Recap
Kelompok Badarien terdiri dari Badar, Zafar, Tama, Heigo, Gelana, Delima, Crisa, Man dan Ozen. Sekarang mereka berada di Kota Malam dimana kota itu tidak pernah siang. Lampu - lampu yang menerangi kota itu sungguh indah dan cantik bila di pandang dari jauh. Orang asal di kota itu berumur pendek kerana tidak pernah menyerap cahaya matahari untuk nutrisi badan. Namun mereka tidak merasa sedih dengan kematian yang akan datang menjemput. Terdapat sebuah klinik yang di uruskan oleh Doktor Kalatu bertugas sebagai merawat penyakit di kota itu. Dia juga tahu berapa lama pesakit itu akan hidup hanya dengan melihat keadaan mereka.
Raja Fasah ialah Raja pengganti kepada Raja kota malam iaitu Raja Benua Ulala. Raja Aman melepaskan tahtanya sebagai Raja Kota Malam setelah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Sya. Tetapi tetap saja status dia sebagai Raja benua tetap ada kerana itu adalah persetujuan dari 6 Raja Benua yang lain. Sya tidak lama kemudian meninggal dunia kerana penyakit umur pendek itu sedangkan Aman atau di kenali sebagai Mr. Ragaman belum terkena penyakit tersebut. Ini di sebabkan beliau bukan orang asal Kota Malam.
........................................................................
Setelah menceritakan kisah hidup nya pada kelompok Badarien itu, Badar mengajukan pertanyaan. Sedangkan beberapa orang di situ menangis pilu..
Badar : jadi Raja benua sekarang adalah keturunan dari Raja dari masa lalu? Masa Rienland di bantai habis? Itu semua perbuatan Raja benua?
Mr. Ragaman : mengikut dari cerita ayah aku . Begitulah... Dari mana kau tahu Reinland di serang masa 300 tahun dulu? Sejarah Reinland itu dah berzaman di sembunyikan oleh Raja-raja benua.
Badar : pembantu aku bagi tahu. Yang aku ingat dia pernah cakap dia tinggal di Reinland sebagai pembantu Raja Reinland pada zaman itu.Semua orang di situ kehairanan...
Heigo : macam mana dia masih hidup? Peristiwa itu 300 tahun dulu.
Crisa : itu semua mungkin ada benarnya. Kerana Rienland adalah tempat yang misteri.
Badar : nama pembantu aku tu Yusyak. Dia kata, dia ada Core awet muda.
Gelana : wah.. itu core yang di idamkan oleh para wanita!
Delima : saya pun nak.. kenapa bukan saya?
Crisa : itu kerana Reinland... Ada suatu kuasa mistik di Reinland... Yang tak mampu di jelaskan dengan mulut yang berbicara. Tetapi harus melihat dengan mata kepala sendiri.
Badar : sebab itu dia masih hidup sekarang. Walaupun begitu, dia tetap tak dapat nak menghindari penyakit yang boleh menyebabkan kematian..
Mr. Ragaman : Orang Reinland memang pelik corenya...
Badar : pernah tak abang tanya kat ayah abang, kenapa Raja benua-benua yang dulu menyerang Reinland?
Mr. Ragaman : aku tak pernah tanya.. tapi aku tahu siapa yang tahu?
Zafar : siapa ?
Mr. Ragaman : Raja benua Bawasa...
Badar : memang itu tujuan kami sekarang ..
Ozen : naik apa?
Tama : kapal lah. Tak kan berenang pulak..
Ozen : masalahnya mana kapal?
Man : tak apa, Badar akan carikan nanti.
Badar : tapi aku perlukan restu ra.....Mr. Ragaman terus bangun dan menuju ke rumah.
Mr. Ragaman : dah nak malam ni.. jom kita masak sama-sama. Aku pandai masak ayam tau.. hehehe..
Gelana : saya tolong...
Mr. Ragaman : baiklah pembantu chef.
Delima : saya pun nak tolong. Tolong makan... Hahaha..
Mr. Ragaman : ketuk dengan senduk nak?
Tama : biar aku potong bawang..Semua terkejut.
Crisa : demam ke apa Tama ni?
