Bab 87 Kisah Tama

12 2 15
                                        

"Bunda!"

"Bunda"

Tama kecil berlari-lari untuk mendapatkan ibundanya yang sedang duduk di taman istana. Cuaca hari itu sunggun cerah walaupun dalam keadaan bersalji.

Bunda : Ada apa Tama ku?

Tama : ini bunga. Tak sangka ada bunga mekar dalam salji.

Bunda : wah! Betullah... Tama, tengok bunga ni.

Tama : kenapa dengan bunga ni?

Bunda : walaupun cuaca tak mengizinkan, tapi bunga ini tetap berjuang untuk mekar. Begitu juga kita dalam hidup. Jangan pernah berhenti berjuang untuk sesuatu yang kita inginkan.

Tama : ya bunda. Tama akan terus berjuang untuk membuat bunda tersenyum. Hehehe..

Bunda : tengok Tama sihat pun bunda dah tersenyum bahagia Tama.

Bunda Tama cuba mengukir senyuman walau pada hakikatnya dia sebenarnya sedang sakit. Ya, sakit yang tiada ubatnya. Madunya yang lain sudah lama meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Begitu juga madu yang ke empat. Mengikut dari analisis doktor, dia masih bertahan hidup kerana semangat hidupnya masih kuat. Kelihatan tidak logik, namun untuk penyakit misteri yang tidak tahu asal usulnya hanya itu sahaja lah yang mampu diungkap kan.

Di sebuah bilik bacaan Raja. Doktor ada di situ untuk memberitahu sesuatu kepada Raja.

Bahrin : Macam mana doktor? Apakah isteri beta beransur pulih?

Doktor Kalatu : tidak. Namun Core Bunga Penyembuh milik Tamala sepertinya menghalang siptom itu dari terus merebak secara perlahan.

Bahrin : jadi itu hipotesis kamu?

Doktor Kalatu : sebelum ini saya katakan dia memiliki semangat hidup. Tetapi setelah saya mentelaah lebih dalam itu semua kerana Core.

Bahrin : ....... Apa yang perlu beta buat ? Hanya menunggu seperti batu tak buat apa?

Doktor Kalatu : maafkan saya tuanku. Ini adalah penyakit alami yang di sebab oleh Core.

Bahrin : kamu kan doktor....!

Doktor Kalatu : doktor bukan Tuhan, wahai Raja Bahrin. Ingat itu. Saya minta diri dulu. Saya akan selidik lagi lebih dalam.

Doktor Kalatu terus pergi keluar dari bilik bacaan itu dan menutup pintu. Raja Bahrin merasa kesal lalu menghentak tangannya di atas meja. Mana tidaknya, dia berkahwin dengan 4 orang isteri selang setahun. Namun malangnya, ketiga-tiga isterinya meninggal atas sebab penyakit yang sama. Kini tinggal isteri ketiganya, iaitu Tamala, bunda kepada Tama dan Nurin.

Di dalam bilik tidur, kelihatan Nurin bermain masak-masak seorang diri lalu datanglah Tama untuk bermain bersama. Nurin takut dan marah melihat wajah abangnya itu. Tama sejak lahir sudah berbeza. Keningnya terangkat sedikit sehingga orang bersangka bahawa Tama sedang marah. Padahal tidak. Itu membuatkan Tama kelihatan seperti orang yang sangat serius dan penuh amarah.

Bunda : Nurin, jangan macam itu. Ini kan abang kamu.

Nurin : tak nak, abang selalu marah.

The New KingTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang