Bab 22 Nrun

24 2 26
                                    

Pak Maon mencadangkan Badar dan Zafar untuk bertemu dengan Mak Nrun untuk mengetahui kisah sebenarnya. Nrun, orang yang memiliki Core Type Raja tidak ingin menjadi Raja di suatu tempat. Itu membuatkan mereka berdua memikirkan nya. Bukan itu sahaja, kenapa Nrun terlihat kejam masih menjadi persoalannya. Mengikut dari cerita Pak Maon, Nrun memang kejam. Dia hanya ikut suka bila masa dia akan membunuh dan mencederakan orang.

Badar dan Zafar keluar dari kedai buku Pak Maon..

Pak Maon : nanti lepas selesai, kita jumpa di kaki gunung ..
Badar : ya..
Zafar : dah malam hari ni...

Kemudian mereka pergi mencari rumah Mak Nrun. Zafar siap membeli kain untuk menutupi wajah mereka berdua.. ketika sedang sibuk mencari, mereka bertemu dengan Nrun dari kejauhan mata memandang. Mereka sempat bersembunyi di tepi kedai. Ada seorang pak cik tua meminta kepada Nrun agar kembalikan anaknya seperti sedia kala. Kerana siang tadi Nrun telah mengubah gadis itu menjadi berlian dan beri kepada penduduk desa itu. Pak cik tua itu hanya membawa kepala anaknya yang telah diubah menjadi berlian.

Pak cik : Nrun! Tolong lah kembalikan anak pak cik seperti sedia kala.
Nrun : hah? Apa dah jadi ni pak cik?

Zafar dan Badar melihat mereka berdua dari jauh dan dengar percakapan mereka kerana di situ bergema suara mereka.

Zafar : baik rupanya Nrun ni.. dia tanya sebab nak tolong pak cik tu..

Kata Zafar dengan perlahan kepada Badar.

Pak cik : kamu jadi kan anak pakcik berlian siang tadi, lepas tu bagi kat orang badan dia. Sekarang ni orang-orang desa dah potong badan anak pakcik ni. Pak cik sempat bawa kepala dia je. Tolong kembali kan anak pakcik nakkk...
Nrun : ohh jangan risau. Saya akan tolong..

Nrun menyentuh kepala anak perempuan pak cik itu dan seketika kepala itu menjadi seperti sedia kala. Tetapi...

Pak cik : tidak!!! Anakku!!

Gadis itu sudah pun mati kerana badan nya sudah di potong-potong oleh penduduk desa. Kepala itu mengeluarkan darah dari lehernya. Pak cik itu terus pengsan kerana terkejut ya amat.

Nrun : apa lah. Padahal kita dah tolong.. tak terima kasih pun..

Orang-orang yang melihat itu hanya diam sambil terpana. Semua orang tidak dapat berbuat apa-apa. Badar dan zafar tercengang melihat kekejaman di depan mata mereka...

Zafar : kita ... Kena cari mak Nrun. Mungkin mak dia boleh tolong..

Badar pun pergi tanpa berkata-kata.. Setelah lama mencari, mereka menemui rumah Mak Nrun di dalam Gunung kiri. Rumah itu besar dan terlihat permandangan dari dua sisi. Iaitu permandangan luar gunung dan dalam gunung... Mereka di jemput masuk kerana mak Nrun mengira mereka kawan sekerja Nrun.

Zafar pun menjelaskan tentang diri mereka. Namun Mak Nrun tidak menunjukkan reaksi apa-apa..

Mak Nrun : jadi apa tujuan kamu datang ke sini?
Badar : kenapa Nrun ada Core Raja? Sini tak ada raja..
Zafar : Badar, Core raja bukan hanya keturunan raja tapi yang berstatus bangsawan... Mungkin mak Nrun ni keturunan bangsawan.
Mak Nrun : tidak... Mak cik bukan keturunan bangsawan mahupun raja.
Zafar : hah? Habis tu...
Mak Nrun : mak cik berasal dari Kota Jati Setiga. Bukan dari desa bahtera.
Zafar : apa kaitan nya?
Badar : kejap Zafar, bagi mak cik ni cerita dulu.

........................................................................

Mak Nrun berasal dari kota Jati Setiga, negeri Giluran. Negeri itu bersebelahan dengan negeri Hainc. Badar tidak melalui negeri itu kerana dia hanya berjalan terus dan tidak tahu membaca peta. Mak Nrun mencerita kan ketika masa mudanya, dia adalah gadis cantik yang menjadi rebutan ramai orang.

The New KingWhere stories live. Discover now