Di sebuah tempat dalam dunia mimpi, ada banyak rumah yang besar dan mewah di sana. Tetapi tempat itu tiada orang satupun. Rumah-rumah di sana ada yang telah retak, hancur dan ada sisa-sisa dinding terapung di udara. Suasana nya kelam. Gelana yang membuka matanya dari mimpi melihat itu semua. Dia berada di depan sebuah pintu yang tertutup.
Gelana : kat mana ni?
Kerana banyak persoalan bermain di minda, Gelana cuba membuka pintu itu. Dia berubah menjadi sosok budak kecil. Kemudian dia melihat ada seorang budak lelaki di dalam bilik itu.
Gelana : ya! Ini mimpi aku.. aku dah ingat....
Kembali di tempat dunia mimpi dalam mimpi ..
Badar tersedar di suatu tempat yang agak kelam gelap. Langitnya berbintang biru tua. Ada seseorang yang duduk di tahta yang tinggi itu. Lelaki itu sedang tidur dengan pipi nya di tangan kiri lalu terjaga kerana merasakan sesuatu aura yang lain.Malek : siapa kau?!! Berani kau ganggu tidur aku..!!
Raja Malek melihat lelaki itu dengan tatapan tajam. Namun tidak marah.
Badar : Bunyamin Badar.
Badar tersenyum.
Malek : keluar!! Jangan masuk sini.. mimpi kau sudah ada dunia.. ini dunia aku.
Badar : tapi aku ada permintaan..
Malek : apa dia?
Badar : restu raja. Itu saja..Seketika Raja Malek teringat tentang Badar. Dia ialah orang yang mengganggu para raja!
Malek : ohh kau! Aku ingat sekarang.. kau lah orang yang mengganggu kerja Raja, yang cuba untuk menguasai kami Raja-raja benua. Jangan harap!
Malek terus melompat meluru ke arah Badar dengan tumbukan keras. Badar mengelak. Namun Malek terus menyerang Badar dengan tangan dan kaki nya. Dia bertarung dengan Badar.
Badar hanya mengelak dan menahan serangan dari Malek.
Badar : hahaha.. ternyata kau budak rupanya..
Raja Malek bertubuh pendek. Umur nya sekitar 18 tahun. Sebaya dengan Badar. Mendengar itu, Raja Malek menjadi marah.
Malek : diam kau.
Badar : nampak nya kau tak handal dalam pertarungan dengan tangan kosong..
Malek : aku kata diam!!!Kelompok Badarien pula sedang berada di kafe manis bersama dengan Farin.
Crisa : apa agak nya yang terjadi di sana?
Ozen : mungkin pertarungan terbesar yang pernah terjadi.
Farin : mungkin tidak ... Badar aku tengok tak menunjukkan emosi untuk mengalahkan Raja tu.
Zafar : tapi dia orang yang kuat. Sejak dari pertama kali saya kenal dia. Memang di akui kekuatan nya bukan main-main sebab Core badar adalah...
Crisa : Zafar!
Tama : Zafar!
Man : kau lupa ke?
Farin : haa kenapa?
Zafar : oh maaf..
Farin : apa core dia?
Zafar : errrr core dia tatapan mata ..
Farin : haaah? Core apa benda tu? Boleh ke dia kalahkan orang dengan Core tu? Raja apa tu?
Ozen : dia boleh kalahkan orang dengan tatapan matanya. Setiap kali dia berkedip dan buka mata semula . Orang itu akan pengsan terus.
Tama : ya betul.
Zafar : nasib baik kau tolong.. hahaha..Bisik Zafar kepada Ozen. Core Badar harus di sembunyikan dari orang lain.
Crisa : dah 30 minit Badar pergi..
Farin : dalam dunia mimpi tak ada masa. Macamana kau boleh tau?
Crisa : hmm dalam otak saya pakcik.
Man : adakah saya ada di otak awak?
Crisa : tak ada. Awal-awal lagi aku dah buang. Hahaha..Di dunia mimpi dalam mimpi itu masih berlanjutan pertarungan mereka.
Badar : lemah! Macam mana kau boleh jadi raja benua ni...?
Malek : berani kau cakap macam tu..Malek mengangkat tangannya. Tiba-tiba muncul batu besar yang tajam di atas tangannya.. dia melemparkan batu itu dengan kuat ke arah Badar.
Badar : wah!
YOU ARE READING
The New King
Adventure#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...