Bab 80 Mesti Ada

20 2 14
                                        

Raja Badik, Kota Batu dari Negeri Darpa membuat pesta makan untuk rakyat yang mengupah seramai 100 orang tukang masak di seluruh benua.
Mereka semua berada di bilik mesyuarat pada petang itu untuk membincangkan masakkan apa yang harus di hidangkan. Di situ ada juga Badar yang ikut dalam mesyuarat itu. Delima dan Heigo berada di pasar untuk membeli bahan mentah untuk perjalanan selanjutnya.

Delima : kenapa banyak bahan mentah habis ni?
Heigo : mungkin sebab esok ada pesta makan. Jadi semuanya sudah di beli.
Delima : mana cukup ni.
Heigo : tak apa la. Lagi kan kita bukan nak berangkat hari ni..
Delima : ya tak ya lah. Kalau macam tu.. jom balik...

Sedangkan yang lain berada di bilik masing-masing. Man sudah tertidur di katil nya. Zafar, Tama, dan Ozen pula berbincang kan sesuatu di katil mereka.

Zafar : kita tak boleh rasa selesa dengan apa yang kita dapat.
Tama : ya. Mungkin ini perangkap.
Ozen : Raja Badik terlalu baik dengan Badar.
Zafar : betul tu. Kalau Badar, aku boleh terima lah. Dia memang cepat dekat dengan orang. Yang lain aku belum pasti.
Ozen : kita kena berjaga-jaga biar tak kena tipu.

Tama bangun kerana ingin keluar dari bilik.

Zafar : kau nak pergi mana ?
Tama : aku nak berlatih. Masih ada elemen yang belum aku kawal.
Ozen : rehat lah. Tengok Man. Dah tidur.
Tama : hari masih siang. Kalau nak tidur biar malam.

Zafar dan Ozen mengiyakan sahaja yang dikehendaki Tama. Ketika dia baru keluar dari bilik, salah satu pengawal mendekati nya.

Pengawal : Tuan nak pergi mana?
Tama : ada tak tempat latihan?
Pengawal : oh mari saya tunjukkan..
Tama : tak apa, bagitahu saja.
Pengawal : tak boleh Tuan, kami semua di arahkan untuk mengawal setiap seorang dari kelompok Badarien jika mereka mahu kemana-mana.

Zafar terus meluru ke pintu.

Zafar : Kami ?
Pengawal : ya. Raja Badik telah menyiapkan pengawal tuan-tuan semua.

Kata pengawal itu sambil menunjukkan beberapa pengawal yang berdiri di tepi dinding itu. Tama dan Zafar saling berpandangan penuh curiga. Zafar memberi isyarat untuk mengikuti saja arahan itu.

Tama : baiklah pengawal, tunjuk kan aku jalan nya. Oh sedia kan air untuk aku minum.
Pengawal : baik tuan!

Tama pun pergi menuju tempat latihan. Zafar menutup pintu.
Di ruangan mesyuarat pula,...

Raja Badik : ok semua faham?
100 Chef : faham...
Badar : izin kan saya menambahkan sesuatu.
Badik : oh silakan sahabatku..
Badar : saya mahu makanan yang nama nya Ayam masak merah.

Semua chef terkejut mendengar itu kerana mereka tidak beberapa mahir dengan masakan begitu.

Chef 1 : boleh tahu.. apa bahan masakannya tu?
Badar : errr ayam ?
Chef 3 : ya kami tahu.. tapi resepi nya apa?
Badar : dia ada cili, ada macam sayur hijau kecil yang di potong halus lepas siap tu.

Mereka semua menundukkan kepala dan ada yang menepuk dahi.

Chef 4 : dari mana datang ayam masak merah ni.. kita kurangi dulu.
Chef : yaa. Chef dari Benua yang tidak tahu ayam masak merah sila keluar.
Badar : dari benua ulala kot?

Malangnya semua mahu keluar dari bilik itu.

Badik : siapa keluar saya hukum!

Maka chef tadi semua duduk semula.

Badik : macam ni saja lah.. kalau kita berdebat , bila nak masak kan? Bila nak pesta nya ? Esok pagi harus siap.
Badar : kalau masak malam ni, nanti chef akan kekurangan tenaga.. apa kata masak esok. Tapi bangun awal dalam pukul 3 pagi?
Chef 5 : haaa yang ni saya setuju!

The New KingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang