Bab 8 Pemberontakan

25 3 23
                                    

Selepas menyusun strategi, mereka mula berehat sebentar sebelum bubar.

Tok Gama : Kita akan menumbangkan kerajaan Naff di kota Lahar ini. Raja yang menyeleweng air dan tidak amanah.
Soy : ya! Malah dia buat peraturan di mana kesalahan kecil juga harus di penjara.
Badar : tu la. Tak patut..

Ketika mereka sedang berehat sambil berbual-bual, datanglah Finn dengan kelam kabut.

Finn : masalah besar!! Masalah!!

Dia terjatuh di hadapan mereka semua.

Finn : ergghh masalah be-sar...
Soy : apa lah kau ni... Cuba relax sikit.

Finn bangun.

Finn : macam mana kau nak relax bila esok, waktu tengahari.. Raja Naff akan menghukum bunuh Tama!

Mereka tersentak mendengar itu. Lebih-lebih lagi Tok Gama. Padahal mereka sudah membuat perjanjian.

Tok Gama : tak mungkin, kami sudah ada perjanjian!
Finn : Raja telah mengubah fikiran. Tak ada apa yang dapat kita buat.
Soy : nampak nya kita kena cepatkan masa ke waktu pagi.

.......................................

Badar datang ke tempat bertemu tahanan di awal pagi.

Penjaga : awal sungguh kau datang. Masih pagi lagi ni.
Badar : ya. Saya bawa sarapan untuk tahanan Zafar.

Zafar akhirnya datang ke tempat itu. Dia melihat ada Badar yang menemui nya.

Zafar : awal betul datang ziarah.
Badar : sarapan ni. Makan lah.

Zafar pun makan walaupun tangan nya bergari.

Badar : macam kebetulan pula.. kita dapat cari orang yang aku nak jadikan pengikut.
Zafar : wah siapa?
Badar : tok gama dengan Gibar. Mereka berdua pemain pedang dan pemanah yang hebat.
Zafar : aku belum kenal dengan mereka berdua.
Badar : oh mereka ni berhubungan dengan Tama.
Zafar : oh.. si Tama tu pun tak cerita apa-apa. Memang muka sombong lah. Serius je muka nya.
Badar : hahaha.. nasib kau lah. Tama tu bekas bandit. Tok Gama jumpa Tama masa kecil dan dia jaga Tama ni sampai sekarang.
Zafar : patut lah macam tu perangai..

Zafar selesai makan. Sementara itu... Di istana Naff....

Cara : nampak nya mereka benar-benar akan menyerang kita.
Raja Naff : haahaha.. dia ingat aku bodoh.. aku memang dah lama nak bunuh si tua Gama tu.. inilah masa nya.
Jay : ohh sebab itu kau cakap nak bunuh Tama tengahari nanti.
Sarq : hehehe.. aku tak sabar nak dengar jeritan mereka semua. Darah!!!
Tan : hmm... Kita akan membantai habis mereka para pemberontak.
Ozen : ya lah.. tapi mesti bosan. Orangnya sikit..

Ternyata Raja Naff sudah tahu dari awal Tok Gama menubuhkan pasukan pemberontak. Hari ini mereka mahu membantai habis para pemberontak itu.

...................................

Badar berbisik sesuatu kepada Zafar. Zafar terus faham akan tugasnya.

Zafar : tak sangka kita terlibat dengan masalah kota orang.. huhuhu...
Badar : aku nak jadi raja yang menolong orang-orang dan menikmati pengembaraan aku. Kalau kau tak suka, boleh lah patah balik.

Zafar melihat Badar yang kelihatan serius.

Badar : yang pasti aku nak makan besar lepas ini semua.
Zafar : rupanya kau nak makan je!!

Matahari mula terbit fajar dan para pemberontak telah berkumpul di depan istana. Orang-orang yang melihat itu tidak menghalang kerana ini untuk kebaikan rakyat di Kota Lahar juga. Ada yang meminta mereka untuk menyelamatkan orang-orang yang di penjara bawah tanah.

The New KingWhere stories live. Discover now