Peperangan antara dua kota yang telah berlangsung lama kini telah selesai sudah. Pertempuran ini telah merenggut beberapa nyawa orang termasuk Farurin, anak Raja Bahrin. Kemudian Rioma, suami kepada Rinda. Dan yang terakhir mangkatnya Raja dari kerajaan Rin iaitu Raja Bahrin.
Kairin pula tidak sedarkan diri. Dia di rawat oleh doktor di kerajaan Daye. Kemungkinan akan di tahan sehingga mentalnya stabil. Orang-orang kota pula merayakan kemenangan mereka bersama-sama dalam fasa damai. Mereka akan di perintah oleh kerajaan baru dan seorang Raja Baru. Ini bermakna hanya ada satu Raja yang akan memerintah dua kota.
Badar di ruangan makan terus makan kerana kelaparan. Namun sebaik sahaja Raja Darul masuk dia terus berhenti makan. Semua orang bangun untuk menyambut ketibaan Raja itu.
Raja Darul : duduklah.
Semua orang-orang yang berhubungan dengan masalah itu hadir. Anak Raja Darul, Adik beradik Rin dan kelompok Badarien.
Raja Darul : beta sudah berhabis fikir.. namun beta masih tak dapat siapa yang akan menjadi Raja Baru di negeri Frexe ni.
Delirin : kenapa tidak anak tuanku yang menyambung warisan?
Darul : tak boleh. Nanti mereka akan fikir beta berat sebelah.
Crisa : carilah seseorang yang mempunyai hati rakyat.
Darul : itu akan memakan masa yang lama.
Mereka terus berfikir...
Dahlia : kita jadikan Delirin Raja Baru!
Harin : akan ada yang tak setuju. Begitu juga jika kita memilih orang dari Kota Daye.
Nurin : pilih daud je..
Tama : nurin! Jangan menyampuk.
Nurin diam. Raja Darul melihat Badar yang sedang termenung.
Darul : apa yang kamu fikirkan wahai Badar?
Badar : ah? Tak ada apa. Saya cuma tengok makanan ni. Bila nak makan? Hahahaha..
Nurin : Raja apa macam ni?
Seluruh ruangan bergema dengan gelak tawa.
Ozen : Kalau Zafar ada di sini, dia mungkin boleh bagi nasihat.
Darul : beta setuju. Beta nampak kelebihan dia dalam memberi pendapat.
Man : tapi dia pergi tinggalkan kita.
Badar : kalau dia rindu.. dia akan balik.
Heigo : betul tu. Kita dah jauh berjalan. Mana mungkin berhenti begitu saja.
Dayendra : eh kenapa ubah topik pula ni?
Darul : haa anakanda beta yang beta segani.
Dayendra : hah? Terima kasih ayahanda.
Darul : siapa kamu rasa yang layak menjadi Raja?
Dayendra : apa yang saya nampak, Badar lebih sesuai memegang tahta Raja.
Darul : beta setuju.
YOU ARE READING
The New King
Adventure#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...