Untuk ke tingkat 3, Zafar memilih pasangan nya iaitu Zanjiil. Walaupun Zanjiil menolaknya, tetapi setelah di paksa dia pun mahu ikut. Mereka sekarang sudah berada di tingkat 3. Dinding-dinding di situ sentiasa berubah-ubah. Sebab itulah mereka harus sentiasa bersama. Jika jauh sedikit sahaja, dinding itu akan berubah dan memisahkan mereka. Akan lebih sukar untuk berhadapan dengan patung merah yang kuat.
Mereka berdua berjalan-jalan di setiap lorong di situ namun tiada apa-apa yang mereka temui.
Zafar : pelik, tak ada apa-apa pun...
Zanjiil hanya diam tidak berkata-kata apa-apa. Dia hanya mengikut Zafar dari belakang.
Tiba-tiba tubuh Zafar seolah-olah di angkat oleh sesuatu dan terlempar di dinding. Zafar menjerit!
Zafar : arrrrggh!!
Zanjiil hanya melihat itu.
Zafar : kenapa kau tak tolong aku? Sambut aku ke apa? Kau biar aku terlempar kat dinding ni..
Zanjiil: eh bukan aku yang nak ikut.. kau yang paksa aku...
Kali ini tubuh Zafar di tendang oleh sesuatu..
Zafar : aduh! Mana benda tu?
Zanjiil : entah. Tak nampak...
Zafar mula berjaga-jaga... Mana tahu dia terlepas pandang. Dia melihat setiap sudut dengan tajam. Terkejutlah dia melihat patung merah kecil yang sebesar jari manis...
Zafar : kecik nya...
Zafar pun menumbuk patung itu tetapi patung merah itu bergerak terlalu pantas sehingga sukar untuk di serang.
Zanjiil : cepat hancurkan dia.
Zafar : jangan main arah je..
Zafar di tendang oleh patung merah kecil sehingga tersungkur di lantai... Zafar menendang patung itu semula...
Dia pun bangun..
Zafar : kenapa kau tak tolong aku?!
Zanjiil : tugas seorang pengikut tu kena melindungi Raja..
Zafar : kau bukan Raja!
Patung merah itu memanfaatkan pergaduhan mereka lalu menendang kedua-duanya. Dinding berubah... Mereka terpisah....
Zafar : bagus... Lebih baik aku seorang...
Akhirnya, Zafar memilih untuk bersendirian.. Zanjiil pula melarikan diri dari situ mencari tempat persembunyian...
Werza : aduh semua terpisah. Aku nak ikut siapa ni?
Patung merah itu mencari Zafar dan menyerang nya. Zafar mengelak.
Zafar : kau ni buat aku marah! First Chance..
Zafar menumbuk patung merah kecil itu bertubi-tubi ke lantai tetapi patung itu tetap sahaja boleh mengelak.
Zafar : hebat juga ya kau walaupun kecil..
Patung merah itu melompat ke arah wajah Zafar dan menendang muka nya. Zafar terlempar sedikit.
Zafar : cis.. aku nak buat macamana ni?
Zafar terus mengelak serangan patung merah itu sambil berfikir. Walaupun kecil, patung merah itu memiliki kekuatan yang besar. Setiap kali dia tendang atau tumbuk hancur dinding dan lantai di situ. Dia hanya bernasib naik kerana dapat menghindari serangan itu. Werza pula mengikuti Zafar.
Werza : Zafar, aku cari Zanjiil dulu...
Zafar : haa ya..
Baru sahaja Werza mahu pergi, Zafar terfikir sesuatu...
Zafar : eh kejap! Panggil kan Crisa...
Werza : oh ok...
Werza pun pergi menuju ke ruangan pusat hotel itu.
Man : kenapa ?
Werza : Zafar panggil Crisa..
Ozen : macamana dengan musuh kali ni?
Werza : badan kecil je.. macam patung laa..
Tama : memang dari tadi patung..
Werza : maksud aku patung kecil...
Crisa : kenapa dia panggil aku? Aku tak pandai bertarung.. Core aku pun bukan khas untuk bertarung...
Tama : pergi je la.. Zafar tengah ada masalah lah tu..
ANDA SEDANG MEMBACA
The New King
Adventure#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...