Tama : .......Dia salah seorang yang tersentuh hati mendengar kisah Mr. Ragaman...
Mereka pun terus masuk ke rumah. Hanya badar dan Zafar berada di situ..Zafar : dia cuba alihkan perhatian tentang restu Raja.
Badar : mungkin ianya ada kaitan dengan tugas moyang mereka.
Zafar : banyak misteri yang belum terpecahkan. Aku tadi diam sebab aku ingat kita dapat info lebih banyak tentang aku.
Badar : ini semua bukan tentang kau Zafar. Kau tak tahu apa sebenarnya kita berhadapan..
Zafar : .......... Hmmm restu raja benua tu penting untuk menjadi raja baru..
Crisa : ya!Mereka berdua terperanjat melihat sosok Crisa tiba-tiba berada di situ.
Badar : Crisaaaaaa!!
Crisa : hehehe..Crisa menuangkan air ke bekas minuman Badar agar dia tidak marah.
Crisa : nah.. minum.. restu raja.. ok sebelum ni orang yang ingin menjadi raja baru hanya memerlukan restu Raja benua di satu tempat saja..
Crisa menerangkan sedikit pengetahuan nya.
Zafar : ohhh jadi 6 Raja benua menyembunyikan syarat tu lah ya.
Crisa : ya, syarat untuk menjadi Raja Benua yang baru... Biasanya, orang yang menjadi raja akan memilih salah satu tempat di benua yang mereka duduki sekarang. Tetapi kita terbalik... Sebab tak ramai yang tahu mereka boleh menjadi Raja benua.
Badar : kau nak cakap yang Raja benua pada masa lampau sengaja menyembunyikan syarat untuk menjadi Raja Benua?
Crisa : mungkin. Contoh Raja Tadaka. Kan ?
Zafar : haa betul..
Crisa : ini contoh ya. Kalau dia tahu tentang syarat menjadi raja benua itu ada, mesti dia akan cuba mendapatkan tahta itu.
Zafar : ohh macam tu..
Badar : jadi......Mereka saling bertatapan mata kerana dapat memecahkan satu kepingan misteri.
Badar : Raja 6 benua pada zaman itu cuba untuk mempertahankan tahta nya sampai sekarang. Sebab itu mereka sebut itu warisan padahal bukan!
Zafar : tak guna.. kenapa Raja yang kita jumpa asyik jahat je.
Badar : tak jugak. Walaupun mereka keturunan yang jahat tidak semestinya anak cicit mereka akan memilih untuk menjadi jahat.
Crisa : betul tu.
Badar : perjalanan kita untuk kedepannya mungkin akan lebih berbahaya. Aku tukar fikiran. Kelompok kita hanya akan ada 10 orang saja.
Crisa : bermakna lagi seorang yang perlu di cari ..Zafar sebenarnya ingin menentang keinginan Badar namun jika di fikir kan semula, Badar juga cepat akrab dengan orang-orang di sekitarnya sehingga orang itu mahu menolong Badar.
Zafar : sejujurnya aku tak setuju. Sebab orang yang boleh berlawan cuma ada kau, aku, Tama dan Ozen. 4 orang je. Kau kena cari orang yang kuat lepas ni.
Badar : ya. Pasti..
Crisa : aku cuma akan tolong semampu aku dengan pengetahuan aku.
Zafar : macam mana kalau nanti ada orang yang berpotensi ikut kita? Adakah kau ajak ?
Badar : aku ni susah nak tolak kalau orang meminta. Hahahaha ...Zafar terus memahami nya. Tidak menutup kemungkinan pengikut Badar akan datang lebih dari 10 orang.
*9 pun lupa watak nya.. apatah lagi banyak 😂
Gelana : woii makanan dah siap !
Mereka bertiga terus menuju ke rumah.... Selepas makan, mereka terus tidur. Namun Badar dan Crisa mengunjungi sebuah rumah di saat semua orang sedang tidur. Suasana gelap dan berkabus tebal. Badar mengetuk pintu rumah tersebut.. beberapa saat kemudian, pintu terbuka....
Bersambung.....
YOU ARE READING
The New King
Aventure#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...