Humairah dibiarkan di dalam bilik kurungan di markas DK. Aryan sudah menyuruh anak buahnya supaya menukarkan pakaian Humairah dan memberi roti dan susu kepadanya. Disebabkan Humairah mengandung, jadi Aryan tiada pilihan melainkan mengurungnya di dalam bilik kurungan.
"Mike, hg pergi padam ingatan betina tu. Padam ingatan dia sampai aku dah takdak dalam ingatan dia. Diri hg pun padam juga." Arah Aryan kepada Mike.
Aryan melihat Mike melakukan kerjanya melalui cermin. Humairah sedang diikat kedua-dua belah tangan dan kakinya.
"You, Mike! What are you doing here??" Tanya Humairah tidak percaya.
"Hello Queen. Aku ahli tetap Death Killer, memang aku kat sinilah." Ujar Mike.
"Kau tipu aku? Engkau spy aku ke selama ni?" Tanya Humairah tidak percaya.
"Ha a, aku spy kau je selama ni. Aku pun tak hamakla nak jadi PA kau. Aku lagi rela kena seksa oleh Aryan dari kena seksa dengan kau." Kata Mike.
"Sampai hati kau?!! Benda apa yang tak cukup aku bagi kat kau haa???" Jerit Humairah tak puas hati.
"Aku akan padamkan memori kau tentang Aryan, Killer Boyzz, Death Killer everything laa even me. Oh ya, kecuali memori yang kau tengah mengandung sekarang, kan? Aku akan pastikan yang memori tu tersemat elok dalam kepala otak kau. Macam mana kau mabuk, keluar dengan jantan, masuk dalam hotel 5 stars and entahlah apa yang korang buat sampai kau mengandung, kan? Haa so readylah ye." Jelas Mike panjang lebar tidak menjawab soalan Humairah. Humairan tergamam atas apa yang Mike katakan.
"So, ucapkan selamat tinggal kepada memori kau." Sambung Mike lagi lalu menekan punat pada alat memadamkan ingatan itu.
Selesai satu masalah. Tinggal lagi satu masalah paling besar yang akan mereka tempuhi suatu hari nanti.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
"Izzaty, jom pi pantai." Ajak Aryan selamba dan sedang baring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya.
"Jom jom!!! Nak pergi pantai kat mana? Jom!!" Izzaty teruja mendengarnya.
"Pantai mana-mana ja. I need fresh air ah..." Ujar Aryan sambil mengeliat panjang.
"Okay. Kita dua ja tau. Jangan ajak Amzar. Aku nak date dengan kau." Kata Izzaty lalu mencium pipi Aryan. Dia terus bangun dari katil menuju ke bilik air.
"Sempoi mat." Monolog Aryan sambil tersengih.
'Sorry Amzar. Zaty nak date dengan aku.' Getus hati Aryan.
'Takpalah gitu. Aku baru ingat nak usha awek kat pantai.'
'Hg ushala awek kat mall ka dataran ka, hg usha kat pantai berdosa biji mata hg.'
'Errk! Sentap oi! Yelah, aku cari la mana-mana halal kat mall an. Mesti ada.'
'Of course. Selamat mencari jodoh, bro.'
'Alright bro.'
"Biy!! Cepatlah siap!!" Amarah Izzaty yang sedang menyikat rambutnya itu sambil memandang Aryan yang masih terbaring melalui cermin meja.
Aryan bangun dari katil lalu berjalan mendekati Izzaty. Dia memeluk Izzaty erat dan memangku dagunya pada leher Izzaty.
"Takpayahlah pergi pantai. Kita tunaikan janji mak ayah." Ujar Aryan sambil memandang wajah Izzaty melalui cermin.
"Janji? Janji..."
"Lagipun, honeymoon bila nak pergi? Mak ayah tak sabar nak dapat cucu." Sambun Puan Salmah.
![](https://img.wattpad.com/cover/138271979-288-k83311.jpg)
YOU ARE READING
4 Besties Boyzz & 4 Besties Girlzz
De Todo4 bestie boyzz- berumur 17 tahun. Mereka berasal dari Kedah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja ayah Aryan yang ingin menumpukan perhatiannya kepada syarikat besarnya. Mereka telah masuk ke dalam sebuah kumpulan yang berbahaya untuk...