Bab 89 Keraguan

16 2 19
                                        

Masa Kini....

Malam itu suasana nya sungguh sunyi dengan di temani bunyi-bunyian dari burung pungguk yang sedang mencari mangsanya. Zafar cuba mencari jawapan akan soalan Farurin tadi petang. Dia duduk sendirian di atas bumbung rumah besar itu. Kawan-kawannya yang lain sudahpun terbuai oleh mimpi. Di depan pandangan Zafar, terdapat sebuah tembok ais yang besar yang menbatasi dua kerajaan.

Zafar : Kenapa aku jadi pengikut dia? Apakah kerana dia memerlukan aku sebagai penasihat? Raja ? Apa yang raja perlu ada?

Tertanya-tanya akan soalan yang bermain di fikiran nya. Hanya kerana Badar menunjukkan kekuatan nya, tak mungkin dia terus memilih Badar sebagai Raja. Raja itu harus menyentuh hati rakyatnya.

Tiba-tiba seseorang menyapa dari belakang ...

Farurin : hei..

Zafar : Siapa kau? Apa kau buat dekat sini?

Zafar bangun dengan langkah yang berjaga-jaga.

Farurin : syuhh aku orang tadi lah. Nama aku Farurin.

Zafar : engkau rupanya. Ada apa? Kau mahu....

Farurin : ... Aku datang dengan damai.

Lelaki itu ialah anak kelima dari isteri kedua Raja Bahrin. Dia duduk dengan santai di atas bumbung itu. Melihat tiada apa-apa yang bahaya, Zafar pun duduk.

Farurin : kau boleh pergi dari kelompok Badarien jika kau mahu. Itu keputusan kau sendiri.

Zafar : mereka akan kecewa dengan aku.

Farurin : oh tidak.. perpisahan tetap akan terjadi.

Zafar : apa pula kata Badar?

Farurin : pedulikan.. dia tidak memiliki ciri-ciri menjadi Raja. Kenapa kau memaksa diri kau untuk mengikuti Badar?

Zafar : ......... Kau pula, kenapa datang sini?

Farurin : oh.. satu pesanan dari aku. Cepat-cepatlah keluar dari negeri ini.

Zafar : kenapa?

Farurin : kerajaan Rin dan Kerajaan Daye berselisih sejak ayah aku masih bujang. Entah apa sebab nya kami juga tidak tahu. Jadi setiap sekali sebulan, kami akan berperang habis-habisan.

Zafar : untuk apa?

Farurin : entah lah .

Zafar : hah? Kenapa kau tak cuba mendamaikan kedua-dua pihak?

Farurin : tak. Tak mungkin aku membiarkan mereka berdamai.

Zafar : apa? Sebab apa?

Farurin : sebab aku suka peperangan. Hehehe.. kau tengok tembok tu. kat situ lah kami akan berperang. Bila datang hari peperangan, tembok itu akan di hancurkan...

Zafar mula menyedari bahawa ada yang tidak kena dengan lelaki ini.

Farurin : aku suka dengar jeritan kematian mereka, darah dan suasana yang kucar kacir dalam perang. Dia macam ada satu perasaan yang sangat bebas ketika itu. Hahaha..

The New KingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang