Tidak sampai satu hari, Badar dan pengikutnya berjaya mencari jalan keluar dari Maze Book. Itu semua berkat bantuan dari orang-orang yang sesat di dalam Maze Book itu. Mereka tidak memiliki kekuatan untuk melawan golem yang menjaga tingkat misteri itu. Ternyata, mengalahkan golem akan menjadi satu syarat untuk keluar dari situ. Selepas bertemu Sam yang berwujud data, mereka semuanya dapat keluar dengan selamat. Ada yang terus cabut lari dari Desa Bahtera, ada juga yang tidak sempat lari menjadi tahanan di situ. Itu kerana, pengunjung yang tidak mampu membayar duit masuk desa akan di jual dan diperbudakkan. Badar dan pengikutnya sedar akan kehilangan Heigo namun kehadiran polis desa bahtera itu mengejutkan mereka.
Gul : jangan bergerak! Kamu semua di tahan.
Gul adalah salah satu petinggi di desa bahtera. Walaupun mereka hidup di desa namun cara hidup itu seperti raja. Kenapa mereka tidak menggunakan sistem Raja secara langsung? Semua itu hanya untuk kepentingan diri mereka supaya pihak luar tidak tahu akan perbudakan yang terjadi di sini. Mereka ingin menutupi sisi gelap desa ini. Dalam sistem di sini, ketua desa ada lah petinggi pertama.
Ketua desa - Menteri - pengawal peribadi - ketua polis...
Seharusnya polis melindungi kemanusian. Yang anda kenal setakat ini ialah menteri, pengawal peribadi dan ketua polis. Lambak sebagai menteri di desa itu sementara Nrun ialah pengawal peribadi. Uniknya, pengawal mereka cuma satu iaitu Nrun. Jadi setiap kali salah satunya di luar kawasan, mereka akan bawa Nrun untuk mengawal tindakan yang mengundang bahaya nyawa mereka.
Zafar : kami tak bersalah encik!
Gul : huh bukan kah kau tak bayar tiket masuk tadi? Kalau ada mesti kau dah ada kad dan gelang pengunjung..
Zafar : hah? Tapi abang pos tadi tu bagi kami masuk..
Crisa : berhenti Zafar.. itulah helah mereka.. mereka akan membiarkan kau masuk tanpa tiket tu dan boleh jadikan alasan untuk jual kau.
Zafar : jual aku?!
Gul : eh ? Crisa ke?Crisa diam dan menunduk ke tanah.
Gul : Crisa kan? Hahaha dah besar kau ya. Apa kau ingat perjanjian kau dengan ketua desa ni dulu?
Badar : Crisa? Apa maksud dia?Tanya Badar dengan keadaan tenang.
Crisa : semakin banyak ilmu kau ada, semakin mahal harga kau.
Zafar tersentak mengingati perkara itu.
Zafar : jangan-jangan...
Crisa : ya, mereka yang bawa aku masuk ke dalam tempat itu.
Gul : hahaha.. kan? Berapa banyak buku yang dah kau baca?Crisa hanya mendiam kan diri. Dia tidak mahu menjawab soalan dari penjahat itu walaupun kenyataan nya dia seorang polis.
Gul : aku kenal kau budak yang sukakan ilmu.. entah-entah kau dah baca semua buku dalam tu.
Kali ini Crisa memandang Gul dengan tatapan tajam.
Gul : yeah aku betul. Oi tangkap dia.
Gul mengarahkan orang bawahan nya untuk menangkap Crisa.
Crisa : Badar tolong aku!
Badar : rabas ! Hares nak irid uak ulud... Uka ulrep nak nasala gnay tauk kutnu rucnah nak ased ini!!Crisa terpana seketika melihat Badar hang berbicara bahasa itu dengan lancar. Paling mengejutkan, dia baru baca tadi dengan sekilas pandang.
Crisa : hmm.. ualak macam uti, irac kap noam! Tubes aman uka!...
Kemudian Crisa pun di gari dan di bawa pergi dengan pantas oleh orang bawahan Gul itu.
Gul : kamu semua pula, ikut aku.. aku nak jual kau. Tengok badan kau macam sehat semua. Mesti mahal ni..
Tama : kami bukan untuk di jual!
Gul : ohh degil ya. Nrun! Buat mereka sedar siapa diri mereka! Dasar lemah.
Nrun : haaa tengah bermalasan ni.
Gul : aku pergi dulu. Nanti kau datang ke Komu, bagi info.
YOU ARE READING
The New King
Pertualangan#Challenge 100 Bab Den tengok ramai penulis kita tulis sampai lebih seratus bab. sedangkan den paling2 cuma 20 lebih bab.. rasa lama sgt klau buat byk bab.. tp den dah fikir panjang.. untuk cabar diri den untuk menyesaikan challenge 100bab yg den bu...