Bagaikan dentuman kilat apabila mendengar maklumat yang diberikan oleh Raja Darul bahawa orang yang menikahi Rinda adalah orang yang membantu mereka pagi tadi. Banyak informasi yang mereka dapatkan. Perbincangan mereka terus berlanjut.
Darul : selebihnya, kamu tanyakan sendiri pada Rioma. Beta ingin sekali bertemu dengan Raja kamu.
Man : jangan risau tuanku,dia pasti akan datang nanti.
Darul : baiklah. Sekarang beta masih ada tugas untuk di buat. Jadi apa rancangan kamu lepas ni?
Zafar bangun dari tempat duduknya.
Zafar : kami akan pergi mencari Rioma.
Mereka pun meminta izin untuk pergi. Mereka semua keluar dari ruangan itu meninggalkan Raja Darul bersendirian. Sebelum Zafar melangkah keluar, Raja Darul memanggil Zafar.
Zafar : Ya?
Darul : jika peperangan ini terjadi, kamu berada di pihak yang mana?
Zafar : ...........
Zafar buntu untuk menjawab soalan itu. Dia tersenyum kecil dan berlalu pergi. Di luar istana pula, mereka bertiga menunggu Zafar.
Crisa : lambat lah kau. Macamana kau boleh ada kat sini tadi?
Zafar : aku sesat. Jalan gua ni pelik.
Man : dah lah, jom jumpa pak cik Rioma tu.
Werza : kau ingat ke jalan tu?
Man : tak.
Man tersengih. Untunglah Zafar ingat akan kata-kata Rioma sebelum mereka berpisah tadi pagi.
Zafar : hari pun sudah senja. Mungkin kita akan bermalam di rumah dia.
............
Kerajaan Rin
Malam yang dingin kian terasa. Seperti biasa suasana malam di kota Rin itu amat sejuk. Badar yang berada di rumah besar dapat merasakan kesejukan itu.
Nurin : kau kenapa?
Badar : sejuk sayang..
Nurin : laaa.. kau tak nampak tu. Ada tempat bakar api. Tu corong asap. Kau ingat untuk bakar ikan ke?
Badar : untuk apa?
Tama : Nurin, dia tak tahu. Dia tak biasa.
Nurin : patut lah. Itu untuk menghangatkan suasana rumah.
Tama membakar beberapa kayu api di situ.
Ozen : tak sangka kau anak Raja rupanya. Macam mana kau tak dapat Core Strong type atau Raja?
Tama : sebab aku lain.
Nurin : bunda cakap dulu, abang lahir tak cukup bulan.
Heigo : oh patut lah.
YOU ARE READING
The New King
Приключения#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...