Bab 79 Perikatan

11 1 30
                                    

Kelompok Badarien di sambut hangat oleh Raja Badik dari Kota Batu itu. Mereka di berikan hidangan mewah seperti ayam, daging dan ikan yang besar saiznya. Apatah lagi menurut kata Raja Badik, hidangan tersebut di sediakan oleh tukang masak yang terbaik dari kota batu itu.

Kota Batu di beri nama begitu kerana hampir setiap bangunan nya di buat oleh batu. Malahan hampir tidak ada tanah di situ. Hanya tumbuhan di situ di kelilingi dengan batu.

 Hanya tumbuhan di situ di kelilingi dengan batu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Gambar sekadar hiasan. Bayangkan sendiri. 🤭

______________________________________

Badar yang kekenyangan menepuk-nepuk perutnya sambil membuang nafas lega kerana dapat makan. Tetapi tidak dengan pengikut nya yang lain. Mereka makan dengan mata tetap menumpu ke arah Badar. Mereka masih tak berpuas hati akan hal tadi.

Badar : eh makan lah.. percuma ni..
Tama : percuma yaa..

Tama hanya menjawab dengan suara yang datar. Sedangkan yang lain masih sama.

Badik : yaaa.. macam mana dengan makanan ini?
Badar : sedap .. ini makanan paling sedap yang pernah aku makan.

Pengikut Badar masih geram akan kejadian tadi. Badar harus melakukan sesuatu ..

Badar : hmm baik lah. Kami berangkat dulu.
Delima : hah? Saya belum habis makan.
Badar : baik lah. Aku bagi masa 15 minit saja..

Dengan itu, mereka semua makan dengan cepat kerana takut di tinggalkan.

Badik : aku sangat kagum dengan semangat kamu semua. Sebenarnya, aku jadi Raja sebab nak cipta satu tempat yang damai. Tapi aku kena ikut pula perintah raja dunia. Aduh ..
Badar : habis tu, macamana ?
Badik : hehee.. nasib baik kau dah kalah kan Raja benua Bawasa. Jadi aku bebas.
Zafar : apakah kau keturunan Raja?
Badik : ohh tidak. Aku cuma orang biasa yang menjadi Raja. Core aku Batu .. Strong type.

Crisa pula menyampuk..

Crisa : ya betul tu. Yang boleh jadi Raja orang yang ada Strong Type dan Type Raja...
Badik : betul tu..
Tama : ya. Kami pernah kalahkan Raja Naffin yang ada strong type.
Badik : ya aku tahu. Aku pernah baca di berita.

Kata Badik sambil menunjukkan kertas berita yang boleh di sentuh dan di 'scroll' ...

Heigo : hairan betul aku. Siapa yang bagi info fasal kita ya?

Man yang sedang minum air tersedak mendengar itu.

Man : uhuk!!
Ozen : entah lah.
Zafar : Siapa yang menulis berita itu?
Badik : seorang wartawan yang bagus. Lacus.
Zafar : ohh dia.. aku kenal dia.

Semua pengikut Badar menganggukkan kepala.

Badar : hah? Kenapa aku tak kenal?
Ozen : dia pergi tanpa sempat jumpa kau.
Badar : kenapa?

Zafar bangun dari kerusi dan menggayakan diri seperti Lacus.

Zafar : kerana aku.. hanya lah seorang penggemar.

The New KingWhere stories live. Discover now