Bab 24 Pembantai

15 2 37
                                    

Badar kini ingin melakukan penyerangan di Desa Bahtera itu kerana penuh dengan sisi gelap walaupun indah. Mereka terlalu tamak dan serakah sehingga mengingin lebih lagi. Apatah lagi mereka dapat seorang pengguna Core yang mampu mengubah sesuatu menjadi benda paling bernilai. Di tempat perumahan hamba abdi itu, mereka semua setuju akan cadangan Badar walaupun fizikal mereka lemah. Zaman perbudakan akan berakhir secepatnya.

Badar : nampak nya desa bahtera ini esok akan menjadi desa berdarah!
Pak Maon : pilih lah orang dulu. Jangan main tembak je.
Zafar : betul tu..
Raza : jangan risau. Saya fikir, bila Badar bagi isyarat, kami akan menembak majikan kami dulu. Kemudian kami akan cari orang-orang yang jahat.
Sego : ya itulah sebaik-baik..
Fia : kami nak pak maon jadikan desa bahtera ini seperti semula.
Pak Maon : pak cik tak mahu menjadi ketua desa lagi.
Dirn : habis tu siapa? Kita nak harapkan siapa.
Pak Maon : entah lah. Kita fikirkan perkara ini lepas semuanya selesai.
Zafar : kemana kita pergi, selalu ada masalah macam ni.. selalu ada perang..
Badar : itu semua salah Raja benua! Mereka terlalu menginginkan kekuasaan...
Zafar : mana kau tahu..
Badar : yang penting aku ada urusan dengan raja benua.. lepas ni kita akan cari Raja Benua Ulala ni..

Benua Ulala berada di utara. Iaitu tempat Badar dan pengikutnya berada sekarang. Tujuan Badar ingin mencari Raja benua yang menguasai semua tempat di Benua Ulala ini..

Vax : Badar.. nanti kami ikut kau!
Badar : oh maafkan aku. Tak boleh.
Dirn : kenapa? Apa sebab kami tak ada core?
Badar : bukan begitu. Jika terlalu ramai yang ikut, kita akan jadi sasaran empuk kepada musuh.

Mereka yang ingin mengikuti Badar dalam perjalanan nya merasa kecewa.

Badar : macam ni je lah. Nanti bila aku di tabalkan menjadi Raja di sebuah negara. Kamu semua di alu-alukan datang dan jadi warganegara di sana.

Mendengar jawapan itu, mereka merasa gembira semula. Jadi apa yang mereka perlu lakukan hanya menunggu masa nya.

Badar : sekarang ni.. kita perlu membantai semua kejahatan yang ada di sini.
Zafar : apa rancangan kau?
Badar : kita lepaskan pengikut aku yang lain dulu.
Pak Maon : lepas tu?
Badar : tunggu isyarat saya, kemudian serang terus. Saya tahu polis di sini ramai..
Raza : ya betul tu. Tapi mana tempat berkumpul nanti
Badar : gunung kiri. Dalam nya itu kita kumpul dan serang.
Zafar : betul juga. Tempat itu para petinggi tinggal.
Badar : tapi jangan apa-apa kan Mak Nrun. Sentuh pun jangan.
Sego : apa? Kenapa? Bukan lebih senang kalahkan Nrun kalau kita guna mak dia?
Badar : tak baik main mak mak ni. Dosa.
Zafar : ya kita kena tunjukkan bahawa kita orang yang berperikemanusiaan!

Mereka membenarkan kata Badar dan tidak akan menyerang Mak Nrun. Malam itu, semua orang terus tidur selepas bermesyuarat bersama. Kecuali Badar yang mendaki gunung kiri itu hingga ke puncak. Sesampai nya dia di sana, Badar duduk bersila. Dia memandang langit...

Badar : Ya Sami' ... Sungguh tak aku sangka manusia boleh bertindak kejam. Andai kan manusia bersatu hati. Wahai Ya Alim, engkau mengetahui apa yang tidak ku ketahui. Jadi izinkan aku untuk menyelamatkan desa ini....

Esoknya,... Semua orang saling memandang antara satu sama lain.

Zafar : jangan menunjukkan tindakan yang curiga. Buat biasa saja!!

Semua orang pergi...

Pak Maon : penjara ada di dinding kanan, gunung kiri.
Badar : baiklah..

Badar dan Zafar memakai kain untuk menutup wajah mereka. Dengan cara yang senyap, mereka pantas menyembunyikan diri lalu masuk ke dalam gunung kiri itu. Setelah itu berlari dan melompat dari atas bumbung rumah-rumah yang ada di situ. Mereka sampai di depan penjara yang di duduki Tama dan Heigo itu dengan senyap.

The New KingWhere stories live. Discover now