Bab 26 Ozen vs Lambak

18 3 16
                                    

Kita akan mulakan perlawanan dengan satu-persatu. Fokus kepada perlawanan Ozen. Kerana Badar harus melawan dengan Kaja , Ketua Desa itu. Jadi terpaksa lah Zafar beralih arah ke Nrun..

Zafar : walaupun aku tak kenal kau.  Tapi tolong ya!

Zafar terus pergi ke arah Nrun... Tinggal lah Ozen..

Lambak  : hahaha.. kau memang nak mati ya?
Ozen : apa maksud kau?
Lambak : kau ingat aku boleh dikalahkan hanya dengan anak panah ke?!
Ozen : oh macam tu. Jangan lupa aku ada Core Strong type.
Lambak : haaa baru menarik..

Lambak mengangkat semua batu-batu dan menyerang Ozen.. Ozen membuat angin berpusar di sekitarnya.

Ozen : nampak tak?

Ozen menyerang dengan menarik anak panah nya dengan bertubi-tubi. Kemudian dia menambahkan kekuatan angin supaya anak panah itu meluru laju.

Lambak : cis!

Lambak menahan semuanya. Ozen terus berlari ke arah Lambak.

Ozen : bebola angin!

Serangan itu mengena perut Lambak sehingga Lambak terlempar lagi.
Ozen terus mengejar musuhnya itu. Dia berlari dengan kecepatan angin.

Ozen : bebola angin!!

Dia cuba menyerang lagi dengan serangan itu namun badan nya terapung..

Lambak : kau!

Lambak terus menghempaskan tubuhnya ke tanah berulang kali.
Ozen mengingati kejadian ketika di hempas oleh Badar.

Ozen : aaaarggggghhh..

Angin dari tubuh Ozen membesar menjadi puting beliung!

Ozen : sakit tak guna!!

Lambak juga terkena angin itu dan melayang. Ozen apa lagi, dia mengambil kesempatan terus menumbuk Lambak tanpa henti..

Lambak : bedebah kau!! Berhenti!!

Ozen kepenatan dan angin yang berpusar itu berhenti..

Ozen : haaa haa haa..

Nafasnya menjadi berat. Dia cuba mengambil nafas dengan tenang.
Lambak terapung di udara.

Lambak : nampak nya kau kuat juga.

Lambak terus menggerakkan kedua tangannya dan menekan Ozen di tanah.

Lambak : hahaha.. rasakan! Yahhhhh!!

Tekanan berat itu membuat kan ozen seolah-olah melekat di tanah. Dia tak mampu menggerakkan tubuhnya. Crisa melihat itu menjadi takut.

Crisa : tengok tu. Lambak terlalu kuat.
Man : oh jangan risau.. cover rush!!

Dia membuat pelindung di depan Ozen. Ozen menyedari itu.

Ozen : kau selamatkan aku!
Man : ya kalah kan dia.. sebab aku tengah melindungi Crisa yang cantik ni.
Crisa : ceh.. mengarut...
Man : errr cepat sikit..

Berkat bantuan Man dia mampu bergerak . Dia memanah tepat ke arah tapak tangan Lambak.

Lambak : ahh.. tangan aku...
Ozen : ohh macam tu ya..

Lambak mendarat di tanah.. dia cuba mencabut anak panah itu.

Ozen : aku dah faham sekarang.. hihii.. kau tak boleh menggerak-gerakkan benda lain bila tangan kau tengah sibuk buat benda lain..
Lambak : diam lah kau. Kau tak tau apa-apa..

Ozen memanah dua anak panah secara langsung. Lambak cuba menahan tetapi hanya satu anak panah itu terlepas dari kawalannya.

Ozen : kan aku dah cakap. Kalau macam tu.. aku cuba ini..

The New KingWhere stories live. Discover now