Part 13

107 10 0
                                    

Di rumah

Setelah kami sampai ke rumah, makku tergesa-gesa bersiap dan mengemas itu ini. Kami empat hanya menengok dari pintu apa yang mak aku buat. Adik-beradik aku semua duduk di ruang tamu dengan berpakaian kemas.

Fadhlina dan Farhana memakai baju kurung moden berwarna turqoise manakala Adrian dan Aiman memakai baju kasual berwarna turqoise juga. Mak dan ayahku memakai baju yang formal dan berwarna turqoise.

Aku tengok Akmal, Akmal tengok Ikmal, Ikmal tengok Syahrul, Syahrul tengok kami bertiga.

"dok tercangok kat situ lagi pesaipa? Pi naik atas siap kita kena pi sesuatu tempat"kata makku sambil memasukkan bekalan makanan ke dalam beg yang agak besar

Kami tersentak kerana makku tiba-tiba mula berkata-kata secara mengejut. Kami naik ke atas dan bersiap.

Setelah bersiap dan pakai wangi-wangi, kami empat turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah...

"nah, pakai baju ni"Adrian memberi kami satu beg yang mempunyai empat helai kemeja-T yang berwarna turqoise namun berbeza jenama dan berbeza bentuk

Kami berempat tertanya-tanya, apakah maksud semua ni?

Selesai sahaja kami menukar baju, kami semua menaiki kereta untuk ke 'sesuatu tempat'

Dalam masa yang sama

Izzaty pov

Habis sahaja sesi persekolahan aku dan kawan-kawanku terus balik ke rumah. Sebaik sahaja sampai ke pekarangan rumahku, kami memparkir motosikal di sudut yang sesuai dan ingin memasuki rumah.

"Assalamualaikum"aku memberi salam menandakan aku sudah pulang ke rumah setelah penat di sekolah.

Aku dan kawanku berhenti seketika kerana terkejut melihat mama dan papa aku sibuk mengemas. Mamaku seperti biasa sibuk berperang di dapur. Aku dan kawan-kawanku hanya memandang sesama sendiri lepas tu menaiki tangga sambil muka kami masih tercengang melihat apa yang terjadi. Sampai sahaja di tingkat atas, akakku Izzah memberi kejutan yang hebat sampai kami menjerit kecil

"hahahahahahaha..apala korang ni"Izzah gelak tak henti-henti. Kami hanya menjeling dia lalu ingin masuk ke bilikku namun dihalang oleh Izzah

"nih..ada tetamu nanti so korang make sure pakai pakaian yang disediakan di dalam almari k...kak zah dah tulis nama dekat hanger baju korang so jangan tukar-tukar...sapa ingkar...nih cari nahas dengan akak zah"kata Izzah lalu masuk ke biliknya

Kami sekali lagi memandang sesama sendiri dan menggeleng kepala sahaja mampu

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku ternganga. How come my room will be this clean neat omg.......

"weh...aku tak tahu pulak kau rajin sampai tukar cadar katil sekali dan kemas buku kat meja belajar kau"kata Farah dengan riak terkejut

"aku tak kemas lagi bilik aku. Aku baru terfikir nak kemas weekend ni..tidakku sangka"aku masih lagi terkejut dengan kebersihan bilikku

"KAK ZAH KEMAS BILIK KAU TADI! MAMA SURUHH"jerit Izzah dari biliknya.

Aku pergi ke almari pakaianku lalu terserlahlah keanggunan baju yang akan kami pakai sekejap lagi.

"kenapa kita semua kena pakai baju warna yang sama eh?"tanya Sofia membuatkan kami semua juga tertanya-tanya

"haah..warna turqoise"Farah menyetujui kata-kata Sofia lalu memadankan pakaiannya ke tubuh badannya yang ramping.

Aku meletakkan kembali bajuku kemudian meletakkan beg di sudut belajar diikuti oleh kawan-kawan. Kami turuti apa yang akakku arahkan tadi. Dimulakan dengan aku mandi dan bersiap dahulu dan membiarkan mereka berehat sebentar.

4 Besties Boyzz & 4 Besties GirlzzWhere stories live. Discover now