Bab 18 Apa itu Core ?

19 3 44
                                    

Badar dan dua pengikutnya telah masuk ke ruangan bawah tanah di tengah gunung itu. Ruangan yang dipanggil mistik oleh penduduk desa setempat adalah Maze Book. Tempat di mana semua pengetahuan dari zaman awal, zaman kuno, zaman banjir besar, dan pengetahuan sehingga sekarang. Maze Book juga berupa tempat seperti pagar sesat yang boleh membuat sesiapa yang memasuki nya akan sesat dan tak dapat mencari jalan keluar.

Didalam nya terdapat buku yang mengikut warna di lantai itu. Jika rak buku di tingkat tersebut berwarna jingga, maka semua buku kulitnya berwarna jingga. Ianya menunjukkan ilmu apa yang di bahas di dalam suatu tingkat. Badar dan pengikutnya telah mengikuti tiga tingkat tersebut yang berwarna jingga, biru dan terakhir merah. Tujuan mereka adalah mencari seseorang yang berilmu pengetahuan di sana. Dan mereka bertemu dengan seorang perempuan berumur 18 tahun yang telah menghabiskan masa 10 tahun berada di dalam sana. Perempuan itu bernama Crisa. Dia menjelaskan bahawa tiada siapa yang dapat keluar setelah memasuki maze book. Malah ada yang mati di sini. Dia dapat bertahan hidup kerana di tingkat hijau ada kebun kecil yang menumbuhkan tanaman sehingga dia dapat makan tumbuhan itu agar dapat bertahan hidup.

Walaupun Crisa menegaskan bahawa tiada jalan keluar namun zafar ingin mencari jalan keluarnya. Dia tidak ingin menghabiskan masa hidupnya di dalam sana.

Crisa : hahaha tak kan dapat..
Tama : bererti kita di tipu dengan budak tu!
Badar : ya Clara !!!
Crisa : apa? Clara?
Badar : kau kenal ke?
Crisa : macam pernah dengar .. jadi macamana kau nak keluar?
Zafar : apa kata aku hancurkan saja tempat ini.
Crisa : tak boleh!! Aku tak benarkan. Tempat ini mengandungi barang bersejarah dan ilmu zaman dulu-dulu.. mereka penat mengabdikan karya mereka, kau senang-senang nak hancurkan?

Marah Crisa. Badar pergi ke rak buku.

Badar : buku merah ini pasal apa?
Crisa : pengetahuan sejarah dan bahasa kuno.

Badar mengambil salah satu buku di rak merah tersebut.

Badar : bahasa apa ni?
Crisa : ini bahasa terbalik. Boleh di jadikan kod dalam kehidupan.

Badar koyak kertas dari lembar buku itu dan memakannya..

Crisa : kenapa kau makan?!
Badar : dulu masa aku kecil, ada mitos bahwa kalau makan buku jadi pandai.
Crisa : eh tak, makin bodoh.. mana ada mitos macam tu..
Tama : jadi macamana kita nak keluar ni? Heigo ada kat atas tu?
Crisa : Heigo? Nama ke apa tu?
Badar : kat dunia ni masih banyak nama pelik-pelik. Kau je tak tahu.
Crisa : oh ya, aku belum tahu nama kau orang bertiga.  Nama aku Crisa. Haa kau orang pulak.
Badar : uhh cantik nama. Secantik orang nya.. hehehe..
Crisa : eh biasa je.. maksud aku eh biasa lah. Hahaha..
Zafar : haish.. nama aku zafar. Aku dari kota tempil. Aku sekarang ikut Badar untuk tolong dia ni jadi Raja.
Crisa : ok tadi dah cakap kan pasal nak jadi Raja baru. Jadi kau dari mana?
Badar : aku Badar. Dari.... Selat.. errr..
Crisa : kita memang dekat selat.. tapi dekat mana?
Badar : hmm entah lah. Aku sendiri tak ambil tahu.. hahaha..
Crisa : haish mengecewakan.
Zafar : kan? Aku pun rasa apa kau rasa.
Crisa : ni pula. Yang bawa dua pedang. Siapa?

Tama tersenyum sinis namun hanya membisu.

Zafar : err dia memang pendiam sikit. Dia cuma cakap bila dia nak cakap.. dia ni Tama dari Kota Lahar. Ada yang lain dari kota lahar, namanya Heigo, Gelana dan Delima.
Crisa : ohhh.. jadi kamu semua pengembara yang acah-acah nak jadi Raja la ni.
Badar : kau ingat aku budak-budak ke?
Crisa : apa tujuan kau?
Badar : mencari tanah subur di Reinland.

Wajah Crisa berubah menjadi teruja.

Crisa : wah Reinland?! Tempat itu dah hilang selama 300 tahun.
Zafar : bermakna tempat tu wujud lah ya.
Crisa : entah. Buku tentang Reinland ada dalam maze book ni. Tapi sayangnya lembaran buku itu dah di curi. Jadi cuma yang tinggal beberapa lembar je yang menceritakan tentang Reinland tanah yang subur. Itu je.. yang hilang beberapa ratus tahun dulu.
Zafar : tak sangka ada. Aku ingatkan mitos.
Crisa : habis tu buat apa kau ikut Badar kalau kau rasa itu mitos.
Zafar : sebab aku cuma nak berpandangan jauh dengan mengembara.

The New KingWhere stories live. Discover now