Di awal pagi itu, Badar dan Tama bangun lebih awal dari yang lain. Itu kerana Tama yang gopoh-gapah akan ketiadaan Zafar. Tama ingin mengajak Zafar untuk bersarapan di kedai makan. Tujuannya untuk menceritakan semuanya tentang hal dirinya. Dia merasa serba-salah jika tidak mengungkapkan kebenaran.
Kenapa dia tidak membawa Badar sekali kerana dia tidak mahu mengganggu tidur orang yang dia sudah diakuinya sebagai Raja.
Badar : pelik.. mana pergi si Zafar ni?
Tama : kita tanya Man. Biasa dia selalu sibuk hal orang.
Badar : ya aku setuju.
Sesampai sahaja di bilik Man, mereka mendapati Man juga tiada dalam bilik itu.
Badar : aik, jangan-jangan...
Tama : mereka sudah tinggalkan kita!!
Badar : mereka dah pergi makan dulu!!
Mereka berdua saling berpandangan.
Badar : ehem.. err kita cari yang lain.
Heigo keluar dari bilik sebelah dengan wajah yang masih mengantuk.
Heigo : apaaaa laa bising pagi-pagi buta ni..
Badar : heigo! Mana Zafar dan Man?
Heigo : haa kejap.
Tentang Zafar, Man, Crisa dan Werza pergi ke kerajaan Daye untuk berunding di ceritakan oleh Heigo. Bukan itu sahaja, Heigo juga memberi tahu tentang peperangan yang akan datang tak lama lagi.
Tama : ya lah. Macam mana aku boleh terlupa fasal hal tu? Kita kena keluar dari negeri Frexe ni secepat mungkin.
Badar : nanti dulu.. aku rasa kita juga kena berunding dengan Kerajaan Rin.
Tama : kau tak faham.. benda ni dah berlaku sebelum aku lahir lagi. Tak ada siapa yang dapat bantah keputusan Raja.
Badar : hihihi.. kau tahu tak apa yang aku fikirkan?
Heigo : aku dah lama tahu.
Tama pula memandang Badar dengan hairan.
...................................
Zafar dan tiga yang lain berjalan menuju ke arah Kerajaan Daye. Untuk menempuh perjalanan itu mereka harus melalui tembok besar yang terbuat dari ais.
Crisa : eh macamana kita nak pergi arah sana? Ada tembok ni?
Werza : tu lah. Tak kan kita kena daki gunung yang setinggi tembok ni? Baru dapat masuk?
Man : patah balik je la.Zafar hanya membisu. Tidak membalas pertanyaan mereka. Dia melihat-lihat di sekitar tembok mana tahu sekiranya ada pintu masuk.
Zafar : aku boleh pecahkan tembok ni guna first chance. Tapi dengan tembok sebesar ini, tenaga aku akan habis sebelum tembok ni pecah.
Man : betul tu.
Crisa : tak boleh ke kau guna Core pelindung kau tu jadi macam belon? Boleh melayang kat udara?
Man : wah nampaknya awak memerlukan saya kan~ SEMESTINYA.. tak boleh.. nama pun pelindung mesti lah keras dan berat.
YOU ARE READING
The New King
Adventure#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...