Bab 97 Kairin

13 1 22
                                    

Di suatu tengah malam, terdengar raungan kesakitan di menara istana. Tempat itu kebiasaannya untuk skuad pengintai jarak jauh kerajaan Rin. Tetapi malam itu kosong. Tiada siapa di situ melainkan seseorang yang sedang kesakitan.

Ternyata orang itu Kairin. Kelmarin dia baru sembuhkan ramai tentera yang cedera. Sekarang, dia harus menanggung semua kesakitan tentera itu dalam badan. Kairin memiliki Core Heal Counter, Strong Type yang mampu menyerap kecederaan orang lain dan juga mampu mengembalikan kecederaan pada orang yang dia mahukan. Disebabkan banyak kecederaan yang di serap olehnya, dia harus merasa sakit dari kecederaan orang lain. Tiada parut mahupun luka di tubuhnya. Namun rasa sakit itu di rasai di sekujur tubuhnya tanpa ada sebarang kesan parut dan luka.

Kairin meraung dan meratapi kesakitan itu seorang diri. Dia tidak mahu ayahanda dan adik beradiknya berfikir bahawa dirinya lemah. Airmata mengalir keluar kerana menahan kesakitan itu. Kadang-kadang dia menggulingkan dirinya sendiri, mengigit kayu dan menjerit sekuat hati. Dalam menara itu ada tiga jendela yang terbuka luas. Tanpa Kairin sedari, ada seseorang ada di jendela itu sedang duduk memerhatikan gelagat Kairin.

Kairin : haaahh!!!

Rioma : menjerit sekuat hati tak akan menyelesaikan apa-apa.

Kairin terus menoleh ke arah suara itu.

Rioma : kau harus berhenti.

Kairin : kau siapa?

Rioma : siapa aku tak penting.. yang penting sekarang apa yang boleh kau buat untuk membebaskan diri kau?

Kairin : ada cara lain ke?

Kairin termengah-mengah nafasnya.

Rioma : semua ini terjadi sebab perang. Jadi cara nya... Kau fikirlah sendiri..

Rioma lalu terjun dari menara itu dan menghilangkan diri.

...................................

Itulah yang terjadi beberapa waktu dahulu. Kesakitan yang di rasai oleh Kairin kini mengubah mentalnya menjadi gila. Beberapa tentera cuba menghentikannya tetapi serangan Counter Heal yang membuat seseorang itu terluka lebih parah.

Kairin : kalau kau dekat, aku akan kembalikan semula luka-luka yang aku sembuhkan dari dulu!!

Tama : kairin berhenti!!

Kairin : kau tak layak mengarah aku!

Kairin menyerang Tama. Dia sempat mengelak dari serangan berbahaya itu.

Kairin : kau rasa hidup kau lebih terseksa tetapi kau tak pernah tahu aku lebih terseksa!!!

Saat itu, Zafar telah sedar dari pengsannya. Dia cuba untuk memahami situasi itu.

Qan : kau dah bangun? Raja kau suruh aku jaga kau tadi.

Zafar : Badar? Dia bukan Raja aku!

Qan : aku tak tahu apa masalah kau dengan dia. Tapi bagi aku, dia seorang Raja yang berbeza dari Raja-raja yang kau tahu.

Zafar : ergghh.. sakitnya.

The New KingWhere stories live. Discover now