Kelompok Badarien akhir nya dapat bertemu dengan orang dari Reinland... Reinland yang hilang 300 tahun dahulu ada kisah tersembunyi yang akan di ceritakan oleh Zakaria.. Mereka sekarang berada di rumah kecil Zakaria dan berlaku lah percakapan yang dalam antara mereka. Nama sebenar ayah Badar juga terungkap dan tentang sebab penyerangan di Reinland juga terungkap!
Zakaria : ... Hampir semua orang di Reinland memiliki Core!
Mereka terpana mengetahui itu. Itu lah Reinland, Benua yang di berkahi !
Badar : apakah hanya sebab itu?
Zafar : ya, kerana cemburu?
Zakaria : itulah yang dapat aku fikirkan . Kalau bukan, apa lagi? Malam itu..............................................................................
Pada malam penyerangan itu, negeri yang di perintah oleh Zakaria juga di serang habis-habisan oleh orang-orang dari benua lain. Bukan itu saja, setiap serangan itu di pimpin oleh Raja benua yang lain. Zakaria ialah Raja kecil di negeri nya. Dia sedang menunggang kuda untuk ke pusat pemerintahan Raja Benua Reinland!
O. Kota 1 : Raja Zakaria!! Apa dah jadi? Kenapa?
Zakaria : pergi!! Selamat kan diri kamu semua!! Kita di serang!!Zakaria ketika itu hanya mampu menyuruh orang kuat nya untuk menyelamatkan penduduk. Tujuan utama dia adalah menyelamatkan Raja Benua Reinland yang pernah menjadi menteri di kerajaan Raja Benua. Semenjak dia memiliki Core Raja, dia di utuskan ke sebuah negeri untuk menjadi Raja Kecil berdekatan dengan negeri pemerintahan Raja Benua ketika itu.
Zakaria : Umar! Jangan mati!!
Itulah jeritan kecil di hati nya ketika menunggang kuda menuju ke istana. Sesampainya dia di sana, negeri itu sudah pun di serang. Api bertebaran di mana-mana dan hancur kota yang di jaga oleh Raja Benua Reinland ketika itu. Dia telah tiba di sisi lain istana. Banyak askar-askar di raja telah tumbang di bunuh oleh Raja Benua yang lain.. baru sahaja dia mahu melangkah, kaki nya di pegang...
O.k : se-lamat - kan... Ra-ja..
Orang itu tak berdaya untuk berkata-kata lalu mati.
Zakaria : kejam nya!
Dia pun berlari ke pintu rahsia istana itu. Pintu istana itu menghubung kan jalan ke bilik Raja... Dia pun naik ke atas hingga sampai ke bilik istana. Alangkah hiba rasa hati nya, Raja Benua itu sudah terkapar di lantai dengan nafas yang tersangkut-sangkut dan berat. Istana sudah terbakar hingga ke situ. Zakaria terus merangkul kepala Raja benua itu...
Zakaria : Umar! Bukan kah kau kuat?!
Umar : aku tak mampu melawan mereka semua... A-ku kalah.. to-long lah wahai pengikut ku yang setia..Raja benua itu menarik nafas berat...
Umar : Selamatkan anak aku! Dia mungkin boleh membalas apa yang ... Mereka lakukan suatu hari nanti..
Yusyak masuk ke dalam bilik itu.
Yusyak : Umar! Jangan mati umar ...
Dia melutut di sisi Raja benua itu..
Umar : selamat kan anak ku..
Yusyak : tidak! Aku akan selamatkan kau dulu .
Umar : yusyak! Berhenti.. ini perintah Raja!Umar terus menerus meminta untuk menyelamatkan anak nya agar anak nya itu dapat membalas semula apa yang mereka lakukan terhadap Reinland! Sehingga Umar pun menghembuskan nafasnya terakhir.
Yusyak : Umar!!! Umarrrr dah mati!!
Zakaria : berhenti.. cari Zanjiil ! Sekarang...Yusyak menangis terus di pangkuan Raja benua itu...
Zakaria : Yusyakkk !!! Kau dengar tak?!! Kau orang yang bijak! Aku tahu kau dapat menyusun rancangan!
Yusyak berhenti menangis dan memandang tepat ke arah Zakaria. Matanya penuh dengan kemarahan!
YOU ARE READING
The New King
Adventure#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...