungkin kita kena cari tempat untuk tukar duit emas ni.
Delima : bagus juga. Jom..

Setelah mencari beberapa minit kemudian, mereka jumpa akan sebuah kedai penukaran duit di bahagian dinding kiri gunung.

Delima : penukaran syiling dan barang berharga. Sini kan?
Gelana : ye la kot. Cuba kita tengok-tengok..

Ketika masuk...

Pengurus : haahhh? Kau nak tukar barang sampah tu jadi duit ?!
Pemuda : tolonglah.. isteri saya sakit.. saya perlukan ubat!

Pemuda itu bajunya agak lusuh. Wajahnya berjambang dan tidak rapi orangnya. Dia ingin menukar sesuatu untuk duit sambil melutut. Pengurus itu tiba-tiba menendang pemuda itu dan memijak tubuhnya.

Gelana : apa yang terjadi?!
Pengurus : kau siapa? Kalau nak tukar barang tak berharga sila keluar atau kau mahu di pijak juga.
Delima : kejamnya..
Gelana : kami nak tukar emas..

Keperibadian pengurus itu berubah menjadi orang yang ramah.

Pengurus : tukar emas? Orang kaya lah.. silakan cik. Mari kita ke ruangan pejabat saya..

Mereka berdua hanya diam dan mengikut pengurus itu dari belakang. Kemudian pemuda itu memegang kaki Gelana. Gelana tersentak menjerit.

Pengurus : kau lagi!!!

Lantas pengurus itu memijak-mijak tubuh lelaki itu dengan kuat.

Gelana : tuan biarkan dia..
Pengurus : ah betul tu.. mari ke pejabat...
Delima : kenapa buat dia begitu?
Pengurus : cik tak tau ke? Dia ni hamba abdi..

Mereka terkejut mendengar itu. Namun mereka hanya mendiamkan diri daripada membahasnya lagi. Setelah membuat penukaran, sekarang mereka sudah ada 2000 Perak dan 200 Gangsa. Gelana hanya menukar 2 emas. 1 emas lagi dia simpan untuk hal kecemasan.

Gelana : tak sangka sebanyak ini kita dapat..
Delima : penuh uncang kita. Hehehe..

Setelah itu mereka pergi membeli bahan-bahan makanan, tak lupa daging kerana Badar sangat menyukainya. Badar bukanlah hanya suka Daging, dia juga suka Puding, buah-buahan dan ikan. Ikan kesukaan nya adalah ikan bawal hitam, siakap dan semua jenis spesis ikan pari.

Gelana : ok dah beli daging. Sekarang ni beli ayam pula. Tak kan kita nak makan daging je.
Delima : ikan tak ke?
Gelana : ikan bila-bila kita boleh cari.

"Wah itu penolong ketua desa la"

"Ada orang bawahan nya yang kuat"

Gelana : apa ramai sangat dekat situ?
Delima : jom tengok..

Mereka pun pergi ke kerumunan orang ramai.

Nrun : hai cik adik?

Orang melambai-lambai kepada Nrun, orang bawahan ketua desa. Hari ini dia mengawal penolong ketua desa yang bernama Lambak.

Gadis 1 : Nrun!! Kamu sangat segak..
Nrun : oh terima kasih.. kau nak kaya tak?

Nrun memegang bahu gadis yang memuja nya tadi.

Lambak : Nrun, jangan buat orang biasa jadi kaya..
Nrun : oh baik lah.. kalau macam tu, kita kurangkan ! Hahaha..

Tangan Nrun berubah menjadi berlian tajam dan menusuk perut gadis itu. Seketika gadis itu mati di tempat kejadian. Orang-orang di situ terus terdiam..

The New KingWhere stories live. Discover now