Izzaty tersedar dari pengsannya. Matanya terkebil-kebil kerana cahaya lampu menusuk ke dalam matanya. Selepas seketika, dapat dia melihat di manakah dia.
Bilik kosong berwarna kelabu berkemungkinan simen yang tidak di cat, sudut kiri terdapat meja yang dipenuhi senjata-senjata tajam manakala sudut kanan tertampalnya gambar-gambar perempuan yang ....
Dibunuh.
Izzaty mencuba untuk melepaskan diri tetapi tangan dan kakinya diikat kemas.
'Ya Allah, Engkau selamatkanlah aku daripada tempat ini, ya Allah. Aryan! Mana kau? Tolong aku!'getus hati Izzaty gelisah.
"Awak tak boleh lepaskan diri pun. Sia-sia saja awak meronta-ronta"lelaki itu masuk ke dalam bilik itu bersama pisau yang dipenuhi dengan darah.
Izzaty takut melihat lelaki psiko itu. Dia masih mencuba untuk melepaskan diri namun gagal.
"Apa yang kau nak dari aku?! Aku tak kacau hidup kau pun!!"bentak Izzaty.
"Kau yang cuba tolong aku cari kucing aku tu. Yang kau sibuk nak tolong tu asal?"kata lelaki itu sinis dengan muka yang menjengkelkan.
Lidah Izzaty terkelu dengan kata-kata lelaki itu.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Kau ada rancangan tak? Jangan terus masuk saja"Amzar berpesan kepada mereka berempat.
"Kan dah merancang dalam kereta tadi. Apa masalah mung?"Ikmal bengang dengan Amzar.
"Ya eh?"Amzar menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih macam kerang busuk.
"Hg tidoq. Memanglah hg tak tau rancangan dia"bebel Syahrul sambil mengambil senjata seperti pistol dan pisau belati masuk ke dalam poketnya.
"Cepatlah!"amarah Aryan. Amzar terus berlari menutup mulutnya kerana rumah pemangsa agak dekat.
"Tak sia-sia hg suruh Izzul tukar semua kerongsang Izzaty"kata Akmal sambil tangannya ligat menaip di komputer riba.
Semua kerongsang milik Besties Girlzz tukar kepada kerongsang yang mempunyai penjejak untuk keselamatan mereka oleh kerana Besties Boyzz adalah mafia.
"Kita ikut apa yang kita rancangkan tadi"pesan Aryan lalu berjalan perlahan-lahan sambil menunduk untuk menyorokkan diri.
Besties Boyzz masuk ke dalam kediaman pembunuh bersiri itu.
Pembunuh bersiri? Ya, lelaki itu seorang pembunuh yang telah membunuh 23 orang perempuan tidak kira umur. Seorang yang dikehendaki tetapi polis masih tidak dapat menangkapnya kerana dia seorang yang licik. Namanya ialah...
"Hairul Noah"Izzaty teringat akan notis dikehendaki yang dia nampak di hadapan balai polis tempoh hari.
"Oh, kau kenal aku? Hebat"Hairul menepuk tangan perlahan tanda kagum.
"K-kau Pengelar Malam"Izzaty gerun melihat senyumannya.
"Wow, aku ada nickname! Pengelar Malam? Not bad tho. I kinda love it"
"Aku nampak lelaki yang naik motor dengan kau tu tinggalkan kau macam tu saja. Kenapa? Gaduh?"tanya Hairul sambil mengambil tempat di hadapan Izzaty. Kain ditangannya membersihkan pisau yang dipenuhi darah.
"Kau bukan sesiapa nak tahu kisah aku"kata Izzaty kasar.
"Aku adalah Tuhan! Tuhan yang membunuh semua perempuan yang bersendirian ketika malam terutamanya selepas maghrib"kata lelaki itu yakin.
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
Random4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...