Pasukan Raja Naff telah ditumpaskan oleh pemberontak dan semestinya dengan kerjasama Badar. Kini hanya tinggal Raja Naff sendiri yang masih tidak mengaku kesalahan nya. Ketika Raja Naff membuka topeng yang selama ini tidak pernah dibuka, Tok gama, Soy, Tama, Gibar dan Badar tersentak dengan kejutan itu.
Badar : Finn!!!
Ternyata orang yang berselindung di topeng itu ialah Finn, salah seorang pemberontak bersama Tok Gama.
Soy : Finn?! Kenapa?
Naffin : hahaha!! Tengok muka kamu semua.. hahaha macam beruk!! Ya, akulah Finn yang selama ini.. "masalah besar, masalah besar"! Yang korang kenal..
Tok Gama : tergamak kamu memperalatkan kami seperti mainan! Finn!!
Naffin : woo pembetulan.. nama sebenar aku naffin.. aku sengaja menyamar jadi Finn biar aku tahu apa yang korang buat!
Gibar : sebab tu.. Raja naff selalu selangkah ke depan. Rupa-rupanya kau !! Tak guna!!!Gibar dengan kemarahan nya memanah Naffin tetapi airnya melindungi nya.
Naffin : disini akulah yang terkuat.. kamu semua tak ada kuasa nak menghalang aku. Korang semua mesti dihapuskan biar aku dapat memerintah kota ini sesuka aku!
Zafar : walaupun aku tak faham semua ni.. tapi biar aku lawan...Badar menghalang Zafar.
Badar : biarkan mereka mengurus masalah sendiri. Kita cuma membantu nanti.
Naffin : cis Badar. Berlagak betul kau ya. Dari awal aku memang tak suka kau.
Badar : apa jadi dengan gelak tawa kita bersama semalam?! Berani kau menyakiti perasaan raja!
Naffin : huh? Raja? Jangan mengarut! Oh, kan kau nak jadi Raja kononnya.. kalau macam tu, mari kita beradu kekuatan antara Raja dan Raja! Hahaha..
Badar : huh! Kau bukan lawan aku.. kau paling lemah dari aku...
Naffin : baaaaaDarrrr!!Naffin cuba menyerang Badar dengan air nya tetapi tok gama dengan pantas terus menebas air.
Tok Gama : air di tebas pasti putus.
Fizikal Naffin menjadi air dan membanjiri istana itu..
Naffin : badar!!!!!
Zafar : lari woii,.. dia mengamuk!!Mereka semua lari ke tempat peperangan itu..
Pemberontak 1 : oi tengok tu.. istana penuh air lah..
Para tentera juga melihatnya.. seketika bumbung istana pecah kerana kepadatan air di dalam nya.. Badar dan yang lain melihat Naffin yang mengamuk.
Tentera : siapa tu?
Gibar : Naffin tu..
Laksamana : jangan mengarut lah.. mana raja Naff?!!
Gibar : itu dia!!Naffin mendarat di tengah-tengah tanah itu..
Pemberontak 5 : eh Finn?!
Naffin menyerang semua orang di situ.
Pemberontak 1 : Finn apa kau buat..? Kau serang orang yang salah...
Tama : dia lah raja Naff selama ini..
Gibar : betul, dialah orang yang selama ini menyeleweng air. Dan yang lebih penting dia dah bunuh semua orang di penjara bawah tanah..
Tentera : apa? Kau tipu?
Soy : kami semua saksi..
Laksamana : finn kau raja naff ke?
Naffin : berani kau panggil aku macam tu? Mana 'ampun tuanku'...Naffin menyerang Laksamana tentera nya sendiri dan Tok Gama sepantas kilat menebasnya.
Zafar : laju betul.. First chance!!
Zafar pula cuba menyerang Naffin tetapi tidak berjaya kerana tubuh Naffin itu air. Naffin menyerang Zafar pula kemudian Badar menyelamatkan Zafar.
Badar : serangan kau tak kan berguna.
Zafar : habis tu macamana menyerang dia.
Badar : mesti elemen dengan elemen yang kuat. Api, Angin dan kilat.. dan yang ada elemen tu cuma...Badar memandang tepat ke arah Tama dan Tok Gama...
Tama : teknik dua pedang... Sambaran api!!
Tama menebas air itu dengan apinya. Naffin kesakitan dan cuba mengelak namun di tebas oleh Tok Tama.
Naffin : tak guna kau orang tua!!
Tama : Tok Gama! Elak!!Naffin menjadi air dan masuk ke dalam mulut dan hidung Tok gama. Mereka semua menuju ke arah Tok Gama cuba untuk mengeluarkan air dalam badan Tok Gama. Atau yang lebih tepat, mengeluarkan Naffin yang berada di dalam tubuh Tok Gama. Mereka membaringkan tok Gama yang meronta-ronta kesakitan kemudian menekan dadanya berulang kali.
Gibar : tok gama.. bertahan lah..
Gibar terus menekan dada Tok Gama..
Laksamana : sedia kan doktor untuk kecemasan!!
Tentera : tapi mereka pemberontak..
Laksamana : kau gila ke? Kita semua dah kena tipu dengan Raja Palsu tu.. kau nak berkhidmat dengan Raja macam tu.. silakan... Siapa yang nak berkhidmat untuk kota lahar ni sila panggil doktor !!!Barulah tentera itu bergerak siap membawa selimut untuk mengangkat Tok Gama..
Gibar : jangan kacau!!!
Soy : Gama!! Bertahan lah...
Tama : naffin keluar kau!Badar dan Zafar hanya mampu melihat dengan tenang namun mereka juga sebenarnya khawatir dengan keadaan tok Gama..
Tok Gama : Se-la-matkan ... Kota i-ni.
Tubuh Tok Gama lelah, tubuhnya berhenti bergerak dan beliau mati di tempat itu.
Badar : Tok gama!!
Semuanya hanya terdiam.. aura kemarahan mereka dirasai oleh beberapa orang termasuk....
Zafar : eeee perasaan apa ni..
Ada seseorang yang paling terkesan dengan kematian Tok Gama..
Tama : Tok Gama!!!! Bangun! Kita ada kerja nak buat...
Soy : Tama berhenti.. dia dah tak ada.. berhenti..Tama cuba menggerak-gerakkan tubuh tok Gama namun tiada tindak balas..
Gibar : tokkk... Jangan macam ni...
Badar menumbuk tanah..
Badar : tak guna... Bakal pengikut aku! Berani kau Naffin...
Zafar : sabar Badar...Hanya Soy dan Gibar kelihatan tenang dengan kematian Tok gama walaupun Gibar sebenarnya ingin menjerit sekuat hatinya..
Tama : Tok.. kenapa?
..................................................................
Tama di bawa pulang oleh beberapa penduduk kota ke rumah Tok Gama.
Tok Gama : ada apa ni ?
Orang kota 1 : ni haa anak buah tok.. dia mencuri lagi!!
Tok Gama : oh maafkan lah saya. Saya yang salah sebab tak reti jaga dia. Maklumlah dia budak yang degil sikit..Orang-orang itu merasa terhormat dengan Tok Gama jadi mereka melepaskan Tama dan berlalu pergi dari situ..
Tama : jangan berlagak baik lah..
Tok Gama : Tama tengok ni..Tok gama menunjukkan syiling di tangan nya.. dia meletak syiling itu di belakang dan hilang.. kemudian tok gama mengeluarkan syiling itu dari mulut..
Tama : eh macam mana boleh jadi macam tu?
Tok Gama : kalau kamu tak mencuri lagi, tok akan ajar trik nya.. tok janji...............................................,...........
Hari ini, waktu tengah hari.. di tengah peperangan di halaman istana, Tok Gama telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan perjuangan untuk menumpaskan Raja Palsu , Naffin!
Naffin keluar dari mulut tok Gama dan kembali ketengah peperangan..
Naffin : Akhirnya, mati juga orang tua tu.. hahahaha!! Puas hati aku..
Tama : orang tua kau cakap?
Gibar : Tama... Jom..Mereka berdua berdiri semula melangkah ke arah Naffin...
Gibar : pertama kali aku dengar kau cakap lebih dari 10 patah..
Tama : huh.. kau nak aku potong lidah kau ke?Tama mengeluarkan dua pedang dari sarungnya... Gibar tak menggunakan panahnya.. dia terus mengeluar kan Core pasir nya seperti biasa..
Gibar : pasir adalah penyerap air yang paling mujarab sekali..
Naffin : apa?!Bersambung.......
YOU ARE READING
The New King
Приключения#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...